Belum pun 100 hari Dato Seri Najib memerintah dan rasanya masih seperti masih baru ditabalkan sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-6 telah pun dibebani dengan berbagai-bagai masalah. Bak kata pepatah 'Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul'.
Dan jikalau dahulu Pak Lah dan kini dikenali Tun Abdullah dihentam diasak oleh barisan kepimpinannya sendiri dari dalam parti dan komponen parti dan sekarang dipulaukan dan dimalukan oleh orang-orang dalam partinya sendiri dan kini giliran Najib untuk merasai keperitan dan betapa siksanya apabila barisan kepimpinan yang dipilih, tiada seorang pun tampil untuk mempertahankan beliau, malahan parti komponen tidak langsung bersetuju dengan cara Najib menguruskan masalah yang timbul dari krisis politik di Perak.
Najib tahu, timbalannya pun tahu, pemimpin tertinggi di kalangan parti komponen pun tahu bahawasanya apa yang berlaku di Perak, sedikit sebanyak mengakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya dan juga Barisan Nasional. Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik balik sokongan rakyat tetapi permasalahan yang berlaku di Perak menyebabkan rakyat menjadi sangsi terhadap kewibawaannya.
Kesangsian rakyat itu ada asasnya, bermula adegan lompat-melompat dan kemudian membawa kepada terjadinya perlantikan MB haram dan rentetan peristiwa akhir memaksa Nizar terpaksa membawa kesnya ke mahkamah tinggi. Seterus setelah disahkan sebagai MB yang sah dan kemudiannya ditangguhkan penghakiman oleh mahkamah rayuan dan terbaru didapati hakim yang mengendalikan rayuan itu adalah hakim yang terlibat dalam video VK Lingam. Bagaimanakah untuk mengakis prasangka buruk rakyat itu sekiranya perkara seperti ini tidak ditangani dengan adil dan sewajarnya.
Lambat-laun rakyat akan mula merasa muak terhadap BN dengan apa yang telah dilakukan.
Sebelum ini Che Det sudah berpesan kepada Najib supaya tidak menerima katak-katak tersebut ke dalam parti kapal layar ini tetapi Najib tetap bertegas untuk menerima mereka yang masih lagi di dalam perbicaraan kes rasuah wang dan rasuah seks.
Nampaknya sekarang ini, apa yang Najib lakukan ini seperti serba tidak menjadi. Dalam hal seperti ini tidak dapatlah BN menyalahkan PR seratus peratus dengan segala apa yang berlaku.
Nizar sebagi MB yang sah hanyalah meminta untuk membubarkan DUN dan perkenan sultan PErak dengan matlamat agar sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat tetapi apa yang dilakukan oleh Zambery pula adalah sebaliknya.
Harapan rakyat Perak hanyalah satu supaya sebuah kerajaan negeri yang stabil dapat dibentuk demi untuk menjaga keharmonian, kebajikan dan kesejahteraan khususnya rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan.