Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, September 05, 2009

wajah orang pas di perjumpaan seksyen 23 Shah Alam


Inilah perangai orang umno mengaku PAS












Apa yang lebih menariknya....orang pas halau unit amal...korang pikirlah sendiri

Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.





sumber:malaysiakini.com

Orang PAS orang PKR yang buat konon....sekarang ni pecah tembelang....orang UMNO totok yang pijak kepala lembu tu...sah sohih lagi benar....

9 ulasan:

  1. muka yang pakai cap 1malaysia tu macam lembu la

    BalasPadam
  2. muka kalau macam taik confirm pencacai umno

    BalasPadam
  3. Pejuang Islam konon. Tengok gaya pun kita tahu apa jenis pejuang tu. Macam kutu jalanan.

    Orang PAS konon. PPiiiiirrraaaahhhh....

    Orang PAS tak pernah biadap dengan Unit Amal. Orang PAS sanjung tinggi pengorbanan Unit Amal.

    BalasPadam
  4. eiii xphm btoi la umno nie..kata 1malaysia..tempat ibadat org lain pn dia nk kacau..nk jd hero melayu la tu..chittt poorahh

    BalasPadam
  5. woi, kalau kuil nk bina tepi bilik tido ko, nk hurmat lg ke pd unit amal tu. unit tu pegi menyibuk kat situ apsal. pegi kat palestin tu bantu org yg kena attack dgn yahudi tu lg bagus. ada berani? jgn hanya berani mengkafirkan sesama islam kat sini saja.

    mmg sikap hipo pas, yg baik2 semua mereka punya, yg jahat tu umno punya, perasan...pooorah !

    BalasPadam
  6. Umno ekstremis.. manusia bertamaddun tidak akan berbincang dengan terpekik terlolong..waima benci sesangat org bertamadun akan menyatakannya dengan penuh hemah dan berprinsip..ungkapan paling mudah hanyalah UMNO ekstremis.. sebuah parti yang cukup bahaya utk kita amanahkan sebuah kerajaan...

    BalasPadam
  7. Negara ni sapa punya..ada warganegara kelas-kelas ke..mang lembu btul...aku cbar umno yang ekstrimis halau semua bangsa asing dari bumi Malaysia..ada berani ke??????

    BalasPadam

Orang kito