Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Ogos 20, 2009

Beng Hock:Surat misteri...pegawai tinggi SPRM terbabit

Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selangor itu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.

sumber:malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito