Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mac 20, 2010

Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak, terduduk!


KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (AP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik di muka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.

Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno berasa kurang selesa termasuklah AP Pasir Salak yang kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno tertekan di Dewan Rakyat.

"Dia (Khairy Jamaluddin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

"Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja," katanya.

Maknanya, tambah Saifudin, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri, itu sahaja.

"Jadi, itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.

Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.

Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rembau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;

"Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata.'

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.

Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?

Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa?

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.


--erapakatan

Rejim Zionis Israel Kuasai Komunikasi Negara???

Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 Juta untuk Polis Diraja Malaysia.

Pendedahan yang dipetik dari laman chegubard itu juga menyatakan keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Individu yang bertanggungjawab membina sistem dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel.

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Menurut laman blog tersebut, seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Sebelum itu, APCO Worldwide yang bertanggungjawab dengan Gagasan 1Malaysia  dipercayai mempunyai hubungkait secara langsung dengan Israel.
APCO Worldwide juga dikuasai oleh rejim zionis tersebut melalui Majlis Penasihat Antarabangsa yang terdiri daripada Itamar Rabinovich, Shimon Stein dan Doron Bergerbest-Eilon termasuk seorang mantan Presiden dari Tel Aviv University, Rabinovich adalah juga Pengerusi Dan David Foundation (diasaskan diIsrael) , yang diberi nama selepas kelahiran Romania dermawan Yahudi yang aktif dalam pergerakan pemuda Zionis tahun 1940.

APCO Worldwide juga menawarkan perkhidmatan kepada negara pemimpin diktator seperti Nigeria, Sania Abacha dan Presiden Seumur Hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Wang Ihsan: Najib Serah Cek Tendang Kepada Terengganu

KUALA IBAI 19 Mac - Ayahanda saudara kepada Yang DiPertuan Agong, Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasaruddin Shah berkata "wang royalti" berjumlah lebih RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu lebih setahun lalu sehingga kini belum dapat dinikmati rakyat negeri itu.

Kata beliau walaupun sudah lebih setahun Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri namun bayangan wang tersebut masih tidak kelihatan.

"Nampak cantik molek tapi hingga kini satu benda pun takde," kata beliau ketika merasmikan majlis Dialog Isu Royalti Minyak anjuran MAMPAT di Kuala Ibai yang dihadiri lebih 6,000 orang semalam.

Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said di satu majlis di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada 13 Disember 2008.

“Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita," kata Najib ketika itu.

Menteri Besar berkata bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

Namun menurut Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 Jadual 4.10 pada muka surat 12, wang tersebut adalah bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008.


Jumaat, Mac 19, 2010

APCO Dibayar RM20 Juta Untuk Apa???

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen untuk menggantung beliau daripada menghadiri parlimen berikutan pendedahan beliau slogan 1 Malaysia dan 1 Israel sebagai jenaka basi.

Menurut beliau," APCO Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat tidak seharusnya terbabit dalam sebarang urusan politik di negara ini.

Bercakap pada sidang media selepas berucap di London School of Economics, Anwar yang sebelum ini ditohmah kononnya ejen Yahudi, menyifatkan persamaan Satu Malaysia dan One Israel sebagai satu “kebetulan aneh”.

Ironinya, Umno yang mendabik dada sebagai juara Melayu dan memperjuangkan Islam khususnya dalam isu kalimah Allah, melantik APCO yang dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Anwar menyifatkan beban tanggungjawab bagi menerangkan peranan sebenar Apco terletak di bahu pimpinan Umno.

Isu APCO yang dibangkit oleh Anwar itu jelas kerana dalam soal lisan yang dibangkit oleh Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani yang berbunyi,"Benarkah APCO Worldwide diupah Perdana Menteri untuk melancarkan Gagasan 1Malaysia juga menawarkan perkhidmatan kepada Nigeria, Sania Abacha dan Presiden Seumur Hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev".

"Dan jawapan lisan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.

Selain Malaysia, APCO Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain,

Menurut laman portal berita Malaysia Insider, APCO dibayar dengan nilai kontrak yang bernilai 20 juta ringgit.

APCO juga disyaki terlibat dalam pengaturan beberapa keputusan politik selain mendalangi beberapa isu politik bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap Umno.

Pada 10 Ogos lalu, Ketua Pegawai Eksekutif APCO, Margery Kraus mengumumkan syarikat akan membuka pejabat baru di Malaysia pada September dengan Paul Stadlen sebagai pengarah urusan.

Nurul Izzah Dan Tian Chua Dipanggil Polis

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang hari ini dipanggil memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan polis berhubung ceramah mereka di Taman Sri Sentosa pada 3 September tahun lalu.

Mereka yang diiringi peguam Latheefa Koya memberi keterangan di Balai Polis Petaling Jaya, Jalan Klang Lama bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian.

Ceramah tersebut diadakan sempena Majlis Makan Malam Amal dan Kutipan Dana yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk dan Penjaja Taman Sri Sentosa.

Pada majlis tersebut, ketika tiba giliran Tian Chua memberikan ucapan, Ketua Polis Daerah Brickfields dikatakan bertindak menaiki pentas serta menghalang ceramah daripada diteruskan serta merampas mikrofon.

Selain mikrofon, polis juga merampas beratus-ratus naskhah risalah berkenaan aktiviti di Lembah Pantai milik Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Pantai.

Walaupun majlis itu mempunyai kelulusan permit, namun majlis itu dihentikan atas alasan polis yang mengatakan ucapan yang disampaikan itu berbaur politik dan melanggar syarat pemberian permit.

Menurut mereka selepas tiga bulan kejadian berlalu, polis berkali-kali memanggil mereka tetapi inilah kali pertama mereka dipanggil secara formal untuk menghadiri siasatan mengikut peruntukan Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

Notis arahan bertulis supaya menghadiri siasatan itu dihantar kepada mereka pada 9 Mac lepas.

Dewan Rakyat UK Desak Kes Anwar Digugurkan

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul awal yang dibentangkan oleh Jeremy dan ditandatangani 15 wakil rakyat Britain lain. Beliau berkata, ahli-ahli parlimen Britain amat gusar terhadap pertuduhan terhadap Anwar yang tidak mengikut amalan keadilan antarabangsa.

"Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat,"

"Oleh itu kami amat risau berhubung tuduhan fitnah II yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar itu.

Pengerusi Gerakan Ulamak Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi turut mengeluarkan fatwa
munafik bagi si pembuat fitnah dan fasik kepada penyebarnya.

Sebelum itu, Pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia turut menyuarakan desakan supaya kes konspirasi terhadap Anwar digugurkan.

Orang kito