Tak sabar menanti ke penamaan calon di PENANTI. Tabik spring pada orang Shah Alam.
Kawan-kawan dan sahabat handai....
Sabtu, Mei 23, 2009
Penting Pilihanraya DUN Penanti
Implikasinya amat penting dalam sesi menerangkan keadaan sebenar politik semasa yang memperlihatkan umno semakin rakus dan zalim dengan menggunakan polis dan badan kehakiman sebagai tunggangan dalam usaha berpaut pada sedikit sia-sisa kuasa yang masih tinggal.
Ya betul....umno bacul tidak bertanding tapi PR harus menerangkan kepada rakyat tindakan jahat mereka kepada rakyat. Maklum kepada rakyat perkembangan isu semasa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
Contohnya, apabila najib menerangkan isu-isu kuota bumiputera, isu liberisasi atau isu-isu yang berkaitan dengan orang melayu, hampir tidak ada di dalam media arus perdana berbahasa melayu, cuma dipaparkan di dalam akhbar berbahasa inggeris supaya melayu terus ditipu.
Seperkara lagi mengenai semua calon bebas yang bertanding, apa ertinya mereka bertanding, tidak dapat tidak, mungkin semuanya yang bertanding dipercayai dibiayai oleh pihak-pihak tertentu dan ini tidak mustahil. Apa pun kita harapkan supaya Penanti akan menjadi medan untuk kita dedahkan watak-watak huduh di dalam BN yang menafikan hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, kaum keluarga dan kroni.
Apa pun kita berharap kemenangan berada pada pihak yang benar dan kepada semua penyokong PR bekerjalah dengan lebih keras supaya putrajaya dapat kita tawan.
wallahualam.
Jumaat, Mei 22, 2009
Penjimatan ala Bee End
Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.
Tiga alasan najib tak nak bertanding di Penanti tapi kenapa tiba-tiba di Manik Urai tiba-tiba bertukar menjadi lain pulak nadanya.
Muhyiddin dengan pusingan 360 darjah mengatakan akan bertanding di sana sambil disahkan oleh ketuanya dari seberang tambak johor.
Cakap tak serupa bikin. Memang kalau umno tu, umno lah jugak....tak boleh nak diubah dah.
kenyataan muhyiddin dan najib yang kluk-klek
Breaking news:Nizar vs Zambery
klik di sini
byelection...amacam?
Belum pun reda di Perak....Pulau Pinang Penanti menanti....baru sempat elak....tup-tup di kelantan pulak menyahut...
Manik urai menanti kedatangan atau alasan? apa lagi alasan daaaaa.....semua buah dah habis guna di Perak dan di Penanti....mungkin alasan lepas ni, kita nak tumpukan isu semasa...tak nak membazir....tak nak...rakyat tak nak umno BN....so menang lagi tanpa bertanding...alhamdulillah.
Mungkin panjang lagi ni hikayat ceritera pilihanraya ni kerana di terengganu pun 'time bom' jugak tu, tunggu masa nak meletup....pilihanraya lagi....lepas tu di utara semenanjung, di Perlis pun sama juga keadaan situasi semasa.
Tidor tak lena, mandi tak basah larrr pm kita yang dok ada ni. Kesian...kak ros tak boleh gi shopping sebab laki tengah pening kepala memikirkan pilihanraya marathon.
Apa nak buat.....nasib badan....menjawab aje la
bukan soal menang atau kalah pada jam 3.30 nanti
Khamis, Mei 21, 2009
'Dok rok cetong', betul-betul 'kluk-klek'
Penyelaras BN akhirnya berkata benar.....
kalau mahkamah nak menghalalkan yang haram
Selain daripada keputusan nombor ekor yang haram, keputusan mahkamah rayuan ni pun lebih kurang sama tarafnya nanti.
Mananya yang kata nak membersihkan badan kehakiman dan perundangan. Kalau zambery, tiga jam...dah boleh buat keputusan, kalau Nizar, berhari-hari dan berminggu-minggu.
Berat sebelah....itulah kalau timbang kati zaman dulu macam ni lah....memalukan dan mengaibkan. Justifikasi mahkamah yang tidak jelas dan tidak mengikut pada perlembagaan tubuh negeri Perak.
Bersabarlah aje pada penyokong pakatan rakyat. Kita tunggu ajelah mahkamah di padang masyar, lagipun golongan tok hakim ni pun dalam quran pun ada sebut....iaitu golongan yang paling ramai yang akan menghuni neraka nanti. innallah ha ma'a sobbirin.
Allah bersama orang-orang yang sabar. Takbir!!!!
Bezanya pemimpin umno dan pas
- gila jawatan
- politik wang
- kaki samseng pukul orang
- sanggup bermatian-matian untuk jawatan
- politik cantas mencantas dan cah keting
- Tak ingat mati dan takut mati
Pemimpin PAS
- jawatan dianggap amanah Allah maka tidak ada perebutan (hanyalah sebilangan kecil)
- tiada politik wang kerana orang umno aje yang bertuhankan wang
- tidak ada pergaduhan kerana takut disoal di akhirat kelak
- tidak ada cantas mencantas....siapa yang layak dialah berhak
- Sayangkan mati kerana dunia sementara...akhirat kekal abadi
Kesimpulannya....umno kerana dunia yang dikejar macam nak mati tapi pas inginkan akhirat kerana di sanalah yang kekal abadi. Wassalam.
Rabu, Mei 20, 2009
Kekuatan Hang Tuah t'letak pada huruf 'T' kalau Pakatan
Tanpa rakyat tiadalah pakatan dan tanpa rakyat siapalah Dato Seri Anwar, siapalah Dato Seri Nizar. Kenapa BN tumbang kerana apa? kerana alpa, kerana mabuk kuasa, kerana lupa pada rakyat. Terlalu sibuk dengan APnya, kontrak bilion-bilionnya hingga terlupa rakyat di felda, di kampung, di pendalaman, di kota yang merintih pembelaan nasib mereka.
Rakyat adalah kuncinya dan tanpa sokongan rakyat siapa wakil rakyat....nama pun wakil kepada rakyat bukan wakil kepada tawkey-tawkey besar, kroni ataupun kontraktor.
Melihat perkembangan semasa, nampaknya pemimpin-pemimpin besar umno dan BN baru tersedar akan kekuatannya suara rakyat suara keramat.
Ya....betul, sekarang ini masih boleh menyorok di belakang polis dan mahkamah tetapi ingatlah semua itu semua pun rakyat biasa juga. Ingatlah....Yang Muda pasti Tua dan Yang Hidup pasti Mati. Tidak ada satu pun kekal di dunia yang fana ini cuma akhirat kekal dan abadi.
Rakyat pemangkin negara dan tanpa rakyat siapalah pemimpin. Malaysia bukan milik individu bahkan milik setiap warganegara malaysia, tidak kira melayu, cina, india, iban dan kadazan. Jangan diperkecilkan kekuatan rakyat....tumbangnya BN disebabkan rakyat benci dan muak dengan perlakuan umno dan bn. Parti cumalah sebagai wadah tetapi rakyatlah punca kekuatannya.
Dalam keadaan isu dan agenda nasional dan negara, Kembalikan segera kepada rakyat menentukan dan jangan terlalu bongkak dengan kuasa sementara yang ada. Kembalikan kegemilangan semula Malaysia sebagai sebuah negara yang disanjungi dan dihormati dunia.
Rakyat menjana kekuatan Negara. Hidup rakyat!!!!Hidup Pakatan!!!
Selasa, Mei 19, 2009
Biaq betui....Biaq betui betui
Mengulas tentang YB PR bukan islam di Perak
Isnin, Mei 18, 2009
mungkinkah berubah...
berita anti klimaks!!!
Kalah sebelum bertarung....baru umno nak letak calon orang yang alim, kealimannya disebabkan belajar kat UIA dan bersekolah di sekolah menengah agama, tiba-tiba najib umum tak nak bertanding. Apa ke halnya....ke takut bayang-bayang altantunya bertanding di penanti.
Shah Alam baru nak hantar orang gegarkan Penanti untuk penamaan calon....semua kecewa, frust sesangat, camne ni....iskkkkk
Hebahan:Dialog Akta Kebebasan Maklumat
Ahad, Mei 17, 2009
Harapan untuk esok adalah tiada harapan
Pada penyokong Pakatan Rakyat berdoalah banyak-banyak kepada Allah kerana doa orang-orang yang dizalimi amatlah mustajab dan diterima oleh Allah.
artikel berkaitan, baca di bawah:-
MAHKAMAH RAYUAN TIDAK BUAT PENGHAKIMAN BERTULIS KES RAYUAN ZAMBRY
Peguam Menteri Besar Perak Dato Seri Ir Nizar Jamaludin berhadapan kesukaran apabila Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Rayuan Khas yang mengesahkan Nizar sebagai Menteri Besar tidak menyediakan penghakiman secara bertulis.
Ini menyebabkan peguam Nizar berhadapan masalah untuk mengkaji alasan penghakiman yang di buat Hakim Mahkamah Rayuan Dato Ramly Ali yang membenarkan rayuan Datuk Zambry Abdul Kadir untuk mencabar keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan 18 Mei ini.
Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu yang tidak kena berkaitan kes rayuan Zambry yang sebelum ini begitu efisen, cekap dan pantas dalam membuat keputusan hanya 2-3 jam sahaja. Berbeza dengan prosedur yang diambil oleh Mahkamah Rayuan dalam langkah Nizar mencabar keputusan menangguhkan keputusan mahkamah Tinggi yang hanya akan didengar pada minggu hadapan.
Patutlah keputusan tempohari dapat dilakukan oleh begitu pantas, rupa-rupanya hakim tak perlu buat alasan bertulis penghakiman. Semua ini menambah kemusykilan dan menjadikan keadaan di Perak semakin bersimpul-simpul.
Update & Latest : CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Mei 2009 (Isnin)
Tempat: Taman Medan
Petaling Jaya Selatan
(Dataran Pasar Malam)
PJS 2D/7
(Markas PAS PJS)
Penceramah : Dato Seri Anwar Ibrahim
Tan Sri Khalid Ibrahim
ADUN-ADUN PERAK
YB Chang Li Kang (PKR)
YB Kesavan (PKR)
Ustaz Idris Ahmad (PAS)
Sila hadir beramai-ramai untuk mendengar amanat dari pemimpin dan ketua pembangkang pakatan rakyat