Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Februari 20, 2010

Himpunan Syok Sendiri UMNO Kelantan Gagal

Bermodalkan RM15 dan sehelai T-Shirt UMNO Kelantan cuba menarik perhatian rakyat untuk menafikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyak lima peratus yang sepatutnya diberikan oleh kerajaan pusat yang dipimpin Najib.

Dalam ceramah yang diadakan semalam yang dihadiri tidak sampai 200 orang, Mustapa Mohamed, Awang Adek dan Ibrahim Ali cuba mengsongsangkan fakta sebenar isu royalti yang hangat diperkatakan di seluruh Kelantan malahan menjadi isu nasional kini.

Sebelum ini, Ku Li dengan anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) bersama Kerajaan Negeri Kelantan mengadakan ceramah isu royalti minyak di Stadium Muhammad Ke-IV yang berjaya menarik hampir 80,000 rakyat bagi mendengar penjelasan sebenar kandungan perjanjian royalti yang ditandatangani pada 1975 oleh Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan.


Jumaat, Februari 19, 2010

Pendemo Yang Gagal Subjek Bahasa Inggeris Darjah Enam...

MP Australia, Michael Danby Anggap Ibrahim Ali 'Bodoh' dan Jahil'

Oleh Dzulkarnain Taib

Ahli Parlimen Australia Michael Danby menganggap perbuatan Datuk Ibrahim Ali yang menggelar beliau peliwat sebagai "bodoh" dan "jahil"

Dalam komen beliau kepada Suara Keadilan, anggota Parlimen daripada Parti Buruh Australia (ALP) itu berkata tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa hanya memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan Umno di mata dunia.

Semasa demonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia yang dianjur bersama oleh Perkasa, Pergerakan Pemuda Umno dan Barisan Nasional Rabu lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Danby sebagai "homosexual" (peliwat).

Ibrahim memetik peribahasa Inggeris, "birds of a feather flock together" sambil berkata, "Saya dengar Danby adalah peliwat!," pada demonstrasi tersebut.

"Menyerang secara peribadi dengan melabelkan saya sebagai "homosexual" adalah menjijikkan dan perbuatan hina.

"Berbeza dengan negara ini, kami menilai seseorang di atas kekuatan peribadi dan tidak menghakimi seseorang itu berdasarkan kepada peribadi mahupun kaum, agama ataupun orientasi seks mereka.

"Kenyataan bodoh daripada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan seperti Ibrahim Ali bukan sahaja membuktikan pemikiran yang lemah dan jahil tetapi juga memalukan Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintah Umno.

"Kenyataan tersebut membuktikan kepada rakyat dan masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai apa-apa asas kukuh untuk mempertahankan pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim melainkan menggunakan taktik melempar gelaran hina kepada orang lain," kata Ahli Parlimen Melbourne Ports berusia 55 tahun itu.

Perkasa bersama anggota Pergerakan Pemuda Umno dan BN berdemonstrasi di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng bagi membantah tindakan sekumpulan Ahli Parlimen Australia yang mendesak pertuduhan tidak berasas ke atas Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan.

Pada 11 Februari lalu Danby serta 50 Ahli Parlimen Australia menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Salman Ahmad bagi mendesak tuduhan tersebut digugurkan.

Ikuti temuramah khas Suara Keadilan bersama Michael Danby dalam edisi cetak pada 23 Februari.

PR Selangor Selesaikan Masalah Rumah Terbengkalai Warisan UMNO Selama 50 Tahun

HULU KELANG, 19 Feb - Penantian 146 pembeli rumah pangsapuri kos rendah Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang yang terbengkalai selama tujuh tahun berakhir setelah projek perumahan berkenaan berjaya disiapkan.

Pemilik bertuah berkenaan dijangka akan menerima kunci pangsapuri masing-masing daripada Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis esok.

Majlis penyerahan kunci bertepatan dengan majlis Pelancaran Program Pemulihan Rumah Terbengkalai Negeri Selangor oleh Datuk Seri Anwar di perkarangan perumahan penduduk Taman Ukay Bistari.

Salah satu agenda utama yang diberi tumpuan khusus oleh kerajaan negeri dan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ialah mempercepatkan pemulihan projek rumah terbengkalai di negeri ini.

Masalah projek perumahan terbengkalai telah menghantui negara ini sejak fenomena ini di kesan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seawal tahun 1970-an lagi.

Menurut statistik Kementerian, jumlah projek perumahan terbengkalai setakat Jun 2005 ialah 277 projek yang melibatkan 50,183 pembeli, 75,356 unit rumah dan dianggarkan bernilai RM7.033 bilion.

Sehingga April 2009, Selangor tersenarai sebagai negeri yang paling banyak mempunyai projek perumahan terbengkalai iaitu 39 projek diikuti Johor (32) dan Negeri Sembilan (20).

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mewarisi masalah besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang memerintah Selangor selama 50 tahun.

Bagi mengatasi masalah yang sekian lama membelenggu rakyat Datuk Seri Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN bersama-sama dengan pimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menggunapakai beberapa kaedah dan pendekatan baru untuk meluaskan inisiatif ini di Selangor.

Menurut Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah Ukay Bestari (PHUKB), Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman operasi pembinaan projek perumahan tersebut disambung semula April tahun lalu hasil usaha gigih kerajaan negeri bersama pihak persatuan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan.

Beliau berkata, projek perumahan yang gagal disiapkan kerajaan BN melibatkan hampir 2,000 unit pelbagai jenis hartanah.

Katanya pembangunan yang terletak di Hulu Kelang itu gagal disiapkan pemaju sebelum ini- Damai Bistari Sdn Bhd sejak ia dilancar pada Ogos 2003.

"Sepatutnya projek tersebut siap dalam tempoh 36 bulan dari tarikh perjanjian jual beli. Pemaju telah diberi peluang sewajarnya dalam tempoh enam tahun untuk menyiapkannya tetapi gagal menyiapkan projek.

"Alhamdulilah pada masa ini, terdapat 146 unit rumah kos rendah siap sepenuhnya manakala sebanyak 254 unit masih belum siap. Di tempat yang sama, servis apartmen dan ruang niaga serta pejabat yang melibatkan 1,100 unit juga dalam keadaan sama, masih tergendala. Tetapi kita berharap keseluruhan projek berkenaan dapat disiapkan penghujung tahun ini," jelas beliau.

Tambah Dr Rafick lagi persatuan juga menggunakan pendekatan yang wajar menerusi kerjasama dengan pihak pemaju berkaitan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib.

"Saari telah membantu melalui kedudukan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Projek Perumahan Terbengkalai Kerajaan Selangor. Projek telah mula digerakkan pada Disember 2008 apabila RSS Consultant dilantik melalui kerajaan negeri bagi membantu menyelesaikan masalah pembeli," tambah beliau.

Masalah yang dahulunya dicipta dan kemudian diabaikan oleh pentadbiran BN kini secara tersusun dan rapi akan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam tempoh yang munasabah.

Najib Tak Percaya Khairy

Keputusan tidak melantik Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ke jawatan penting dalam kerajaan adalah bukti kukuh Datuk Seri Najib Razak tidak mempercayai bekas menantu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Semenjak Najib mengambil alih tampuk kuasa pelbagai tindakan berbentuk politik telah diambil bagi membunuh karier politik Ahli Parlimen Rembau itu.

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Fariz Musa berkata sikap agresif Khairy atau KJ untuk menguasai pentadbiran kerajaan ketika bapa mertuanya berkuasa dahulu masih meninggalkan trauma kepada ahli Umno.

Fariz berkata KJ telah lama cuba memiliki jawatan dalam kabinet tetapi gagal berikutan ramai pemimpin Barisan Nasional sedar kerakusan beliau untuk menguasai jawatan dalam parti dan kerajaan pusat.

"Nampak jelas sekarang Najib cuba mencantas Khairy dari jawatan yang disandang mungkin kerana ingin memberi jawatan itu kepada kuncu yang dipercayainya.

"Najib tidak bersedia membuat perubahan terhadap Pemuda Umno jika Khairy masih menguasai kerusi Ketua Pemuda," ujarnya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau juga berkata pemberian RM2 juta oleh Najib untuk membiayai program Pemuda Umno seolah-olah mahu menunjukkan kepada ahli Umno bahawa KJ tidak mampu mengangkat martabat pergerakan tersebut sepanjang memegang jawatan sebagai ketua.

Fariz menegaskan pergolakkan Pakatan Rakyat yang dicipta oleh Umno hanyalah untuk menutup ketidaksefahaman dan masalah dalaman parti itu.

Ini terbukti apabila sebahagian besar Exco Pemuda Umno dipercayai meminta agar KJ melatak jawatan dan pergerakan itu diterajui tokoh pro-Najib.

suara-keadilan.com

Khamis, Februari 18, 2010

George Soros Tempelak Tun Mahathir Kerana Salahkan Beliau

Menurut Soros, Mahathir menuduh beliau sebagai yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia 1992 sebalik tidak menyalahkan dirinya sendiri, dalam wawancara bersama laman portal berita, malaysiakini.

Malahan beliau juga ada mendengar kononnya Mahathir dan anak-anaknya kehilangan jumlah wang yang besar ketika spekulasi matawang pada tahun 1992.

Pada krisis tersebut dipercayai Bank Negara Malaysia yang secara kontroversial turut terbabit dengan spekulasi matawang mengalami kerugian jumlah wang yang agak besar.

Pada 16 Sept 1992 - yang juga dikenali sebagai Rabu Hitam, - kerajaan Britain terpaksa mempertahankan matawang pound sterling selepas ia diserang oleh penyangak matawang sehingga menyebabkan nilainya merudum.

Tokoh kewangan kelahiran Hungary itu dinobatkan ditempat ke-29 sebagai manusia paling kaya di dunia oleh majalah Forbes dengan anggaran nilai US$13 billion.

Menakjubkan...Difitnah Namun Sokongan Rakyat Terhadap Anwar Semakin Bertambah

Di sebalik tuduhan fitnah dan konspirasi UMNO/BN dan serangan jahat media arus perdana terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, peminat dan penyokong DSAI semakin bertambah dari hari mula perbicaraan hingga ke detik ini.

Ini dibuktikan dengan jumlah pengunjung laman sesawang 'facebook' Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencecah lebih 50,000 orang dan antara komen pengunjung yang menarik,

"Rakyat malaysia sekarang berakal dan boleh berfikir secara RASIONAL...bukan macam kebanyakan ahli umno terutama pemudanya dan puterinya,kebanyakan mereka setakat lulusan sekolah menengah dan mereka jadikan UTUSAN MELOYA DAN TV3 SUKU sebagai kitab mereka".

"Gelombang rakyat sedang bersama pakatan rakyat... ayoh...jangan sia-siakan harapan rakyat.. ayoh...penyokong pakatan rakyat kena buat kerja mulai sekarang".

"LAWAN TETAP......LAWAN"



Karpal Dakwa PM, Isteri Dalangi Kes Liwat Anwar

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes konspirasi dua.

“Adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”

tvselangor

terkini Dari Jalan Duta - Konspirasi II

Kes Konspirasi II ditangguhkan ke 25 Mac 2010 bagi membolehkan DSAI mencabar keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah menarik diri  ke Mahkamah Rayuan kerana berat sebelah dan atas keengganan beliau mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang memfitnah dan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakim Zabidin pagi ini menolak permintaan Anwar supaya menarik diri daripada mendengar perbicaraan yang bermula sejak dua minggu lalu.

UMNO/BN,JPN Bersengkokol Edar Risalah Buruk Ku Li

Mustapa Mohamed bersama pegawai Jabatan Pendidikan (JPN) dalam satu perjumpaan khas di Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSM) di sebuah hotel di Kota Bharu dikatakan membincangkan peranan Ku Li mengenai isu royalti minyak.

Dalam perjumpaan tersebut, Mustapa Mohamed telah dikatakan mencelah menerangkan isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri Kelantan  dan pada masa yang sama risalah memburuk-burukkan imej Ku Li diedarkan kepada guru-guru.

UMNO BN yang enggan memberikan royalti kepada kerajaan negeri Kelantan sebaliknya wang ehsan sedaya-upaya cuba memesongkan fakta sedangkan semasa perjanjian royalti ditandatangani, Ku Li dan Tun Salleh Abas adalah antara orang yang dipertanggungjawab menderafkan isi kandungan dan intipati perjanjian royalti antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Pada bulan lepas, Tengku Razaleigh menyampaikan pendiriannya pada ceramah royalti petroleum anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Gegar di Stadium Sultan Mohamad IV Kota Bharu.

Hakim Zabidin Enggan Undur Walaupun Berat Sebelah

Hakim Zabidin Mohd Diah mengesahkan beliau tidak akan menarik diri dari mendengar penghakiman konspirasi 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan tidak mahu lari dari tanggungjawab yang diamanahkan terhadapnya.

Zabidin sebelum ini diminta mengundurkan diri dari menghakimi perbicaraan itu apabila beliau enggan mengambil sebarang tindakan terhadap laporan akhbar Utusan memfitnah dan mengaibkan Anwar.

Sementara itu, Anwar memfailkan permohonan penangguhan sementara di Mahkamah Rayuan bagi menangguhkan perbicaraan konspirasi 2 terhadapnya di Mahkamah Tinggi.

Pengesahan afidavit dilakukan di kaunter pendaftar Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Semalam Mahkamah Rayuan menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh tanpa afidavit.

Dalam pada itu, lebih 30 orang penyokong Anwar membacakan surah Yassin di luar perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diketuai Ustaz Badrul Amin.


tvselangor

Rejim Zambry Mengganas Selepas Disahkan Mahkamah

Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

harakahdaily

Anwar Lantik Tiga Pakar DNA Asing

Pasukan pembelaan kes Konspirasi II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik tiga pakar Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan forensik dari luar negara untuk membantu dalam perbicaraan kes tersebut.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair dalam satu kenyataannya berkata ketiga-tiga peguam itu akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula esok.

Ketiga mereka ialah Dr Brian Mc Donald dari Sydney, Australia, pakar forensik Dr C Damodaran, dari Chennai, India dan Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Dr Mc Donald adalah ahli patologi dari Universiti Western Australia dan merupakan Pengarah DNA Consults.

Dr C Danodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan 36 tahun dalam bidang bio-kimia dan toksilogi.

Manakala Dr Wells merupakan Prof Madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne dan Ketua Bahagian Perubatan Klinikal Forensik di Institut Perubatan Forensik Victoria.

Mereka akan menyediakan laporan kepakaran dalam bidang DNA yang akan dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Mahkamah yang bersambung esok akan mendengar permohonan Anwar supaya hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian menarik diri dalam perbicaraan tersebut.

suara-keadilan.com

Serangan BN Bukti Pakatan Rakyat Semakin Kuat

Menolak cubaan seteru politik menggugat Pakatan Rakyat, lebih 3,000 orang berhimpun di Dewan Milenium Pulau Pinang malam semalam menyatakan solidariti kepada gagasan parti alternatif itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat untuk bersama gagasan itu menyelamatkan Malaysia daripada pemimpin-pemimpin yang menggelar diri sebagai pejuang bangsa namun rakus kuasa dan berasuah.

“Negara kita ini rosak sebab itu, kita kata sebab nak jaga Melayu, ini jaguh-jaguh Melayu ini, saya lapan tahun Menteri Kewangan, ada kontrak, diambil oleh mereka dulu, saham bumiputera juga tanya menteri mana yang tidak ambil.

“Apa masalah paling besar di negara kita, rasuah, penyelewengan, beli kapal terbang, enjin hilang, beli kapal selam, tidak boleh selam, ini apa ini, tidak malu ke kita, zimbawe pun tidak teruk macam ini,” katanya.

Anwar mengingatkan bahawa Umno-BN akan terus menfitnah Pakatan Rakyat, seraya membuktikan perjuangan gagasan pembangkang berkesan untuk mendedah dan membendung penyelewengan oleh Umno-BN.

Anwar juga merujuk kepada serangan berbaur perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai usaha terdesak Umno memperalatkan orang Melayu demi kepentingan politiknya.

“Saya boleh sokong dia kerana apa, saya tahu dia tidak ambil tanah untuk dia, saya tahu dia tidak curi kontrak untuk dia ke atau bini dia atau anak dia. Saya tahu dia tidak rasuah dan ini penting untuk pemimpin negara kita dan Lim Guang Eng ini dapat kita sokong lagi,” katanya.

Berbeza dengan sikap bongkak Umno-BN, mantan Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan sikap tawadduk dengan memohon maaf kepada pengundi di atas sikap segelintir wakil rakyat yang mengecewakan mereka.

Merujuk kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim yang keluar parti minggu lalu, Anwar berjanji PKR akan lebih teliti dan berhati-hati memilih calon pada pilihanraya akan datang.

suara-keadilan.com

Rabu, Februari 17, 2010

Selepas Australia, Amerika Desak Kes Konspirasi 2 Anwar Digugurkan

Amerika melalui Pengerusi Jawatankuasa Senat Mengenai Hubungan Luar, Senator John Kerry mendesak kerajaan Malaysia memastikan proses perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar perlu dijalankan mengikut lunas undang-undang serta keadilan.

Sebelum ini, lebih dari 50 Ahli Parlimen mendesak Najib menggugurkan Kes Anwar yang dilihat sebagai sukar dipercayai selepas parti KEADILAN yang menang besar pada PRU 2008.

Dalam satu kenyataan rasmi, John kerry berkata,"Perbicaraan kes pertama terhadap Anwar telah menjangkau lebih 10 tahun, pertuduhan yang kemudiannya digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pertuduhan terbaru terhadap beliau hampir mirip kepada caj yang dikenakan terhadap beliau dahulu dan telah disabitkan kepadanya sejurus beliau dilantik semula sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang.

"Saya mendesak kerajaan Malaysia agar memberikan beliau segala perlindungan di bawah undang-undang negara sebagaimana beliau berhak sebagai Ahli Parliament dan warganegara serta menyelesaikan kes terhadap beliau dalam suasana yang mampu membina keyakinan terhadap kebebasan dan kredibiliti badan kehakiman Malaysia".

Isnin, Februari 15, 2010

Zambry Gelabah Adakan Sambutan Tahun Baru Cina

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.

Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.

“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.

“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.

“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.

Sebenarnya kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.

Beliau berkata sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.

harakahdaily

Setiausaha Politik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Letak Jawatan

Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Menurut Bernama kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan kepada Suara Keadilan sebelum ini bahawa seorang Setiausaha Politik kepada seorang menteri kanan telah ditahan pada hari Jumaat, 12 Februari lalu.

Dalam serbuan SPRM ke atas pangsapuri pegawai tersebut di Pulau Pinang, sejumlah wang tunai bernilai lebih RM2 juta dijumpai.

Setiausaha Politik tersebut kini ditahan untuk membantu siasatan SPRM.

sumber:suara-keadilan.com

Ahad, Februari 14, 2010

SPRM Sahkan Setiausaha Politik Ditangkap


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan penahanan Setiausaha Politik kepada seorang menteri kanan atas dakwaan memiliki kekayaan yang tidak munasabah dalam tempoh yang singkat.

Ketika dihubungi Suara Keadilan Ketua Pesuruhajaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamad berkata agensi itu juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu sisatan SPRM.

"Saya tidak dapat beri komen lanjut mengenai penangkapan ini. Sesiapa saja yang boleh bantu dalam penyiasatan kami sudah tentu akan kami panggil. Datuk Shukri (Abdull, Timbalan Ketua Persuruhjaya SPRM) ada maklumat lebih lanjut. Saya bercuti sekarang.

"Kita mungkin akan bertemu media pada hari Rabu depan atau mengeluarkan kenyataan media lebih awal, ini terpulang kepada keadaan.

"Berilah SPRM masa dan ruang untuk menjalankan tugas kami dan selepas itu kami akan memberi taklimat yang sewajarnya," kata Datuk Abu Kassim.

Menurut laporan media setiausaha politik itu ditahan apabila pegawai SPRM dari Putrajaya menyerbu pangsapuri beliau di Teluk Air Tawar, Butterworth pukul 3.30 petang Jumaat lalu.

Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM2 juta ditemui semasa serbuan.Turut dirampas termasuk kenderaan pacuan empat roda yang didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Sebelum ini, akaun bank suspek telah dibekukan bagi tujuan siasatan SPRM.

Pada 13 Disember lalu, media mula melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik yang dikatakan mengumpulkan berjuta-juta ringgit nilai hartanah dalam tempoh yang singkat.

Pegawai penyiasat juga memperoleh arahan untuk menahan dan membekukan beberapa hartanah termasuk kereta dan rumah mewah bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyiasat pembelian beberapa hartanah di sekitar Lembah Klang yang dikatakan sebagai balasan meluluskan beberapa projek bernilai jutaan ringgit.

Pegawai penyiasat juga dikatakan turut mengenal pasti beberapa individu berkaitan kes terbabit dan akan memanggil mereka membantu siasatan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa siasatan berkenaan di antara kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibongkar hasil maklumat dan laporan daripada orang ramai.

Suspek dipercayai membeli kesemua hartanah menggunakan proksi.

sumber: suara-keadilan.com

Orang kito