Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Ogos 19, 2009

berita pecah perut...pemuda umno dakwa ada hantu




BN sedia dedah isu ‘pengundi hantu’

PENANTI – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia mendedahkan perbuatan parti pembangkang memindahkan senarai pengundi Permatang Pasir semata-mata untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya kini pada peringkat akhir untuk mengumpul data mengenai kewujudan ‘pengundi hantu’ di kawasan itu kerana terdapat peningkatan yang terlalu mendadak dari segi pendaftaran pengundi baru di Permatang Pasir sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

“Selain pemindahan pengundi hantu atau pengundi setinggan ini, saya juga mendapati banyak kepincangan dalam senarai pemilih daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ada kes beberapa rumah yang mempunyai bilangan pengundi terlalu ramai dan ada kes rumah itu di kawasan Cina, tuan rumah orang cina tetapi nama yang didaftarkan adalah orang Melayu,” katanya ketika ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kelmarin.

Khairy berkata, maklumat mengenainya sedang dikumpulkan dan akan mengadakan sidang media dalam sedikit masa lagi bagi mendedahkan berkenaan fenomena pengundi hantu atau pengundi setinggan daripada pembangkang itu.

Menurutnya, kajian diadakan kerana tidak mahu melihat fenomena pengundi hantu berlaku sama ada dari pihak BN atau pembangkang.

“Di pihak BN kita tidak mengamalkan pengundi hantu walaupun dituduh berkali-kali. Mereka hanya menuduh tanpa mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

“Kali ini saya sendiri akan tunjuk memang ada kepincangan dalam senarai pemilih yang sebenarnya datang daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Beliau berkata, pemindahan pengundi daripada kawasan lain yang tidak duduk di tempat berkenaan, yang tidak jadi pengundi di rumah itu, tetapi didaftarkan di rumah tersebut.


Sumber:sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito