Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, September 03, 2009

umno BN sasau.....

Kerajaan Umno-BN dengan Kartun pun nak bermusuh

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah begitu ‘sasau’ kini kerana mengisytiharkan perang kepada sesiapa sahaja yang mengkritiknya termasuk ‘kartun’.Tindakan sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun 25 Ogos lalu jelas menunjukkan sikap ’lidah bercabang’.



Dalam satu keadaan pemimpin Umno/BN termasuk Menteri Dalam Negeri (H1) Dato’ Hishamudin Hussein dan sepupunya Perdana Menteri (N1) Dato’ Seri Najib Razak melaungkan slogan ’Rakyat di Dahulukan’.

Pada masa yang sama, H1N1 menghumban prinsip ’kebebasan bersuara’ dengan menekan media yang tidak pro kepada kerajaan.

Ekoran penerbitan edisi sulung majalah Gedung Kartun karya kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar yang mengusik N1, pejabat dan kilang yang mencetak majalah itu diserbu serta komik ’kartun’ dirampas.

Lanjutan dari itu, Zunar menghadapi tuduhan menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Zunar dalam kenyataannya hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito