Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, September 03, 2009

Umno diserang sakit jantung bila adun DAP sertai usrah PAS


YB Khoo sedang berusrah bersama pimpinan Pemuda PAS Bukit Katil


YB Khoo dan Puhat

ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bukan sahaja menghadiri program kemasyarakatan bersama rakyat malah turut juga menghadiri majlis usrah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.
Minggu lalu beliau telah menghadiri program usrah dwimingguan Dewan Pemuda PAS bertempat di rumah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol di Taman Jati, Batu Berendam.

Ketika ditemui YB Khoo berkata beliau ingin mendalami ilmu Islam yang sememangnya sesuai untuk semua kaum tanpa mengira agama dan tempat.

"Saya memang minat untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara kita, kawan-kawan saya memang ramai orang Melayu tetapi sebelum ini saya tidak ada kesempatan untuk mendalaminya".
"Dengan kesempatan berkawan bersama orang PAS saya kira ini peluang terbaik untuk saya mempelajari serba sedikit tentang Islam lebih-lebih lagi saya sebagai Wakil Rakyat memang patut tahu kerana dalam Dewan Undangan Negeri banyak isu Islam di bahaskan" ujar Khoo.
Khoo berkata acapkali Sidang DUN Melaka membahaskan isu berkaitan dengan Islam tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian kerana tidak memahami asas-asas Islam. "Kalau saya ada sedikit ilmu tentang Islam sudah tentu saya senang untuk faham dan mungkin boleh sama-sama berbahas dalam isu tersebut" tambah Khoo.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Che Salleh menyambut baik kesedian YB Khoo Poay Tiong untuk bersama-sama menyertai Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil.

"Kita tiada halangan kerana Islam memang sesuai untuk semua itu sebab slogan kita 'PAS FOR ALL".

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran beliau dan memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau memberikan pandangan dan idea dalam usrah kita" tambah Khairul.

Pendapat Khairul dipersetujui oleh Ketuanya Puhat Bedol yang turut sama menjemput YB Khoo pada setiap kali usrah dan program-program lain.

"Pemuda akan sentiasa menjemput YB Khoo untuk bersama-sama dengan kita dalam apa juga program kemasyarakatan dan seumpamanya bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat Melaka dalam usaha kita mendekati rakyat".

"PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebajikan di samping matlamat utama parti masing-masing, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak boleh menggerakkan program bersama dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh" ujar Puhat.

2 ulasan:

  1. Dulu kat kampung aku, ada sorang cina nak jual kain datang dari rumah ke rumah, beliau menyatakan sanggup masuk islam (sambil tangan menulis ucapan kalimah yang diajar) jika mak aku beli kain beliau yang tahan dibakar api... cewahh.. tapi ari ni dia masih lagi tidak menyembah Allah... kesian dia... ada udang di sebalik batu... namun semuanya pekerjaan Tuhan.

    BalasPadam
  2. sekurang-kurang bagi mereka faham..islam itu indah bukan untuk menindas bangsa dan agama lain.

    BalasPadam

Orang kito