Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Januari 23, 2010

Gambar sekitar ceramah Anwar di Sg Manik, Perak







Ribuan rakyat Perak yang hadir menyambut Dato Seri Anwar Ibrahim

Anwar yang dituduh meliwat...


Gambar candid Anwar dan Wan Azizah bermain dengan cucunya

kpada semua sahabat2 agar diingatkan turun beramai ramai pada 2 hb feb 2009 ini pada hari perbicaraan DSAI di makhkamah tinggi KL nnti..bersama sama lah kita merasai nikmat perjuangan dengan pemimpin yg kita sayang dan kita sanjung ini... semoga Allah bersama dgn kita dlm perjuangan suci ini insyaalah....!!!

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH
LAWAN TETAP LAWAN!!!

Jumaat, Januari 22, 2010

Sultan Johor dimasukkan ke hospital kerana gering


JOHOR BAHRU: Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:

Jeamah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.

siapa bohong siapa sebenarnya ni??? kejap 700 kejap 10...


Pasir Johor: Daripada 700, 500, kepada 10

PUTRAJAYA 21 Jan. - Bukan 700 atau 500 lori tetapi hanya 10 lori pasir sahaja dari Johor memasuki Singapura setiap hari.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf hari ini bagi menjawab kontroversi mengenai jumlah berbeza lori pasir memasuki republik itu.

Menurutnya, kemasukan lori pasir ke Singapura tidak menyalahi undang-undang selagi pihak terbabit memiliki dokumen sah mengikrarkan jenis dan berat pasir yang dibawa.

"Itupun 10 buah lori tersebut kita (Kastam) kira dari segi purata sehari bermula awal Januari lalu, misalnya dari 1 hingga 20 haribulan, tentu ada dalam beberapa hari, lori tidak masuk. Jika ini berlaku, angkanya tentu lebih kecil lagi.

"Cuma kita boleh sahkan jika jenis pasir itu pasir laut, silika dan kuarza yang mana pihak terbabit perlu senaraikan dalam dokumen berkenaan. Aanalisis tentang jenis pasir, tanggungjawabnya terserah pada Jabatan Mineral dan Geosains," kata beliau.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Ibrahim Jaapar bersama media di Ibu Pejabat Kastam di sini hari ini.

Jumlah kemasukan lori pasir ke Singapura dari Johor menjadi persoalan apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan angka 500 lori sehari sebagai menjawab angka 700 lori yang ditimbulkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari 1 Januari hingga kelmarin menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang dari 20 lori setiap hari.

sumber:utusan meloya

Penafian hapus COLA oleh JPA...lega rasanya kalau dah ada hitam putih

Statement JPA

From: POSTMASTER JPA [postmasterjpa@jpa.gov.my]
Sent: Thursday, January 21, 2010 3:38 PM
To: Warga JPA
Subject: Berita pemotongan/pengurangan COLA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato'/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan,
Untuk makluman bersama .

Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

KUKK
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

Kira berbaloi la bila JPA dah keluar kenyataan ini melalui email. Den publish entry pukul 10.31 pagi, JPA buat kenyatan nafi pukul 3.38 petang.So, jika ada menteri mangkuk terutama dari kementerian Kewangan nak hapus COLA atau potong gaji, pandai-pandailah guna email dari JPA ini sebagai bukti hitam putih.

sumber :tranungkite

Anwar kecam tindakan jadikan surau sebagai sasaran...


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang rumah ibadat, dan yang terkini surau, sebagai tindakan pengecut dan tidak bermoral.

"Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam," kata beliau dalam kenyataannya.

Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah.

Setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.

"Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu.

Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit, katanya.

sumber:Harakahdaily

Ceramah Perdana DSAI Ahad ini....


24 Januari 2010 (AHAD)
PROGRAM 1
7.00 – 8.30 Malam
Solat maghrib / Solat Hajat/ dan Tazkirah
Masjid Jamek Huda Kampong Baru Ampang.

——

CERAMAH PERDANA 1

9.00 – 12.00 Malam

LOKASI

Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya
AU2, Taman Keramat, Hulu Kelang, Kuala Lumpur


PENCERAMAH

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
3) YB Zuraidah Kamarudin
4) YB Anthony Loke
5) YB Dr Hatta Ramli
6) YBhg Ustaz Badrul Amin
7) YB Amiruddin Shaari

——

CERAMAH PERDANA 2

9.00 – 12.00 Malam

LOKASI

Perkarangan Tempat Letak Kereta
Lot L, Flat Kampong Kerinci
Pantai Dalam, Kuala Lumpur

PENCERAMAH

1)YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
2)YB Nurul Izzah Anwar
3)YB Mahfuz Omar
4)YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

lebih rela jimatkan 20 sen daripada 1 Billion...rakyat dibahulukan...


RM1 Bilion untuk F1: Lebih baik guna bantu rakyat

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menegaskan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang peruntukan dalam Bajet 2010 bagi membiayai projek Pasukan 1Malaysia F1 Team.

Menurutnya, perbelanjaan melaksanakan projek itu dibiayai syarikat swasta yang terlibat seperti Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain dalam pertimbangan komersial syarikat masing-masing.

Beliau mengulas kenyataan Pas yang membidas Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa membazirkan wang rakyat dengan memberi peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion dalam Bajet 2010 untuk Formula 1.

Pas menyifatkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi negara kepada rakyat dengan mengurangkan subsidi gula sehingga menyebAbkan harga gula naik 20 sen sekilogram dan mencadangkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi saya jika pun duit itu diperolehi dari syarikat swasta adalah lebih baik ianya disalurkan kepada rakyat yang miskin yang amat memerlukan bantuan kepada meneruskan kehidupan mereka. Banyak yang boleh dilakukan dengan jumlah wang RM1bilion tersebut.

Kerajaan sepatutnya menasihati syarikat swasta terutama GLC supaya menyalurkan wang tersebut kepada rakyat melalui agensi-agensi kerajaan atau NGO-NGO yang diyakini boleh membantu rakyat.

Masih ramai rakyat yang miskin, papa kedana, tiada rumah, merempat, tiada pendapatan tetap, anak-anak yatim, ibu tua dan sebagainya. Apa yang golongan itu perolehi jika wang RM1bilion itu digunakan untuk menaja F1 team.?

Memang kita tidak nafikan nama Malaysia dan syarikat Malaysia tercatat di arena antarabangsa dengan penajaan tersebut tetapi kita juga mesti mengkaji sejauh mana kesannya kepada peningkatan ekonomi negara dan manfaatnya kepada rakyat. Hanya hanya gah pada nama tetapi tiada hasil dan untungnya. Sedangkan pada masa yang sama rakyat semakin menderita dengan kenaikan kos sara hidup yang tidak berkesudahan.

Sepatutnya dengan wang sejumlah itu ianya boleh diperuntukkan bagi memberikan modal perniagaan, pembinaan rumah orang miskin, biasiswa pelajar miskin dan sebagainya.

sumber:mutaligat

Bekas Timbalan KPN meninggal dunia...Al-fatihah


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Sedek Ali, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 September tahun lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Allahyarham berusia 60 tahun. Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, berkata Allahyarham, yang parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Kajang.

Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Januari 2004 dan bersara kira-kira setahun kemudian. - Bernama

bila rasuah yang selalu kena polis, penjawat awam, pakatan rakyat , kalau umno itu komisen itu politik wang





Operasi SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari

SHAH ALAM, 21 Jan - Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.

Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou November lepas dan lawatan ke Beijing minggu lepas.

Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad ini mencurigakan kerana soal pelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.

“pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta”

“ profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di semesta”

Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, walhal sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.

“ berhubung lawatan ke China, itu lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “

Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya.

sumber :selangorkini

komen : puluh ratus ringgit namanya rasuah....ratus ribu, juta, ribu juta itu namanya komisen, yang selalu kena orang bawah jugak jadi mangsa...yang pemimpin umno pula senang lenang kenyang perut suka hati...apa persepsi rakyat agaknya? tepuk dada tanya selera

Khamis, Januari 21, 2010

Bila pulak si anak toyo ni join keadilan, dia ni cabang ke dahan???


Ada Usaha Pemimpin PKR Selangor Guling MB - Khir Toyo

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa terdapat usaha di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu untuk menggulingkan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, PKR di negeri itu kini menghadapi krisis dalaman yang cukup ketara terutamanya bagi merebut jawatan di peringkat negeri dan pimpinan tertinggi.

"Sesama mereka sendiri ada masalah dalaman, perkara ini tak dapat nak selindung lagi kerana ia jadi semakin besar.

"Perkembangan terkini menunjukkan memang ada usaha untuk jatuhkan Tan Sri Khalid, ada kumpulan tertentu dalam partinya sendiri mahu rampas kedudukan beliau," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Bahagian Kuala Selangor yang diketuai Abdul Khalid.

Kesemua 13 AJK berkenaan termasuk Ketua Angkatan Muda (AMK), Nazaruddin Darmawan dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman meletak jawatan secara berperingkat bermula November lalu hingga kelmarin kerana hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor.

Situasi ini bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada Mac ini.

Selain itu, Dr Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor turut mendakwa bahawa Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali merupakan dalang di sebalik kemelut yang melanda parti itu di Selangor.

Malah menurutnya, penglibatan Azmin dalam perkara ini adalah sebagai langkah persediaan untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti jika sebarang kemungkinan berlaku terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.

"Permainan ini mereka yang rancang, Azmin yang menjadi dalang. Beliau dan sebahagian penyokong PKR yang lain sudah was-was dengaan Anwar kerana kes liwatnya.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak dihalang atau disekat, tidak mustahil beliau akan naik menggantikan tempat Anwar menerajui PKR nanti.

"Jadi Azmin mula bertindak dari sekarang dengan cuba menghancurkan karier politik Tan Sri Khalid," katanya.

Tambah Dr Khir lagi, Abdul Khalid kini menghadapi krisis hilang kepercayaan yang cukup ketara.

"Kumpulan yang menyokong Azmin kini dilihat mula bertindak, malah saya juga ada dimaklumkan bahawa selepas ini mungkin ada lagi bahagian atau cawangan PKR di Selangor yang akan dibubarkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Khir menegaskan kemelut yang melanda PKR Selangor tiada kaitan dengan Umno.

"Ini semua hal mereka sendiri, saya harap mereka tak akan menunding jari kepada Umno setelah apa yang berlaku.

"Umno tak perlu lakukan perkara-perkara sebegini untuk meraih sokongan rakyat," katanya.

sumber:mstar

Malam ini kotak terburai di Puchong...


Panas: Malam ini Nazree GERAK Umum Masuk PKR?

Nazree Yunus yang menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai Pengerusi Gerak akan umumkan beliau masuk PKR malam ini di program di Puchong.

Pengumuman ini diatur Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Nazree pada satu ketika dahulu selalu heboh dengan lembu dan tayar kereta.

Dari apa yang difahamkan Nazree juga telah bersedia untuk membocorkan
peranan Ezam dalam beberapa kelentongan yang terdahulu.

CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)-PAKAR EKONOMI SELANGOR, AKAN DIADAKAN PADA, MASA DAN LOKASI SEPERTI BERIKUT :-

TARIKH : 21/01/2010 (KHAMIS)
MASA : 8:30MALAM
LOKASI : DEWAN ORANGRAMAI BATU 14 PUCHONG, PUCHONG
TURUT HADIR : Y.B. TUAN HAJI YAAKOB BIN SAPARI (EXCO), SAUDARA SHAMSUL ISKANDAR DAN DATO' SERI DR CHUA JUI MENG

DIHARAP RAKAN SEKALIAN DAPAT MENGHADIRKAN DIRI PADA MALAM TERSEBUT.

10 ribu pemuda PAS Perak siap sedia untuk digerakkan...


Bubar Dun: 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia

IPOH, 21 Jan: Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.

"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.

Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.

sumber:harakahdaily

Komen: membujur lalu, melintang patah, lawan tetap lawan..takbir

Kenyataan media Tuan Syed Shahir Bin Syed Mohamud


KENYATAAN MEDIA


Dakwaan Keadilan Cabang Kuala Selangor Bubar Tidak Benar

Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor bahawa Cabang tersebut dibubarkan dengan perletakan jawatan 13 AJKnya. Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 Perlembagaan Parti. Jika sekiranya benar majoriti AJK Cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuian dengan fasal 25.9 Perlembagaan Parti.


Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menysiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil selaras dengan Perlembagaan Parti terhadap mana-mana anggota part yang bertindak di luar Perlembagaan.


Untuk rekod, perkembangan yang berlaku di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding dengan sebelum PRU-12 yang lalu. Namun, saya mengesyaki bahawa perkembagan ini adalah merupakan sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.


Tuan Syed Shahir Bin Syed Mohamud
Timbalan Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

13 pergi, beribu-ribu lagi mari, kata tuan syed shahir


'Cabang PKR Kuala S'gor tarik ribuan ahli baru'

Majlis pimpinan PKR Selangor akan menyiasat dakwaaan bahawa Cabang PKR Kuala Selangor yang diketua Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahm dibubarkan ekoran peletakan jawatan 13 ahli jawatankuasanya.

Sebaliknya, timbalan pengerusi PKR Selangor, Syed Shahir Syed Mohamud berkata perkembangan di cabang tersebut mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding dengan sebelum pilihan raya umum lalu.

“Namun, saya mengesyaki bahawa perkembangan ini adalah merupakan sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan timbalan ketua PKR cabang Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, bahawa cabang itu telah terbubar, ekoran tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya, telah meletak jawatan.

Semalam, Abdul Khalid telah menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai 'sandiwara Umno'.

Mengulas lanjut, Syed Shahir berkata perlembagaan PKR jelas menyatakan bahawa pembubaran cabang hanya boleh dibuat menerusi mesyuarat agung khas cabang, selaras dengan fasal 25.8 perlembagaan parti.

“Jika sekiranya benar majoriti AJK Cabang meletak jawatan, ini bermakna mesyuarat agung khas cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK baru bersesuian dengan fasal 25.9 perlembagaan parti,” katanya.

Syed Shahir berkata hasil siasatan itu akan dimaklumkan kepada majlis pimpinan pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil, selaras dengan perlembagaan parti terhadap mana-mana anggota part yang bertindak di luar perlembagaan.

Semalam, Arshad dilaporkan mendakwa cabang itu telah terbubar, berasaskan tindakan 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya telah meletak jawatan.

Arshad mendakwa, hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Arshad mendakwa 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Jan tahun ini.

Katanya mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan 'penuh kecelaruan' tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Khalid juga dituduh tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.

sumber:malaysiakini

terkini mengenai COLA bukan coca-cola....


bukan coca-cola tapi COLA

terdahulu....

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

terkini...dipetik dari teman zunar

TERBARU -- teman dari LHDN memberitahu bahawa mereka telah mendapat surat penarikan balik Elaun Sara hidup (Cola)

komen: Amacam, lagi mau sokong umno/bn ka? rakyat didahulukan katanya...........

sakit badan sakit poket jadi cikgu ni...


Ibu pelajar tampar guru

INILAH Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di mana seorang guru Matematik ditampar oleh ibu seorang pelajar tingkatan satu kelmarin.

KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.

Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

komen: dah la macam-macam tugasan, elaun itu ini nak dipotong, kena tampar pulak dengan mak bapak murid...sabar ajelah cikgu cikgi sekalian

berita sekerat-sekerat oleh media arus perdana


Pembubaran Cabang PKR Kuala Selangor Satu Tamparan Hebat - Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pembubaran cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, yang dipimpin oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebagai satu tamparan hebat kepada parti itu ekoran rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Rais berkata jika mengikut lunas demokrasi, Khalid sepatutnya mengundur diri dan mengakui kegagalannya memimpin cabangnya sendiri.

"Tetapi sama ada Menteri Besar Selangor sekarang sanggup berbuat demikian adalah soal fakta, dan soal pendirian beliau, tapi kepada rakyat, sudah jelas bahawa beliau tidak ada pilihan melainkan untuk menyatakan beliau telah dikalahkan oleh komponennya (cabangnya) sendiri dan anggota partinya serta rakyat setempat, " katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini.

Rais berkata pembubaran cabang PKR itu menunjukkan perubahan sikap rakyat termasuk rakyat sekitar Kuala Selangor yang sudah tidak menaruh kepercayaan terhadap parti itu.

Keputusan rakyat Kuala Selangor itu seharusnya menjadi iktibar kepada semua pemimpin kecil dan besar PKR yang kononnya rakyat mempercayai mereka, katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Kuala Selangor yang telah membuat pilihan bijak dan menolak parti-parti politik yang tidak jujur dalam pimpinan.

Hari ini, Timbalan Ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa 11 anggota jawatankuasa PKR cabang Kuala Selangor, termasuk Ketua Pemuda dan Wanitanya telah meletakkan jawatan berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdul Khalid.

Arshad berkata cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpin sahaja yang terdiri daripada beliau, Khalid serta seorang anggota jawatankuasanya Faridah Abdul Rahman.

Beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lepas dan 18 Jan tahun ini.- BERNAMA

komen: Yang sebenarnya bukan lumpuh tapi akan ada pemilihan pada bulan Mac ini, yang bercakap pun pemimpin umno, tak ke pelik? keadilan punya hal, umno yang komen, PAS punya hal umno yag komen, diorang ni siapa? keadilan atau pas atau umno...apa punya tur

Rabu, Januari 20, 2010

KUDETA Selangor selepas Perak..ramalan dan telahan Raja Petra tepat


SPRM tahan 34 didakwa rasuah pasir, habuan seks

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap 34 orang, termasuk 24 kakitangan kerajaan dan dua pembantu ahli politik, kerana didakwa terbabit dalam rasuah eksport pasir.

Jumlah rasuah terbabit melebihi RM280,000 dan habuan seks. Mereka ditahan di lima negeri sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Menurutnya, SPRM telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut sejak bulan April tahun lalu selepas mendapat maklumat dari orang ramai.

Shukri berkata, kakitangan kerajaan yang ditangkap termasuk pegawai kanan dan ketua jabatan, tetapi beliau tidak menyatakan nama-nama jabatan terbabit kerana masih ada tangkapan yang akan dibuat.

Ditanya mengenai profail mereka, beliau berkata, pegawai-pegawai tertinggi mungkin terbabit tetapi enggan mendedahkan sama ada mereka merupakan ahli-ahli politik.

Shukri juga enggan mengulas apabila ditanya sama ada seorang pembantu politik yang ditahan hari ini ialah Hussein Ahmad, yang merupakan setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari.

Shukri juga ditanya mengenai Hussein Ahmad, setiausaha kerja exco kerajaan Selangor, Yaakob Safari yang ditahan hari ini.

"Hussein belum dibebaskan lagi kerana kita masih perlu merakamkan kenyataannya," kata Shukri.

Katanya, individu yang terbabit dalam sindiket jualan pasir masing-masing menerima RM500 hingga RM50,000, dengan sesetengahnya menerima rasuah secara bulanan. Tiga individu juga menerima habuan seks.

Shukri berkata, rasuah diberikan untuk mempercepatkan permohonan mendapatkan pasir dan tidak melaporkan perbuatan penyeludupan pasir ke negara jiran.

Menurutnya, SPRM telah merampas sejumlah RM50,000 dari individu-individu dan dokumen bagi menyokong siasatan terhadap mereka yang terbabit.

sumber:malaysiakini
Komen: Selagi ada konco dan gerombolan di dalam SUK, selagi itu mereka tidak akan senang hati, siapa yang menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak kalau bukan orang di dalam SUK itu sendiri...renung-renungkanlah...sebelum nasi menjadi bubur...lebih baik bertindak segera...do or die....

Hampir Sah: Pilihanraya DUN Perak Mac 2010.

Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.

Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.

Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.

Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.

Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.

Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.

Najib mahu mengembalikan imejnya untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan Perak menjadi liabiliti kepadanya. Lagi pun, Zambry bukanlah orang pilihannya. Najib mahu mengadakan pilihanraya DUN Perak untuk menyingkir Zambry, tetapi dalam masa yang sama, dia mahukan kemenangan BN di Perak.

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang dengan bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka? Yang ini, petugas Pakatan Rakyat kena buat kerja.

Ramai pengundi telah dipondahkan tanpa pengetahuan mereka. Sebagai contoh, lihat komen dibawah.

fadzliamir January 20th, 2010 15:45 edit :

Baru tadi semak dengan SPR, mengejutkan…!!!! sebab sebelum ni dah dua kali mengundi ( semenjak umur 21 ) iaitu di Parlimen Bruas dan DUN Pengkalan Baru…Tup,tup dah tukar ke Bukit Gantang( parlimen ) dan DUN Trong…???????? Ajaib sungguh…

Dah call SPR Perak, dan ajukan masalah diatas, nak tau apa dia cakap….( setelah dia semak dan menelefon kembali) Kesilapan teknikal yang mana kampung Padang Serai, Batu Hampar adalah bersempadanan antara Parlimen Beruas Dan Bukit Gantang, jadi dalam mengemaskinikan file diorang telah tanpa sengaja terpindahkan keseluruhan kampung ke Parlimen Bukit Gantang. Dan mengambil masa 3 bulan untuk memperbetulkannya semula…Adakah wajar untuk membuat laporan POLIS?????? Tolong bagi pendapat….

Ini satu konspirasi!! Umno cuba menghilangkan pengundi Pas di Pengkalan Baru kerana Umno cuma menang dengan 14 undi dalam Pilihanraya Umum yang lalu!!

Di Sungai Siput, Calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.

Tapi satu perkara yang ramai tidak tahu ialah, anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Apa alasannya?

Sebaik saja selesai pilihanraya DUN Perak nanti, harga petrol akan dinaikkan. Sekarang ini, semua tuntuan duit minyak yang dibuat oleh anggota polis dibekukan.

Selepas ini, kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua anggota polis dan tentera yang membuat tuntutan duit minyak mesti menggunakan Mykad. Itu cuma alasan saja. Apa yang aku nampak, mungkin dalam pilihanraya DUN kali ini, anggota polis dan tentera boleh mengundi dua kali. Sekali sebagai pengundi pos, dan sekali lagi sebagai pengundi awam. Tak percaya? Cuba tengok senarai dibawah.

Senarai nama pegawai PDRM Manjung yang memohon membuat mykad di JPN Manjung pada 14.01.2010 jam 8.30 pagi

SJN YUSOFF BIN MAT RF70863 k/p 5235145 cawangan komunikasi
KPL ROSLI BIN SHAHBUDIN RF 71390 K/P5544522 KOMUNIKASI
L/KPL ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN RF96108 K/P6298330 KOMUNIKASI
KPL ABU AZMI BIN NGAH MAT DAUD RF 63290 K/P4927682 PENGANGKUTAN
KPL MOHAMMAD TAHIR BIN HARUN RF 86350 K/P6244000 PENGANGKUTAN

Ini yang berlaku di Manjong kerana mereka mahu menyingkir Nizar dari DUN Pasir Panjang.

Satu peringatan kepada semua petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Jangan asyik sibuk dengan sapa nak jadi calon, tapi tengok juga apa yang dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional.

Selepas ini, kalau tak ada tindakan proaktif yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Perak, jangan harap hangpa nak menang. Sebab Umno sudahpun membuat pelbagai cara untuk menang dengan menggunakan SPR, PDRM dan anggota Tentera. Semuanya perancangan Najib dan Zahid Hamidi.

sumber:Perakexpress

dalam 14 negeri, rasuah cuma ada di kelantan dan selangor sahaja...betul ke ni SPRM?


Surat Sokongan Tanpa Permintaan Suapan Tidak Salah - SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan pengeluaran sesuatu surat sokongan yang dibuat dengan niat suci tanpa sebarang tawaran atau permintaan suapan rasuah, tidak menjadi satu kesalahan.

Bagaimanapun, pengeluaran surat sokongan akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 sekiranya terdapat elemen-elemen rasuah seperti surat sokongan yang dikeluarkan kepada individu atau syarikat di mana dirinya sendiri, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

"Ia juga menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang yang terpaksa membayar apa-apa suapan rasuah bagi pengeluaran surat sokongan tersebut dan seseorang atau saudara atau sekutu berkenaan dijanjikan atau ditawarkan apa-apa suapan rasuah sekiranya sesuatu projek berjaya hasil daripada surat sokongan tersebut," demikian menurut kenyataan SPRM dalam laman webnya hari ini.

SPRM berkata dengan penjelasan itu masyarakat diharap lebih jelas berhubung perkara itu supaya tidak timbul sebarang salah faham atau kekeliruan dalam hal tersebut.

Semalam, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata surat sokongan yang dikeluarkan oleh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)atau Anggota Dewan Undangan Negeri kepada orang ramai tidak ditafsirkan sebagai rasuah.

Beliau berkata SPRM tidak menyenaraikannya sebagai sebahagian daripada amalan rasuah kerana ia tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi kepada pengeluar surat berkenaan. -BERNAMA

Komen : macam ada yang tak kena, pelik tapi benar....

Tragedi Perak berjangkit ke Selangor, 34 orang ditahan, rasuah seks dan suapan



Pegawai khas, setiausaha sulit ahli politik ditahan kes curi pasir

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 34 orang, termasuk masing-masing seorang pegawai khas dan setiausaha sulit ahli politik berhubung sindiket mencuri dan menyeludup pasir di lima negeri serta rasuah seks.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kes mencuri dan menyeludupan pasir itu membabitkan suapan lebih RM280,000 manakala rasuah seks membabitkan tiga kes.

"Wang tunai RM50,000 turut dirampas selain dokumen dalam beberapa siri operasi tangkapan semalam dan hari ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, petang ini.

Komen : Selagi juak-juak dan konco-konco umno masih lagi bertapak dalam SUK, jabatan kerajaan negeri, selagi itu Selangor tak aman dibuatnya.

sumber : beritaharian

dakwat tah kemana...undi pos pulak nak ditambah..alahai SPR


Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang

KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.

"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.

"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.

"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.

PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.

"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.

Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.

"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.

Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.

"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.

Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.

sumber:harakahdaily

Serangan dan tekanan terhadap Selangor..selepas xavier, giliran yaakob sapari pula disiasat


SPRM Serbu Pejabat Yaakob Sapari

SHAH ALAM, 20 Januari - Pejabat Exco Selangor, Yaakob Sapari diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) awal pagi tadi.

Pegawai Khas Exco, Hussin Samad berkata tiga pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat tersebut ketika Yaakob sedang menghadiri mesyuarat Exco.

TV Selangor juga difahamkan SPRM mahu membawa Yaakob ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk disoalsiasat.

Tiada maklumat mengapa serbuan ini dibuat, namun TV Selangor difahamkan mereka mencari dokumen-dokumen tertentu di pejabat itu.

sumber : malaysiakini

berita baik untuk penyokong umno/BN...COLA dan elaun rumah tidak dihapuskan cuma dipotong...


KUALA TERENGGANU – Para guru mungkin akan mengikuti jejak para cendekiawan, turun ke jalan raya bagi menuntut hak, ekoran beberapa keputusan kerajaan Umno dan Barisan Nasional(BN) yang tidak menepati slogan yang digembar-gemburkan.

Slogan yang dipopularkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, ”Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mungkin memakan ‘diri kerajaannya sendiri’ apabila gagal mengotakan kata-kata tersebut.

Menurut sumber sebuah laman forum awam internet 8 Januari lalu, seorang peserta forum itu telah memaklumkan bahawa, semua elaun kakitangan awam seperti elaun tetap khidmat awam, elaun tetap perumahan dan Elaun Sara Hidup (COLA) bermula pada Februari 2010.

Tulisan tersebut turut menambah, bukan sahaja elaun-elaun ini akan dihapuskan tapi semua gaji kakitangan awam dari semua gred akan dipotong sebanyak 35%.

Menurutnya lagi, perkara tersebut telah disahkan oleh seorang kakitangan Perbendaharan yang bertugas di Putrajaya.

Hari ini, 20 Januari, seorang guru dari sebuah sekolah menengah di daerah ini memaklumkan, keputusan kerajaan Umno/ Barisan Nasional(BN) untuk menghimpit lagi ekonomi Negara yang sudah ‘kemek’ akan menjadi realiti.

Menurutnya, bukan sahaja elaun sara hidup (Cost Of Living Allowence - COLA) akan dipotong, malah elaun perumahan para guru akan di kurangkan separuh.

”Saya akan kehilangan RM400 sebulan, elaun COLA akan dipotong sebanyak RM200 dan elaun perumahan dari RM400 sebulan akan menjadi RM200 sahaja,”ujarnya.

Katanya, perkara itu telah disahkan oleh rakan-rakan setugasnya disekolah-sekolah lain yang telah mendapat surat pekeliling dari Jabatan Pendidikan.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, pihak sekolah juga turut terbeban dengan ‘cakap tak serupa buat’ pemimpin Umno/BN apabila mengarahkan caj penggunaan air dan elektrik, ditanggung sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.

Sebelum itu, kata beliau, pengwujudan semula yuran sekolah bagi para pelajar yang telah dihapuskan beberapa tahun lalu, telah cukup memalukan.

”Kini pelbagai beban terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, krana banyak peruntukan yang biasa di berkian kepada pihak sekolah mula dpotong.

”sudahlah menanggung beban pelbagai masalah sosial dan disiplin murid, guru-guru disekolah kini diminta ‘menggalas’ kegagalan seorang Menteri Kewangan.”katanya dengan nada kesal.

Apabila ditanya, adakah para guru sanggup tuun ke jalanraya menuntut segala hak-hak sebagai warga pendidik dari kerajaan Umno/BN beliau menjawab; “Tunggu masa dan ketika yang sesuai!”.

sumber:buletinonline

Antara gula dan F1, rakyat diketepikan....


PAS membidas kerajaan BN yang menurutnya meminta rakyat berjimat sedangkan ia sendiri membazir termasuk peruntukan ‘hangus’ RM1 bilion untuk sukan Formula 1.

“Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan telah berjimat RM 1.3 bilion (dengan mengurangkan subsidi gula), namun kerajaan bazirkan RM1 bilion dalam bajet 2010 untuk memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat,” kata ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan BN, kata Idris, menyebabkan kenaikan harganya sebanyak 20 sen.

“Dasar ini menunjukan bahawa kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonominya terhadap rakyat.

“Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tetapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.

“Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik,” katanya.

Menurut Idris lagi, kerisauan itu akan berterusan kerana harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

“Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

“Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini.

“PAS memahami kesulitan kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul,” tambahnya.

sumber: malaysiakini

mimpi di siang hari,tak seindah slogan katanya.....


Bersedia Hadapi Kos Sara Hidup Lebih Tinggi, Kata Mahathir

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Rakyat mesti bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi bagi barangan dan perkhidmatan jika mereka mahu menikmati pendapatan yang lebih tinggi di bawah Model Ekonomi Baru yang dicadangkan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kos sara hidup perlu meningkat di bawah ekonomi berpendapatan tinggi kerana kerajaan juga perlu menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang Model Ekonomi Baru.

"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya," kata beliau selepas upacara menandatangani perjanjian antara Petronas Lubricants International dan Proton Holdings Bhd di sini.

Namun demikian, kata Mahathir, pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.

Beliau juga berkata rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.

"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli," tegas beliau.

Mahathir berkata kerajaan juga sedang mengkaji pelaburan langsung asing yang boleh membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui industri yang ada lebih nilai tambahan, dan beginilh caranya negara-negara kos tinggi di dunia kekal berdaya saing meskipun tenaga buruhnya mahal.

"Kita tidaklah akan menanggung kos setinggi sesetengah negara maju ini, tetapi kita perlu menerima hakikat bahawa kita perlu membayar lebih bagi membolehkan pengeluar membayar upah yang lebih tinggi," kata beliau.

-- BERNAMA

Selasa, Januari 19, 2010

Berita yang tidak dilaporkan BERNAMA atau TV3 suku...


Langkah awal sekatan ekonomi

Amerika Syarikat mungkin mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia jika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih gagal menangani dua isu yang dianggap serius oleh masyarakat antarabangsa, menurut sumber-sumber diplomatik.

Pentadbiran Presiden Barrack Obama menuntut penjelasan penuh dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersabit kecurian dua enjin pesawat F-5E dan siri serangan ke atas gereja serta rumah ibadat lain bersabit penggunaan kalimah Allah sejak dua minggu lalu.


Menurut sumber Wisma Putra, sekiranya Najib memandang ringan terhadap kedua-dua isu berkenaan, Washington mungkin mengenakan sekatan ekonomi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara bernilai lebih dari AS43.7 bilion.

Sebarang sekatan ekonomi akan memberi kesan buruk kepada Negara yang sudah pun ditimpa defisit belanjawan yang begitu besar. Sumber-sumber Wisma Putra memberitahu bahawa nota diplomatik yang dihantar oleh Washington mencerminkan keseriusan
pentadbiran Obama yang sebelum ini hanya membuat bantahan menerusi kenyataan.

“Selepas ini, sekiranya kerajaan masih berdolak dalik dan tidak serius menangani masalah ini, tekanan lebih hebat mungkin dikenakan termasuk sekatan ekonomi,” kata sumber berkenaan.

Dalam SMSnya kepada Suara Keadilan, Pegawai Media Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Tina Malone Washington memandang berat laporan media mengenai kehilangan ejin pesawat buatan negara itu.

“Kerajaan Amerika Syarikat memandang berat laporan mengenai kecurian enjin pesawat F-5E yang dibekalkan kepada Malaysia. Kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Malaysi membentangkan laporan komprehensif berkaitan penyiasatan mengenai perkara ini.

Sumber Wisma Putra turut mengesahkan Amerika Syarikat juga menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Malaysia bersabit serangan bom petrol dan vandlisme ke atas beberapa buah gereja Kristian.

Serangan itu bertujuan mencetuskan provokasi dan ketegangan agama setelah Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan kalimah Allah dalam laporannya.

Kebimbangan Amerika Syarikat itu disuarakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Antarabangsa Amerika Mengenai Kebebasan Agama, Leonard Leo.

“Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

sumber:freemalaysiatoday

melayu tipu melayu...

Felda diarah bayar RM11 juta kepada peneroka

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.


Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.



sumber:malaysiakini

Perunding imej 1Malaysia adalah Israel laknatullah...


APCO worldwide, syarikat yang diupah Najib untuk menaikkan imej 1Malaysia sebelum ini memberikan perkhidmatan serupa kepada diktator dan pemimpin korup di seluruh dunia mengikut  Times of India.

Akhbar berpengaruh di India juga melaporkan selain dari Najib, Perunding imej yang berpengkalan di Washington itu juga pernah memberikan perkhidmatan kepada bekas diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden Kazakhstan seumur hidup, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang dahulunya ketua pemuda Parti Komunis Russia yang berkait rapat dengan kumpulan mafia.

The Times India juga menyebut APCO mempunyai keupayaan untuk mengembalikan imej tokoh dan pemimpin yang tidak popular di kalangan rakyat.

The Times juga menjalankan penyiasatan terhadap APCO Worldwide setelah mengetahui Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan bekas pelanggan kepada syarikat tersebut.


Narendra Modi adalah penyebab rusuhan agama pada Februari 2002, dimana 1000 terbunuh, majoritinya muslim.
 
Untuk membaikpulih imej Narendra, kerajaan Gujarat terpaksa mengupah APCO Worldwide sebanyak 25,000 US Dollar sebulan untuk perkhidmatan mereka.
 
Walaupun bayaran perkhidmatan APCO adalah tiga kali ganda dari syarikat perunding imej yang lain, APCO dipilih kerana kebanyakkan bekas Demokrat dan Republikan menjadi konsultan di dalam syarikat tersebut.
 
Kerajaan Malaysia dipercayai telah memberikan  APCO kontrak bernilai 20 juta ringgit sejurus Najib menjadi Perdana Menteri.
 
Ditubuhkan pada 1984, APCO Worldwide syarikat komunikasi global dengan jaringan di 25 bandaraya utama seluruh dunia.
 
Pelanggannya terdiri daripada kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan pertubuhan bukan kerajaan.
 
APCO Worldwide membuka pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani bersama kerajaan Najib.
 
Antara penasihat utama APCO adalah mereka yang pernah berkerja dengan Rejim Zionis Israel. Mereka adalah Shimon Shein, bekas duta Israel di Jerman, Itamar Rabinovich, bekas duta Israel di Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua  Agensi  Keselamatan Negara Israel.


dialihbahasa dan dipetik dari freemalaysiatoday

Orang kito