Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, September 16, 2009

tukar duit raya ke bang??? busy beratur nampak

melayu...islam...umno parti islam kata ular mak umno, najib mongolia


Lagi pengakuan ikhlas pemimpin umno...


KUALA LUMPUR, 16 Sept: 80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

Menurut beliau, keadaan sedemikian berlaku kerana kerajaan tidak memupuk bakat yang sepatutnya untuk kehendak pasaran.

Dalam temubual tersebut yang disiarkan oleh The Sun Online Ahad lalu, Daim berkata, universiti-universiti tidak menawarkan kursus-kursus yang menepati dengan kehendak industri mengakibatkan banyak siswazah tidak mempunyai pekerjaan disebabkan apa yang mereka pelajari tidak memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, bukan sahaja golongan muda yang menentang kerajaan, malah kira-kira sejuta dari tiga juta ahli Umno juga tidak mengundi parti itu.

Menurut beliau, ramai ahli Umno yang hilang keyakinan kepada parti itu dan para pemimpinnya.

"Politik wang rasuah adalah masalah terbesar yang dihadapi oleh parti itu," katanya.

Di luar Umno pula, Daim percaya, perpecahan di dalam MCA akan menjejaskan kerjasama dan reformasi di dalam BN.

Rakyat, katanya, tidak menghormati mana-mana parti yang berpecah.

Manakala perubahan di dalam BN pula, katanya, terlalu perlahan untuk memenuhi kehendak rakyat.

"Rakyat mahu melihat perubahan, sama ada di dalam BN atau Pakatan Rakyat (PR), siapa yang lebih dahulu berjaya melaksanakan reformasi akan memenangi sokongan mereka," katanya.

Mengenai kemelut Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ), Daim berkata: "Kerajaan mesti menghukum kesemua yang melanggar undang-undang, hanya dengan cara itu ia boleh mengembalikan keyakinan umum".

Pada masa lalu, katanya, rakyat tidak melihat mereka yang menyalahgunakan kuasa dihukum.

Mengulas mengenai PR, beliau menyifatkan pakatan itu mengecewakan rakyat.

Rakyat, katanya, menaruh harapan yang tinggi kepada PR tetapi kerajaan negeri-negeri yang dikuasai PR terus memainkan peranan sebagai pembangkang.

"Jangan buang masa melemparkan tuduhan kepada BN, kamu adalah pakatan yang memerintah (di negeri-negeri yang dikuasai PR), kamu sepatutnya memfokuskan kepada usaha untuk menunaikan janji-janji pilihan raya kamu"

Beliau berkata, rakyat mula melihat bahawa PR tidak boleh melakukan dengan lebih baik berbanding BN, walaupun diberi peluang.

Itulah kekecewaan terbesar rakyat, katanya._

kesian...umno selangor tak kan bela 12 ekor lembu yang didakwa di mahkamah


Tiada arahan untuk Umno bantu penduduk Seksyen 23 didakwa di mahkamah

SHAH ALAM: Umno Selangor tidak mengeluarkan atau menerima sebarang arahan bagi membantu 12 penduduk Seksyen 23 yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, minggu lepas kerana terbabit dalam demonstrasi jalanan membawa lambang agama bagi membantah pemindahan kuil.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata tiada sebarang makluman atau arahan diterima mahupun dikeluarkan pucuk pimpinan negeri berhubung isu berkenaan memandangkan ia adalah mengikut prosedur.

"Kita tidak salahkan polis atau membantah penahanan mahupun pendakwaan terhadap mereka yang terbabit dalam demonstrasi jalanan itu kerana ia satu tindakan yang memang tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh berkata demikian pada majlis penyerahan kira-kira 400 hamper kuih raya sempena Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita Umno Selangor kepada pasukan keselamatan di Selangor.

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata jika ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan, ia adalah atas kapasiti peribadi dan rasa simpati terhadap penduduk terbabit.

"Saya tidak tahu mengenai bantuan, apa yang saya baca di media penduduk kawasan berkenaan menubuhkan tabung bagi membiayai kos yang terpaksa mereka tanggung. Jadi kalau ada yang nak bantu apa salah, ada setengah pihak satu pesalah sampai 10 peguam bela bantu pun tidak ada siapa kata," katanya.

Noh berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Jumaat lepas mengenai tindakan Umno Bahagian Batu Pahat menyediakan dana bagi membantu 12 individu terbabit membayar denda jika dijatuhkan hukuman selain bagi menanggung kos mahkamah.

Pada 9 Sept lepas, 12 penduduk itu mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan membawa dan memijak kepala lembu serta mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 27 Akta Polis selain tuduhan pilihan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan niat sengaja melukakan perasaan penganut Hindu.

Terdahulu semasa berucap, Noh berkata orang ramai seharusnya lebih menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang tidak pernah jemu menjaga keharmonian dan ketenteraman walau dalam apa jua keadaan.BERNAMA

Selasa, September 15, 2009

Kroni Rosmah Terima Projek Bas PLKN?


Sebuah syarikat milik individu yang mempunyai pertalian rapat dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Razak, dikatakan bakal diberi kontrak mewah membekalkan 400 unit bas untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN).

Bas-bas itu dikatakan akan dimport dari China dan dijangka memintas kepentingan pengusaha bas tempatan yang setia menampung keperluan pengangkutan peserta PLKN, sejak ia dilancarkan pada tahun 2004.

Bas-bas itu dikatakan ditempah daripada syarikat Dong Feng di China dan akan dijual kepada kerajaan pada harga RM600,000 sebuah - hampir dua kali ganda berbanding harga asal.

Difahamkan, Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Najib mengarahkan Syarikat-syarikat Kaitan Kerajaan atau GLC untuk menyediakan dana kepada syarikat pembekal berkenaan untuk membawa masuk bas-bas terbabit dari China.

Ini kerana syarikat pembekal yang dikaitkan dengan isteri Najib itu hanya mempunyai modal berbayar RM2 pada masa ini tetapi akan mengaut keuntungan puluhan juta ringgit.

Bas 40 penumpang itu adalah mirip bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), yang beberapa ratus buah tersadai di Rawang dan Selayang.

Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan bahawa kerajaan akan memanggil tender rasmi untuk kontrak itu pada hujung tahun ini untuk memberi gambaran bahawa urusniaga berkenaan dijalankan secara telus.

Hakikatnya ialah segala keputusan mengenai kontrak itu sudahpun dibuat. Malah sebuah agensi perkapalan juga telah dikenalpasti oleh Kementerian Kewangan bagi menguruskan kerja-kerja logistik termasuk membawa masuk bas berkenaan dari China.

Sumber itu memberitahu Suara Keadilan, dana bagi pembelian bas berkenaan oleh syarikat terbabit akan dibiayai oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) atau lebih dikenali sebagai 'Prasarana'.

Sumber juga mendakwa, Prasarana telah 'diarah' oleh pihak atasan untuk menyediakan dana itu bagi membeli dan membekal bas berkenaan atas nama syarikat yang dikaitkan dengan Rosmah.

Prasarana adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang didaftarkan pada 11 Ogos 1998 untuk mengambil alih projek-projek pengangkutan yang gagal, dengan kelulusan kerajaan.

Syarikat itu dipertanggungjawabkan untuk menyediakan sistem pengangkutan di Lembah Klang dan Pulau Pinang dan mengambil alih bebrapa syarikat pengangkutan lain seperti Sistem Transit Ringan LRT, PUTRA dan juga STAR.

takut H1N1 atau takut saman balak RM60 juta???


BENTONG, 15 Sept (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pada Selasa beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada ditahap serius.

Adnan berkata beliau tidak mahu membiarkan orang ramai terdedah kepada bahaya penyakit tersebut.

"Kita tidak boleh memandang ringan wabak influenza A atau H1N1 ini kerana mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia akan memasuki gelombang kedua pada pertengahan bulan depan.

"Mengikut laporan WHO itu, lebih ramai penduduk dunia akan menjadi mangsa gelombang kedua H1N1," kata Adnan kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rahmat Ramadan di masjid Felda Sungai Kemahal, dekat sini.

Pada majlis itu beliau menyampaikan bonus hari raya kepada para peneroka tanah rancangan Felda Wilayah Mempaga dan bantuan raya kepada golongan miskin.

-- BERNAMA

UMNO Sakit Otak...

Bagan Pinang keberanian angkatan


By Kerajaan Rakyat

Dari 14,192 pengundi pengundi di Bagan Pinang, 66 peratus darinya adalah pengundi Melayu, 10.5 peratus Cina, 19.9 India dan 3.5 peratus bangsa-bangsa lain.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, BN memenangi kerusi itu apabila mendapat 6,430 undi.

Majoriti yang diperolehi oleh BN ialah sebanyak 2,333 undi setelah calon PAS, Ramli Ismail berjaya memperolehi 4,097 undi.

Sesuatu yang amat perlu diberi difahami adalah 4,925 dari 14,192 pengundinya adalah pengundi pos.

“Apa yang berlaku sebelum ini, setiap pengundi pos perlu memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan itu ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi.

“Apabila sampul surat itu diperiksa, borang perakuan itu akan jelas menunjukkan identiti pengundi dan calon yang mereka undi yang mengakibatkan tidak ada lagi kerahsiaan pengundian yang menjadi prinsip asas dalam proses demokrasi.

“Apabila tidak ada kerahsiaan, ia pasti mengakibatkan seseorang pengundi pos tidak berani mengundi calon lain selain dari yang diarahkan supaya diundi,” - Datuk Mahfuz Omar.

Read more at: http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2009/09/bagan-pinang-keberanian-angkatan.html

UMNO-BN dilanda ribut sebelum Tsunami

Isnin, September 14, 2009

1Malaysia...rakyat malaysia atau rakyat asing diutamakan


1Malaysia Kena Tipu Dek Proton...
Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

che det baru tersedar....anwar lama dah habaq mai

MAKAN SUAP

1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.

2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.


4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.

5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.

6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan.

sumber:chedet.co.cc

umno kata mic biadap...2 kali 5 .....5 kali 2..sama biadap


Pemuda: MIC biadab kecam Dr Mahathir

Kecaman terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam adalah melampau dan
amat biadab, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.

"Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

"Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu Datuk Seri S Samy Vellu.

"Pergerakan Pemuda Umno berpandangan bahawa tindak-tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya," kata Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan.

Menurutnya, rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta.
"Mereka kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya. BERNAMA

Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an- Nik Aziz


KOTA BHARU, 14 Sept: Harapan sejak tahun 60an lagi untuk melihat Umno terkubur semakin menjadi realiti. Iklan

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti yang bersikap perkauman seperti Umno tidak mustahil untuk mati kerana tiada satu jaminan pun oleh sesiapa sahaja bahawa perjuangan perkauman akan kekal sepanjang zaman.

Beliau berkata demikian sebgai mengulas kenyataan bekas Presiden Umno,Tun Dr. Mahathir Mohamed bahawa Umno akan terkubur sekiranya permasalahan yang melanda tidak dapat diselesaikan segera.

"Umno mesti mati kerana hidup mereka hanyalah dibuat-buat. Mereka tolak Islam, guna sekular, kalau lawan sama-sama sekular boleh lah tahannya, tetapi kalau parti mana sekalipun yang lawan Islam, ia tak akan bertahan lama."

"Islam milik Allah sedangkan perjuangan bangsa Melayu bukannya boleh dibawa ke akhirat, hanya Islam akan sampai ke sana"ujar beliau.

Katanya, hanya PAS parti yang mengambil Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangannya, dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bahawa Umno juga memperjuangankan Islam bukan sesuatu yang luar biasa.

Kenyataan sedemikian juga katanya boleh digunakan parti lain dalam komponen BN, namun realitinya Umno memperjuangkan Melayu, MCA Cina dan MIC memperjuangkan kaum India.

Tetapi PAS katanya, memperjuangkan Islam yang melampaui batas perkauman sempit tersebut.

Keadilan perjuangan Islam itu katanya telah menarik kaum bukan Islam untuk bersama PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong parti itu.

Mengulas hak meletakkan calon pada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Tuan Guru berkata ianya bukan isu besar, kerana yang lebih penting, calon yang tersebut adalah dari Pakatan Rakyat.

"Mengikut kebiasaannya, calon adalah dari parti yang bertanding terdahulu, kalau calon dahulu dari PAS, maka untuk kali ini pun dari PAS, apapun ia adalah milik Pakatan Rakyat sebenarnya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di majlis perlancaran Kutipan Wakaf/Derma Tapak Masjid Al-Hussain Bandar Baru Tunjong.

Masjid yang akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar tersebut adalah sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara ini dan ia terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Turut hadir di majlis tersebut,Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Dato'Mohd Aiseri Alias,Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Exco Negeri,Ketua Pegawai operasi Perbadanan Menteri Besar, Ir.Abdul Ariffahmi Ab.Rahman, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Pegawai-Pegawai Kerajaan negeri.

Pembinaan masjid tersebut akan mengambil masa selama 34 bulan dan boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu waktu.

Masjid yang menelan belanja melebihi RM7 juta akan menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah(Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid_mna

Tanggal 3 Oktober kita akan bertembung lagi...


Hari mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Negeri Sembilan ditetapkan pada 11 Oktober, sementara hari penamaan calon pula jatuhnya pada 3 Oktober ini.

Tarikh itu dimumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mesyuaratnya hari ini bagi membincangkan persiapan pengendalian pilihan raya kerusi itu di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.

Seramai 13,664 pemilih layak menentukan calon parti yang bertanding - kemungkinan besar menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PAS - termasuk 4,604 pemilih pos.

300,000 keluar parti jika Subra tinggalkan MIC


Susulan pemilihan MIC:

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam memerlukan platform politik baru untuk menyatupadukan masyarakat India termasuk bekas ahli MIC ekoran kekalahan kedua berturut-turut dalam pemilihan parti semalam.

Penyokongnya juga mendakwa kira-kira 300,000 ahli MIC akan keluar jika Subramaniam memutuskan untuk meninggalkan parti itu.

Sehubungan itu penyokong-penyokong Subramaniam menanti tindakan susulan beliau ekoran kekalahan semalam.

"Subramaniam harus mengambil platform lain... beliau harus memutuskan platform lain untuk menyatupadukan mereka (masyarakat India).

"Untuk menyatupadukan komuniti India, beliau memerlukan satu platform," kata salah seorang penyokong kuat Subramaniam, K.P. Samy yang memenangi kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pemilihan semalam.

K.P. Samy mengatakan demikian ketika ditemui pada hari kedua Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di sini hari ini.

K.P. Samy menambah, walaupun beliauSubramaniam tewas sebanyak dua kali dalam perebutan jawatan nombor dua parti, namun lebih 500 perwakilan memberi sokongan padu kepada bekas Timbalan Presiden itu manakala Palanivel, calon diiktiraf Presiden Datuk Seri S. Samy Vellu, hanya memperoleh kira-kira 35 peratus sokongan.

Sehubungan itu kata K.P. Samy, pihaknya menanti keputusan Subramaniam untuk menentukan masa depan dalam MIC.

K.P. Samy menambah, sebelum ini beliau dan Subramaniam ada mengadakan pertemuan bersama dua pemimpin Hindraf dalam usah menarik mereka menyertai MIC.

"Saya tidak mahu sebut siapa pemimpin Hindraf itu... mereka pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. "... kita juga mengadakan perbincangan bersama bekas ahli Barisan Progresif India (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

"Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk menarik kembali minat mereka menyertai MIC. Bagaimanapun, mereka menyatakan pertimbangan akan dilakukan selepas melihat keputusan pemilihan MIC," katanya.

Bagaimanapun katanya, keputusan pemilihan semalam menunjukkan suasana yang berlainan. Pada perhimpunan parti itu semalam, calon Pasukan Presiden direstui Samy menyapu bersih semua jawatan tertinggi parti manakala 19 daripada 27 calon pilihann beliau memenangi kerusi CWC yang dipertandingkan.

K.P. Samy berkata, selepas melihat kepada keputusan pemilihan MIC itu, beliau tidak pasti sama ada usaha atau perbincangan bersama kumpulan terbabit akan berjaya atau tidak.

"Saya akan terus bekerja untuk menyatupadukan masyarakat India.

"Kini saya tidak tahu apakah keputusan Subramaniam yang seterusnya. Kita tunggu dan lihat," katanya.

sumber:mstar

5 ribu penyokong umno lawat tapak kuil...

ramai ni jer...ramai la sangat...1Malaysia umno kelentong...
kalau dah pencacai...pencacai la jugak......





gambar ehsan dari blog kerabubersuara.blogspot.com

Ahad, September 13, 2009

Teori RAHMAN...dan Najib sebagai PM yang terakhir



Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Nik Mohd Amar Abdullah berkata Najib adalah pelengkap terakhir dalam teori RAHMAN yang popular, dimana huruf N pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut

ADUN Kulim Angkat Sumpah Sebagai Exco


ALOR SETAR, 13 Sept (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim, Lim Soo Nee hari ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Kedah yang baru bagi mengisi tempat Mohamad Radzhi Salleh yang disingkir selepas mengisytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas, pada 25 Ogos lepas.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenankan istiadat mengangkat sumpah itu di hadapan baginda di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit dekat sini.

Lim, 37, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Masyarakat Siam dan Perpaduan yang sebelum ini disandang S. Manikumar.

Manikumar kini Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Masyarakat India.

Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan sebelum ini disandang Mohamad Radzhi (PKR).

Lim yang ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah berkata perkara pertama yang akan dilakukannya ialah menyemak semula porffolio itu untuk memastikan beliau dapat memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Sultanah Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri turut hadir pada istiadat itu.

-- BERNAMA

Tanda-tanda besar kapal BN karam...


MIC dengan pemimpin tongkat langit sampai mati....
MCA dengan perpecahan besar besaran......
UMNO pula dengan calon-calon PRK recycle dan pemimpin mereka yang korup...

Rakyat bukan tolak MIC...MCA...UMNO tapi Rakyat tolak BN sebagai wadah perjuangan meneruskan kecemerlangan negara

Rakyat mengharapkan kepimpinan dalam PAS,PKR dan DAP meneruskan agenda negara dengan adil dan saksama....takbir

'Pengundi India menyampah dengan BN, bukan saya'

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN.

Orang kito