Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, November 14, 2009

satu lagi parti komponen BN yang bermasalah...


PPP minta Murugiah henti buat kenyataan babitkan parti


KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) mahu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, berhenti membuat kenyataan yang membabitkan PPP kerana beliau bukan lagi ahli parti itu.

Ketua Penerangan PPP, A Chandrakumanan, berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) sudah pun mengesahkan pemecatan keahliannya daripada PPP dan mengisytiharkan mesyuarat agung luar biasa yang diadakan oleh Murugiah itu tidak sah.

Sehubungan itu, katanya, Murugiah tidak perlu lagi membuat pelbagai kenyataan berkaitan PPP kerana ia hanya akan mengelirukan anggota parti dan orang ramai selain boleh menjejaskan imej PPP sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ditanya sama ada PPP akan mengambil sebarang tindakan jika Murugiah terus membuat kenyataan berkaitan PPP pada masa depan, Chandrakumanan berkata, perkara itu akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi PPP.

Ketua Penerangan PPP itu juga mahu kepimpinan BN mengambil tindakan terhadap Murugiah jika beliau terus membuat kenyataan berkaitan PPP.
-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito