Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, September 03, 2009

Noh Omar pula cabar....


Hari ni dah hari ke berapa demo kepala lembu tu, wak ni sorang memang betul lah ketinggalan zaman, sekarang nak bersuara tapi sumbang.

Penatlah orang dok ambik gambar bagi nampak lubang hidung. Tak kan orang sendiri pun tak kenal...lupa daratan betul lah wak kang ni...

Noh Omar cabar buktikan UMNO dalang demo kepala lembu

Pemimpin PAS yang bising-bising tuduh UMNO jadi dalang ‘demo kepala lembu’ di depan bangunan ibu pejabat kerajaan negeri Selangor di Shah Alam , Jumaat lalu dicabar membuktikan siapa pemimpin UMNO yang terbabit.

Jika tidak mampu membuktikan, maka pembangkanglah ‘hantu’ disebalik demo tersebut kerana demonstrasi adalah cara pembangkang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar.

Beliau juga bertanya pemimpin PAS terutama Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad apakah mereka pernah ke tempat cadangan kuil seperti diputuskan kerajaan Selangor.

“Saya tak boleh terima kalau kata UMNO (dalang demonstrasi)..apa juga isu nak alih kepada UMNO..saya nak cabar cakap siapa dibelakang..nak cabar Mahfuz, dia pergi tak tempat itu, jangan tahu tuduh-tuduh orang lain,” katanya.

Noh memberitahu Agendadaily demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PAS itu serta ahli parlimen Shah Alam yang menuduh UMNO terbabit demonstrasi mengarak kepala lembu yang masih berdarah di depan SUK, lepas solat Jumaat lalu.

2 ulasan:

  1. dlm bulatan merah tu gambar Sohaimi Shahdan Ketua Pemuda Umno Selayang bukan Ahmad Nawawi

    BalasPadam
  2. haha.salah orang.tu lha menfitnah lagi

    BalasPadam

Orang kito