Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Ogos 16, 2009

dey samy...pemuda ka pentua???

Umur had pemuda dilanjutkan dari 40 tahun ke 45 tahun...dey ini pemuda ke pentua...

Had umur Pemuda MIC dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Had umur bagi menjadi anggota Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata melalui langkah tersebut, MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.

Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan para perwakilan.

"Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya," katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke63 di sini.

Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda. Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui 'online' selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu.

Beliau juga meminta Pemuda MIC menubuhkan kumpulan pemikir dari kalangan yang berpendidikan tinggi bagi merangka strategi yang betul dalam menangani beberapa masalah yang dihadapi golongan muda India, termasuk isu sosial.-BERNAMA

sumber:mstar.com.my

1 ulasan:

  1. Mereka tak mau orang kata tua.45 tahun masih dipanggil pemuda.Bila mati orang kata dia tu muda lagi dah mati.Nak tunggu umur berapa baru tua.Pemuda dah kurang tinggal yang tua sahaja.Pemuda mereka nak tunggu yang tua jalan dulu.Yang tua dihormati yang muda disayangi.

    BalasPadam

Orang kito