Kawan-kawan dan sahabat handai....
Sabtu, Ogos 01, 2009
lilin haram, perhimpunan ISA haram...yang ni pulak confirm HARAM
Najib Langgar Fatwa Haram Letak Kalung Bunga Di Tugu Peringatan
Dari NYA kita datang dan kepada NYA kita kembali...
Naib Presiden PAS bersama anak-anak dan keluarga melakukan solat jenazah keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Allahyarham Hamdan Abd. Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.
Jumaat, Julai 31, 2009
Zahid kata Nik Aziz jahil...bincang apa lagi???
-petikan kata-kata Zahid dalam sinar harian
Najib: Rakyat mahu Umno-PAS berbincang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada umumnya sebahagian besar daripada rakyat Malaysia dan umat Islam di negara ini berpendirian dan berpendapat bahawa Umno dan PAS wajar mengadakan perbincangan.
"Pendirian Umno daripada awal, Umno mahu pada usaha yang boleh mendatangkan kebaikan. Oleh itu, apa-apa perbincangan yang membawa kemajuan umat Islam dan rakyat Malaysia, adalah diterima baik.
"Apa yang berlaku selepas ini, terpulang kepada keadaan. Kita tetap dengan prinsip, kita konsisten dan tetap dengan pendirian sedemikian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.
Ditanya Umno nampaknya terlalu berharap pada PAS, Najib menjawab: "Tidak, tidak, Umno tidak terasa tertekan sehingga terpaksa melakukan usaha untuk mencari titik pertemuan, seperti pembentukan kerajaan campuran dan sebagainya.
"Tetapi yang kita pentingkan pendekatan ke arah menyelesaikan masalah di kalangan umat Islam yang boleh mendatang kebaikan," katanya.
"Apa juga bentuk yang membawa kepada perubahan struktur, ini soal kedua, tetapi apa-apa yang boleh membawa kepada kepentingan umat Islam, penyatuan ummah dan perpaduan rakyat Malaysia, perkara-perkara yang baik kita akan teruskan," tambahnya.
Isu cadangan perbincangan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS menjadi tajuk hangat, termasuk di kalangan pemimpin PAS, khususnya Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, membantah keras cadangan tersebut.
Isu tersebut kemudian reda selepas majlis Pakatan Rakyat memutuskan untuk menolak sebarang perundingan dengan Umno.
Bagaimanapun, isu itu timbul semula selepas kenyataan Nik Aziz didakwa telah diputarbelit oleh pihak media yang memberi gambaran yang PAS sedia berbincang dan bekerjasama dengan Umno.
bagaimanapun, Nik Aziz yang juga menteri besar kelantan menafikan perkara itu dan menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau ialah kerjasama antara kerajaan Kelantan pimpinan PAS dengan kerajaan pusat.
sumber:www.malaysiakini.com
Perkembangan info roadblock polis di KL....
Police roadblock at Jalan Travers.
Police road block at Jalan Cheras near Taman Midah ahead of the Pro-ISA and Anti-ISA rally to be held tomorrow.
Police road block along Jalan Cheras near Taman Midah.
Roads blocks have been set up at major roads in the Klang Valley heading towards Kuala Lumpur ahead of the Anti-ISA and Pro-ISA mass rallies that have been planned for Saturday.
Gambar ehsan : thestar.com.my
Cermin diri dulu baru nak mengata!!!
Sebelumnnya Bernama melaporkan Zahid Hamidi berjumpa Perdana Menteri Israel,Benjamin Netannyahu tapi dinafikan oleh Pegawai khas (media) dan dibetulkan semula oleh bernama.
BAGAN DATOH - Lemparan kata-kata liar yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai UMNO memperlihatkan tokoh ulama itu seolah-olah seperti orang jahil.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika hasrat Nik Aziz mahu berbaik dengan Kerajaan Pusat kerana ada 'udang di sebalik batu', lebih baik lupakan hasrat dendam itu.
Beliau berkata, sepatutnya sebagai ulama, Nik Aziz harus menunjukkan contoh sahsiah terbaik untuk jadi ikutan ummah, bukan dengan memaki hamun.
“Ulama seperti Nik Aziz bukan bersifat maksum seperti nabi kerana beliau ulama politik yang bermain d:engan kata-kata dan tidak seharusnya
bertindak sedemikian jijik.
:“Ulama seharusnya memberikan nasihat tanpa berpihak dan berdakwah dengan kebijaksanaan dan kelembutan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Nik Aziz yang mengeluarkan kenyataan keras berhubung pendiriannya menolak sebarang kerjasama dengan UMNO apabila menyatakan "pergi jahanamlah UMNO” dalam satu sidang media baru-baru ini.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3002539.asp
Menjelang 1 Ogos...KL jadi bandar polis
Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.
Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.
Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.
Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.
sumber:www.malaysiakini.com
Demo ISA: Polis mulakan sekatan jalan-jalan utama di Lembah Klang
PETALING JAYA: Polis telah mula mengadakan sekatan lalu lintas di lokasi-lokasi utama di Lembah Klang sejak pagi bagi halang perhimpunan anjuran 2 kumpulan di Kuala Lumpur esok
Dua kumpulan yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran).
Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.
Esok Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.
Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.
Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.
sumber:mstar.com.my
Lagi pilihanraya kecil di Pulau Pinang
ADUN PERMATANG PASIR (PERMATANG PAUH)
DATO MOHD HAMDAN ABDUL RAHMAN KEMBALI KE RAHMATULLAH
BELIAU MENINGGAL DUNIA DI IJN KUALA LUMPUR PAGI TADI.
lagi syarikat milik rakyat digadai ke tangan asing
'Food Security' ialah terma yang digunakan untuk menggambarkan jaminan keselamatan untuk semua mendapat jaminan akses terhadap bahan makanan utama. Jaminan ini selalunya merupakan tanggungjawab 'penguasa' yang kalau merujuk kepada negara Malaysia ia merupakan peranan Kerajaan Malaysia dan makanan utama kita beras.
Isu mengenai 'food security' ini telah menjadi perbincangan dunia sejak 80an lagi. Sejak itu bukan sedikit seminar dan resolusi diluluskan seluruh dunia berkenaan perkara tersebut. Kerajaan di seluruh dunia pula semakin sedar kerana desakan untuk memainkan peranan lebih besar dan penting dalam memberikan jaminan 'food security' kepada rakyatnya.
Namun dua hari lepas tersentak membaca laporan sebuah agensi berita antarabangsa.
Reuters melaporkan: A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents.
Bernas atau Padi Beras Nasional yang ditubuhkan pada 1994 menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ialah syarikat yang diberi kuasa memonopoli pasaran beras negara. Selepas LPN digantikan BERNAS sememangnya banyak rungutan mula timbul kerana tanggungjawab sosial yang menjadi agenda utama LPN telah digantikan dengan tumpuan perniagaan BERNAS. Penyenaraian BERNAS pada Ogos 1997 di Papan Utama Bursa Malaysia menjadikan BERNAS sebuah organisasi perniagaan tulen yang menumpukan tanggungjawab kepada pemegang saham sebagai keutamaan dan tanggungjawab sosial menjadi tumpuan selepas itu.
Dan kini lebih malang negara telah hampir kehilangan organisasi sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan strategik terhadap negara, kepentingan semua pihak yang berkepentingan yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan kehilangan pengusaan terhadap industri strategik ini melibatkan isu 'food security' dan keselamatan negara secara tidak langsung.
Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).
Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.
Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.
Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.
Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, ialah individu yang mempunyai kepentingan utama dalam Budaya Generasi dan Serba Etika.
Nampaknya jelas regim pemerintah hari ini gagal menjalankan tanggungjawabnya dalam menjamin keselamatan makanan negara.
'Periuk Nasi' rakyat kini dikuasai oleh kapitalis asing dari Hong Kong. Ini isu penting jika di banyak negara lain isu sebesar ini sudah tentu akan ada Menteri yang akan bertanggungjawab termasuk akan meletakkan jawatan.
Dengan ini Najib Tun Razak dan kabinetnya seharusnya keluar dengan penjelasan yang menyakinkan, kenapa ini dibenarkan berlaku ? Banyak ruang ekonomi negara tergadai kepada kapitalis asing yang pintunya dibuka oleh Najib dalam agenda liberalisasi pasarannya.......Adakah penggadaian Bernas ini juga termasuk dalam dasar liberalisma ekonomi Najib Tun Razak ?
Di laporkan syarikat Hong Kong tersebut berjaya memiliki pegangan sebegitu besar dalam BERNAS apabila sedikit - demi sedikit membeli saham dalam BERNAS melalui pembelian berperingkat dari pegangan tokoh korporat individu (Umnoputra) yang sering dikaitkan dengan regim pemerintah.
Yang pastinya Umnoputra yang mendapat tempat itu telah kaya dan hasil penjualan sahamnya dia kan lebih kaya raya tetapi mereka tidak kisah untuk menjualkan apa yang diperolehinya kepada orang asing. Ini bukan isu cina, jinjang cuba membuka sebanyak mungkin kedai runcit atau India, ladang Bikam membuat tuntutan tetapi apa yang berlaku ialah regim ini membenarkan industri strategik negara dikuasai oleh orang asing (bukan warga Malaysia).
Seluruh rakyat mendesak agar kuasa monopoli dalam industri beras yang di miliki oleh BERNAS yang kini dikuasai oleh kapitalis asing harus ditarik balik. LPN harus ditubuhkan semula bagi mengendalikan sepenuh industri beras negara ini dengan penuh tanggungjawab sosial.
Negara sedang menuju penjajahan bentuk baru, regim pemerintah menghina peluh petani.
sumber: chegubard.blogspot.com
Khamis, Julai 30, 2009
cuma sebab durian....DBKL vs ASKAR
Orang melayu nak meniaga pun dikacau...apa punya turrr la DBKL ni...kesian tul aku tengok...meniaga durian tu bermusim bang...biarkanlah...bukannya selalu
Mashitah keluar fatwa perhimpunan, fatwa ISA bila lagi?
Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
sumber: berita harian
antara fatwa Mashitah yang lain.....
1. Fatwa halal melacur
Penulis telah membaca sendiri kenyataan lengkap Mashitah dalam isu ini. Selepas satu Malaysia marah-marah, baru dia buat twist dengan mengatakan bahawa fatwanya diputer belit. Takde putar belit pun. Memang fatwa asalnya ringkas dan begitu. Dalam penjelasannya baru dia tambah itu ini untuk cover kesesatan fatwa asalnya.
2. Fatwa halal tak solat
Mashitah cukup marah sewaktu masyarakat mempertikaikan tentang bagaimana perenang negara solat dalm usaha beliau merentasi laut dengan berenang. Katanya isu solat itu soal remeh temeh!
3. Fatwa Nizar kafir
Katanya Nizar rosak akidah kerana memegang lilin sewaktu majlis membantah pembunuhan/kematian Teoh.
FATWA ISA BILA TAHUN PULAK? JANGANLAH MENGHALALKAN YANG HARAM, MENGHARAM YG HALAL bagi menjustifikasikan undang-undang drakonian menahan manusia tanpa sebab....wallahu'alam
BMW tarik diri dari F1...Petronas pulak macam mana???
Apa yang menariknya, syarikat kereta gergasi Jerman juga dalam usaha mengawal kewangan mereka untuk menyelamatkan BMW dari terlingkup.
Bagaimana pula dengan PETRONAS...sanggup lagikah bermewah dan berjoli wang rakyat dengan pertandingan yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat...
Formula One suffers fresh blow as BMW announces withdrawal
By Daniel Schäfer in Frankfurt
Published: July 30 2009 03:00 Last updated: July 30 2009 03:00
BMW yesterday dealt a blow to Formula One when the world's largest premium carmaker said it would quit the sport at the end of this season, a decision that reflected cost-cutting across the global car industry.
The German company is the second high-profile team to leave the world's top motor racing series in the past year. Honda, the Japanese carmaker, quit in December amid the deep slump facing the car industry.
Norbert Reithofer, BMW's chief executive, attributed the company's decision to pull out to its strategic move towards "green" technologies.
But the FIA and Formula One chief Bernie Ecclestone were in little doubt that the decision was due to BMW's poor performance and a desire to cut costs. The German carmaker, which bought Swiss team Sauber in 2005, has spent more than €200m ($280m) on F1 this year. "When you consider how much money they have spent and the results they have got, it's probably not such a good investment," Mr Ecclestone said.
Copyright The Financial Times Limited 2009
Penyokong Pakatan, MIC bertembung di ibu pejabat MIC
Penyokong-penyokong memegang kain rentang tertulis 'perhimpunan demi keadilan kepada pelabur-pelabur Maika Holdings' dan 'pulangkan hak kami'.
Perhimpunan tersebut diketuai Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Terdahulu, pada pukul 12 tengah hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu tiba di bangunan itu dan bertemu dengan Ketua Pemuda MIC, T Mohan untuk menyerahkan memorandum berkaitan tuntutan Maikan Holdings.
Kira-kira 50 anggota Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada di kawasan itu untuk mengawal keadaan.
Selain penyokong PKR, kira-kira 300 penyokong MIC turut berhimpun melaung 'Pakatan penipu' dan memegang kain rentang tertulis 'Pakatan Rakyat aniaya penduduk Kampung Buah Pala, pulangkan tanah kami, Kampung Buah Pala'.
Pada ketika ini, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MIC sedang berlangsung dan dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu.
Anak Samy Vellu, Vell Paari hadir di pekarangan bangunan MIC ketika itu.
Isnin lalu, Vell Paari yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maika Holdings berkata, beliau sedia untuk bertemu dengan sesiapa hari ini untuk menerangkan keadaan sayap pelaburan MIC itu.
sumber:mstar.com.my
Najib tak percaya Mat Said...harta rakyat T'ganu dirompak lagi
Akhbar the Star pada 22 Julai lalu telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang berkata selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi General Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang juga Pengerusi al-Mudabala Development.
Selepas lawatan peribadinya sehari ke Abu Dhabi, Najib berkata syarikat pelaburan tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak USD 1 bilion dalam bidang hartanah dan perkhidmatan di Malaysia.
”Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd,”kata Najib dalam satu kenyataan
Pada asalnya TIA dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak.
Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.
Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia
sumber:wargamarhaen.blogspot.com
Pakatan Rakyat mohon mengadap Seri Paduka Baginda YDP AGONG
Selain itu permintaan agar pertemuan segera diadakan di antara saya, Tuan Guru Haji Hadi dan Sdr Lim Kit Siang dengan Dato’ Sri Najib Razak juga disampaikan sebentar tadi kepada pejabat beliau. Menyedari ketidakpuasan hati rakyat semakin hari semakin memuncak, terutamanya, apabila acapkali dikecewakan dengan penjelasan yang seumpama melepas batuk di tangga, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pertemuan ini bagi membincangkan beberapa perkara yang mendesak kerana ianya membabitkan integriti beberapa institusi kenegaraan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia(PDRM).
Pertemuan juga dijangka membincangkan kontroversi kematian mendiang Teoh Beng Hock dan bidangkuasa suruhanjaya yang terbatas. Turut disentuh di dalam surat kepada perdana menteri ialah, adanya pembabitan agensi kerajaan untuk menggugat kestabilan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hasrat untuk bertemu Dato’ Sri Najib juga adalah untuk menuntut agar tempoh perkhidmatan Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan, terutamanya apabila nama beliau dikaitkan dengan kongsi gelap pelbagai skandal seumpama pembelian Eurocopter. Manakala selari dengan kehendak rakyat dan perkembangan semasa, adalah wajar untuk negara ini memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).
ANWAR IBRAHIM
Rabu, Julai 29, 2009
bunuh diri atau dibunuh??? di alam misteri...
SHAH ALAM: Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.
Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.
Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.
Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.
"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.
"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.
"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.
Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.
Siapakah di belakang blog t4tbh?????
Ekoran itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah di belakang blog ini yang nampaknya secara tersusun cuba menjatuhkan beberapa Exco kerajaan negeri Selangor.
Usaha juga nampaknya dibuat dengan keras untuk menyebarkan kebencian di kalangan penyokong PAS dan PKR di Selangor terhadap Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.
Sedangkan di luar pula Umno secara yang bersungguh-sungguh (terhegeh-hegeh, tulis wartawan Utusan) mahu menarik PAS bersama mereka.
Menurut satu blog, penulis di belakang blog ini adalah bekas wartawan NST. Selain dalam t4tbh, akhbar Malay Mail adalah akhbar utama yang melaporkan tulisan yang hampir sama dengan laporan dalam t4tbh ini.
Hari ini pula andaian timbul kononnya penulis ini ada kaitan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini ekoran dari tersiarnya dalam blog itu kenyataan bahawa maklumat yang disiarkan dalam blog ini (t4tbh) adalah dari komputer peribadi Teoh Beng Hock.
"Hanya mereka yang akses kepada komputer ini sahaja yang boleh mengetahui kandungannya...dan mereka adalah para pegawai SPRM yang menyiasat Teoh," tulis satu blog./
sumber berita:siasah
Sumber: wargamarhaen.blogspot.com
update perjalanan inkues di mahkamah majistret shah alam
12.15 tengah hari: Inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan ke 5 Ogos ekoran permohonan peguam yang mewakili ahli keluarga dan kerajaan negeri Selangor
11.40 pagi: Prosiding inkues bersambung.
10.30 pagi: Ketika ditemui media, Gobind berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk meneliti semua dokumen itu.
10.20 pagi: Pihak peguam yang mewakili kerajaan tidak membantah permohonan Gobind dan Koroner Azmin Mustapha bersetuju dengan permohonan itu. Mahkamah berhenti seketika selama setengah jam bermula 10. 20 pagi bagi koroner membuat pemeriksaan dengan pihak pendaftar mahkamah sama ada mereka ada mengeluarkan notis berhubung inkues ini.
10 pagi: Peguam Gobind yang wakili keluarga Teoh minta siasatan ditangguh kerana tidak terima dokumen, antaranya bedah siasat.
9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.
8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.
8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.
8 pagi: Keluarga Teoh terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya tiba di mahkamah.
7.50 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pas kebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.
7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.
sumber:mstar.com.my
belajar tangani atau pelajari rasuah???
Kalau puluh ratusan ringgit...itu barulah rasuah....
ketam oh ketam.............
Afrika pelajari cara Malaysia tangani rasuah
Daripada RAMLI ABDUL KARIM
pengarang@utusan.com.myKAMPALA 27 Julai - Malaysia berkongsi pengalamannya menangani rasuah termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan negara-negara Afrika dalam Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) yang berlangsung di Munyonyo di sini.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengalaman itu disampaikannya menerusi salah satu sesi dialog bersama ketua-ketua kerajaan yang menyertai Global 2009 hari ini.
"Kita beritahu mereka mengenai SPRM dan kita berpeluang berkongsi pengalaman bagaimana rakyat harus disedarkan tentang bahaya rasuah supaya ia dilihat sebagai sesuatu yang jijik.
Ini kita bincang secara terbuka," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Global 2009 di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula semalam hingga esok.
Menurut Muhyiddin, memandangkan pada masa ini negara-negara Afrika masih berdepan dengan isu ketelusan dan kekangan lain, maka terserah kepada negara terbabit sama ada mahu mengikuti cara Malaysia dalam menangani gejala rasuah.
"Saya diberitahu bahawa di sini, semakin mereka berjaya semakin besar gejala rasuah. Apabila pendapatan mereka lebih tinggi, kecenderungan melakukan rasuah lebih besar. Ini adalah pengalaman negara-negara Afrika sendiri," katanya.
Selain itu, tambahnya, beliau turut sama berbincang dengan Kelab 29 iaitu pemimpin generasi muda Afrika yang begitu peka terhadap usaha membangunkan masyarakat termasuk meminta pandangan Malaysia mengenai pendidikan dan masa depan mereka.
"Kita berbincang bersama-sama dengan Kelab 29, memberi idea-idea dan mereka menunjukkan respons yang positif terhadap cadangan-cadangan yang diberikan," katanya.
Pada hari kedua Global 2009 hari ini, Muhyiddin menghadiri lima sesi dialog dan perbincangan di samping majlis pelancaran Hab Kebebasan Munyonyo, iaitu pusat perkongsian pengalaman antara negara-negara Afrika di Speke Resort, Munyonyo.
Dalam sesi dialog bertajuk 'Transformasi: Wawasan Negara Berdepan Cabaran' yang berlangsung pada sebelah pagi, Timbalan Perdana Menteri menjadi salah seorang anggota kumpulan pemikir utama dalam perbincangan tersebut bersama-sama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Sesi tersebut dipengerusikan Presiden Uganda, Presiden Yoweri Kagua Museveni dan ketua-ketua kerajaan termasuk Presiden Tanzania, Jakaya Mrisho Kikwete; Presiden Zambia, Rupiah Banda; Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan Raja Swaziland, Mswati III.Muhyiddin juga dipilih sebagai salah seorang anggota kumpulan pemikir utama sesi dialog bertajuk 'Berita Pada Masa Depan' yang melibatkan penyertaan wakil media tempatan dan asing. - Utusan
itu la....lain kali tabur lagilah fitnah
Utusan Meloya memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan diatas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan didalam Utusan Meloya pada 11 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa nasihat beliau tidak semestinya didengar ketika mengulas cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu,tajuk atas sebelah kiri muka surat hadapan Utusan Meloya pada 15Jun 2009 iaitu nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan mengambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau pada muka surat 7 , Utusan Meloya keluaran 15 Jun 2009 adalah salah.
Utusan Meloya dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Nik Abdul Aziz diatas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin berlaku kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
sumber:pakatanblogger.blogspot.com
Najib kot tok guru tulen.....
saja putarbelit kenyataan tok guru...apa raaaaa, takde modal lain kok ya pun....
Nik Aziz Dianggap Bukan Tuan Guru Tulen
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Beberapa pemimpin Umno amat kesal dengan kenyataan "pergi jahanamlah Umno" oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana ia datang daripada seorang pemimpin politik bertaraf ulama dan seorang tuan guru.
Yang lebih mereka kesalkan dan sedih ialah penolakan bulat-bulat Nik Abdul Aziz kepada usaha untuk berbaik-baik dengan Umno yang bagi mereka menunjukkan kesombongan dan sifat keterlaluan Menteri Besar Kelantan itu.
Oleh itu, mereka mahu Umno agar tidak beria-ia untuk bekerjasama dengan Pas kerana beranggapan bahawa semua ucapan Nik Abdul Aziz berhubung soal hendak berbaik-baik dengan kerajaan pusat hanyalah satu lakonan semata-mata.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan "Pergi Jahanamlah Umno" kerana beliau merupakan seorang yang dianggap bertaraf ulama.
"Saya sebagai orang biasapun tidak sanggup mengeluarkan kata-kata itu, apatah lagi beliau seorang pemimpin tinggi parti politik yang disebut-sebut sebagai ulama," katanya kepada pemberita di Kota Baharu hari ini.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata walaupun dikeji, bagi pihak Umno, beliau sedia untuk berbaik-baik dengan Pas.
"Bagi pihak parti, kita (Umno) dari awal hingga akhir sentiasa bersedia kalau nak berbaik-baik, nak berbincang. Tapi kalau sebelah sana bukan saja tak bersedia, bukan saja mempermain dan mempersendakan kita, sekali boleh, sekali tak boleh...payahlah kita (hendak beri kerjasama).
"Kita orang Melayu dan beragama Islam, bermaruah, berbudaya, perlu membuat contoh yang elok," kata Awang Adek.
Di KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee pula mengingatkan parti itu agar jangan beria-ia dengan cadangan mengenai kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.
"Kita sambut baik cadangan itu jika atas nama persaudaraan Islam, tetapi lakonan politik Nik Abdul Aziz sebelum ini menyebabkan kita perlu berhati-hati. Kita perlu berwaspada dengan kenyataan Nik Abdul Aziz kerana beliau merupakan pemain politik yang licik," katanya.
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Hasan Hamzah, berkata sebagai seorang yang dihormati dan diberi kepercayaan oleh masyarakat Melayu, Nik Abdul Aziz sepatutnya tidak boleh mengucapkan perkataan yang bersifat keterlaluan.
"Nik Abdul Aziz bukan tuan guru yang tulen. Kalau beliau boleh keluarkan perkataan 'Pergi Jahanamlah Umno', kita juga boleh kata 'Pergi Jahanamlah Pas'," katanya.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap Umno tidak terlalu teruja dengan bentuk kerjasama yang dikemukakan oleh pemimpin Pas malah mereka perlu berhati-hati kerana Pas mempunyai agenda yang tersembunyi.
-- BERNAMA
Selasa, Julai 28, 2009
lagi duit KWSP dibedal......
The Malaysian Reserve, citing an unidentifed source today, said the Employees’ Provident Fund (EPF) was ready to fund the loan at an undisclosed rate to Prokhas, the government-owned special purpose vehicle.
The source added that Prokhas was also looking at other financing options including government bonds, private debt securities or a term loan that may give more competitive rates.
In 2008, the government said it would transfer RM5 billion from the EPF to state owned fundmanager Valuecap to be invested in undervalued Malaysian stocks.
- Reuters
Dulu ValueCap, sekarang Prokhas pulak, bagi syarikat kroni depa pinjam duit EPF kita tanpa faedah, dah untung pulangkan balik yang pinjaman pokok aje.. Lepas tu EPF istyihar dividen rendah(5.8% je) sebab jumlah 10 billion yang banyak tu tak datangkan apa2 dividen atau pun keuntungan pada pencarum macam kita ni.. APA KITA DAPAT???
Biasa lah KWSP/EPF tu kan mesin ATM KERAjaan UMNO/BN !
Itu laa salah satu main function polisi 1 Malaysia, Najib !
H1N1 semakin mengganas.....
PUTRAJAYA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lepas.
"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lepas dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.
Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.
Semasa di wad beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.
"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator).
"Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.
Liow yang kecewa dengan perkembangan itu, berkata semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.
"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.
-BERNAMA
UPM awalkan cuti semester, empat pelajar positif H1N1
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Cuti pertengahan semester bagi Universiti Putra Malaysia (UPM) diawalkan bermula esok berikutan empat pelajarnya disahkan positif influenza A(H1N1).
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, UPM mengumumkan cuti pertengahan semester pertama selama seminggu berkuat kuasa esok sehingga 4 Ogos adalah sebagai langkah awal mencegah penularan wabak berkenaan.
"Saya menerima maklumat pada pagi tadi bahawa empat pelajar kita disahkan positif H1N1.
"Jadi semua aktiviti akademik dan dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan," katanya kepada mStar Online.
Jelas beliau langkah yang diambil oleh UPM itu adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebelum ini cuti pertengahan semester bagi UPM dijadualkan akan bermula pada 17 hingga 23 Ogos depan.
Tambah Nik Mustapha, keempat-empat pelajar berkenaan kini telahpun diasingkan iatu dua daripada pelajar berkenaan dikuarantinkan di kolej kediaman mereka manakala dua lagi dikuarantin di rumah mereka.
Bagaimanapun difahamkan jumlah berkenaan mungkin meningkat berikutan beberapa lagi pelajar lain turut menghadapi simptom-simptom jangkitan H1N1.
Malah beberapa ujian makmal juga masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam sejak beberapa hari yang lalu.
-MSTAR.COM.MY
H1N1: Tiga lagi institusi di Pulau Pinang ditutup
PULAU PINANG: Tiga lagi institusi di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai semalam akibat Influenza A (H1N1).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata institusi terbabit ialah Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Institut Latihan Jururawat Kementerian Kesihatan Bukit Mertajam dan Pusat Latihan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB).
Beliau berkata ujian dijalankan dalam kes kluster itu dan disahkan positif.
"Pihak berkuasa kesihatan perlu menutup institusi itu untuk mengelakkan penularan," katanya.
Phee meminta mereka yang dijangkiti supaya berdisplin dalam menjalani kuarantin dan perlu mendapatkan rawatan jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celsius.
Sebelum ini, masingmasing sebuah sekolah rendah, politeknik dan institusi pengajian tinggi di negeri ini diarah tutup selepas beberapa penuntut mereka disahkan positif H1N1.
-BERNAMA
3 Kem Khidmat Negara diarah tutup
PETALING JAYA: Three national service (NS) training camps have been ordered to close by state health departments due to signs of influenza A (H1N1) infection.
An NS statement yesterday said that the affected camps were Tangkas Kendiri in Kuala Kangsar, Perak; Lagenda Gunung Ledang in Asahan, Malacca and Merang Suria in Setiu, Terengganu.
All camps have been closed for seven days, after which trainees were required to report back to the grouping area.
“Trainees are advised to follow the instructions given by the medical officer in the camp and go to the nearest hospital or clinic if they are unwell,” said NS director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
-THESTAR.COM.MY
Makin teruk wabak H1N1 ni di Malaysia............semakin banyak IPTA/IPTS yang ditutup dalam mencegah epidemik yang melanda dunia sekarang ini...
Bukan 1,000 tetapi hanya 10 orang...lerrrr
"Siapa Hassan Melempeng? Dia seorang desperado dan tidak langsung mempunyai pengaruh dan merupakan katak politik yang mudah diternak oleh mana-mana parti. Dakwaan 1,000 orang ahli PKR hanyalah cerita dongeng yang direka oleh Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur," ujar Ketua Bahagian (Cabang) PKR Silam, Johani Abdul Halim.
Menurut Johani, beliau sentiasa memantau pergerakan Hassan dan ketika Majlis Makan Malam di Dewan Tun Mustapha baru-baru ini, beberapa ahli dan AJK PKR turut diundang dan mereka diperangkap dengan pengumuman terbuka Hassan dan isterinya, Che Sitti Sarina Che Ismail sehingga menyebabkan AJK dan ahli PKR yang turut serta tertipu.
"Hassan pernah memujuk saya menyertai UMNO apabila kami tidak terpilih pada pilhanraya umum 2008, namun saya kekal dengan prinsip perjuangan PKR," ujar Johani lagi yang merupakan Mantan AJK Bahagian UMNO Silam selama tiga penggal dan pernah menjadi Pengarah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO Silam sebelum menyertai PKR pada Julai 2005.
Kata Johani, sebenarnya UMNO hanya sesuai untuk pendatang asing tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO dan tidak sesuai bagi rakyat Sabah yang cintakan negara ini.
Oleh itu kata Johani, beliau mengucapkan selamat berangkat kepada Hassan suami isteri dan beberapa AJK yang terpengaruh dengan janji palsu Nasrun.
"Jika enam jiran keluarga Tiong Hua hidup dalam kemelaratan di belakang rumahnya, bagaimana Nasrun boleh membela Hassan dan ahli UMNO yang gilakan projek kecil?," ujar Johani yang menekankan bahawa Angkatan Muda PKR telah membuat laporan polis dan SPRM terhadap Nasrun yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian memberi projek kecil kepada Ketua Cawangan UMNO dan kroninya.
Sehubungan itu, Johani berharap agar Ahli PKR dan Pucuk Pimpinan PKR Pusat tidak gelisah kerana hanya sepuluh orang sahaja yang menyertai UMNO dan bukannya 1,000 seperti yang digembar-gemburkan oleh Nasrun dan tergelak besar ketika menunjukkan simbol 1 kosong menggunakan jari kedua belah tangannya.
Johani turut menggesa SPRM agar menyiasat amalan politik wang yang diamalkan Nasrun yang didakwa melesapkan lebih RM850,000 daripada peruntuk ahli parlimen untuk menanam pengaruh politiknya dengan memberikan lebih 37 projek kecil kepada Ketua Cawangan dan kroninya.
"Jika Nasrun boleh membeli perwakilan UMNO, adalah tidak hairan jika beliau juga membuat tawaran projek kecil dan biasiswa untuk anak tiri Hassan," ujar Johani yang telah mengenalpasti 10 orang ahli PKR yang menyertai UMNO.
Mereka ini kata Johani telah dijanjikan projek kecil termasuk rumah PPRT oleh Nasrun sebagai imbalan kemasukan mereka ke dalam UMNO.
Johani menegaskan beliau tidak hairan dengan amalan politik katak Hassan kerana sebelum ini beliau meninggalkan UMNO masuk PBS tetapi mengekalkan keahlian di dalam UMNO cawangan Kampung Berigas, kemudian apabila bertanding sebagai Calon Bebas 2004, dipecat seumur hidup oleh Lembaga Disiplin UMNO.
"Kini dia masuk UMNO balik. Apa nak hairan? Tapi bagaimana UMNO boleh terima ahli yang dipecat seumur hidup?," tanya Johani yang meminta ahli PKR bertenang dengan ribut dalam cawan di Silam.
Johani berkata beliau agak hairan dengan sikap YB Papantanda (Billboard) iaitu Nasrun yang hanya mencari populariti dengan menumpang glamor Ketua Menteri Sabah di sepuluh billboard yang tidak ditukar selama hampir setahun dan tidak mempedulikan kebajikan ahli UMNO yang hampir kesemuanya adalah miskin tegar.
"Jika 36 cawangan UMNO Silam enggan bermesyuarat dan tidak menghantar wakil ke Persidangan Agung UMNO Silam hari ini, bagaimana Hassan dan kumpulannya boleh mempercayai Nasrun?," tanya Johani yang masak dengan politik kampungan Nasrun yang bertenggek di sebalik jawatannya sebagai Pembantu Menteri yang kini ghairah untuk melobi jawatan Pengerusi Barisan Nasional Silam.
http://www.sabahkini.net/
PADE DOH...
Petikan kata-kata Tok Guru Nik Aziz
"Umno sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta bekerjasama dengan orang PAS). "(Tetapi) waktu kamu gagah dahulu kamu tendang aku (PAS) (keluar daripada Kerajaan Pusat). Saya ingat perkara itu," tegasnya sambil mengingatkan bahawa PAS menyertai Kerajaan Pusat ketika itu dengan jemputan daripada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri.-harakahdaily
ALLAH maha adil lagi bijaksana...Tok Guru bercakap atas dasar pengalaman bukan saja-saja cakap
lawan tokey!!!
Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.
"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.
"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.
"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.
Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.
"Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.
Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.
Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.
Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.
Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.
Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari.
Mulai 11 pagi, mereka yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Sumber:www.malaysiakini.com
Siapa yang tak nak tolong siapa???
PULAU PINANG: Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bhd, pemilik tanah seluas 2.6 hektar di Kampung Buah Pala, hari ini menyifatkan tindakan kerajaan negeri menarik balik kelulusan pelan pembangunan di tapak itu sebagai satu bentuk ugutan.
Pengerusinya, Abdul Razak Mansor berkata, pihaknya tidak akan mengalah dengan ugutan itu dan akan mencari jalan untuk meneruskan hasratnya untuk membangunkan kawasan berkenaan demi kepentingan anggotanya.
Katanya, keputusan Mahkamah Persekutuan yang memberikan hak tanah itu kepada koperasi berkenaan adalah kekal dan semua pihak harus menghormatinya.
Ketika dihubungi Bernama di sini, katanya, koperasi itu tidak bersetuju terhadap sebarang tindakan pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk berkompromi dengan kerajaan negeri dan setakat ini pendirian itu kekal.
"Jika perlu, kita akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mana-mana pihak yang cuba menghalang pembangunan di tanah yang kami perolehi secara sah itu dan sebarang tindakan akan mengambil kira keadaan selepas 2 Ogos ini," katanya.
Beliau berkata, adalah sukar bagi koperasi untuk membatalkan hasratnya membangunkan tanah itu kerana lebih 3,500 anggota sudah menunggu sekian lama untuk menikmati hasil pelaburan mereka.
Abdul Razak berkata sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan sejak 84 tahun lalu, projek pembangunan di kampung berkenaan merupakan projek sulung yang memang dinantikan selama ini.
"Saya tidak boleh menyerahkan tanah itu sewenang-wenangnya kepada pihak lain tanpa persetujuan anggota dan sebarang kehendak mereka diputuskan melalui mesyuarat agong tahunan," katanya.
Justeru itu, beliau berkata koperasi itu tidak berminat dengan langkah MIC untuk mengambil balik tanah itu dan membayar premium RM3.2 juta kepada kerajaan negeri.
"Nilai moral koperasi ini jauh lebih tinggi daripada premium itu. Jadi kami tidak akan menyerahkan tanah itu kepada mana-mana pihak,"katanya.
Beliau juga tidak akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk berbincang mengenai penyelesaian kemelut di Kampung Buah Pala itu walaupun beliau dijemput kelak. BERNAMA
Begitu angkuhnya pengerusi mempertahankan tindakan yang menyebabkan penduduk kampung buah pala di halau dari rumah mereka sendiri.
Belau dengan bongkaknya tidak mahu berjumpa dengan ketua menteri P.Pinang bagi menyelesaikan perkara yang berlaku.
Jelaslah ada tangan-tangan ghaib yang menyokong tindakannya yang menjejaskan kehidupan penduduk kampung buah pala walaupuncuba dibantu kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.
Isnin, Julai 27, 2009
baru kau sedar, bila dah kena batang hidung sendiri...
Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina", aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.
"Malangnya terdapat makhluk hina yang dipanggil Kosmo! yang mengaibkan nama baiknya (Yasmin).
"Remuk perasaan keluarganya," kata Marina.
"Yasmin belum lama disemadikan dan Kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya.
"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.
"Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"
Anak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.
"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangannya kepada negara?
"Apakah ini maksudnya Satu Malaysia?" kata Marina di blognya RantingsbyMM hari ini.
Akhbar tabloid harian itu menyifatkan filem-filem iklan Yasmin, selalunya pada musim perayaan, "yang penuh dengan suasana hidup 1Malaysia" - slogan yang yang dipromosikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.
Pemergian Yasmin, seorang pengarah yang mengangkat perfileman negara mutakhir ini bersama kontroversinya tersendiri, ditangisi oleh tokoh politik, penggiat seni dan peminatnya.
Filem-filemnya Sepet, Gubra dan Mukhsin cukup terkenal, termasuk di di luar negara dan menggondol beberapa anugerah di beberapa festivel filem antarabangsa seperti di Berlin, San Francisco, Singapura dan Cannes.
Jenazah Yasmin selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, kira-kira 1 petang semalam
petikan dari www.malaysiagoogle.com / kosmo
kalah di Manek Urai..kini menjelma kembali perpaduan
MCA dengan masalah dalaman yang memungkinkan MCA bubar dan menyertai PKR, MIC kehilangan kepimpinan tertingginya minggu lepas.
Datuk Chua Jui Meng dan Datuk SS Subramiam kini berada di dalam barisan Pakatan Rakyat.
Umno kini bergayut pada sisa kuasa yang tinggal di sabah dan sarawak.
Perlis dengan masalah dalaman yang tiada kesudahan.....
Terengganu mungkin akan melakukan keajaiban jika kumpulan G10 bertindak keluar parti...pun tiada kesudahan
Perak yang dirampas mamak zambery pun dalam keadaan rapuh, khabarnya 2 ekor katak yang melompat hilang entah ke mana.....
Pak Lah pun senada dengan Pakatan Rakyat tentang isu menghapuskan ISA, undang-undang rimba yang bertapak 50 tahun dan akan menyambut jubli emasnya ogos ini.
Ku Li pula senada dengan kerajaan negeri PAS Kelantan isu royalti minyak di perairan Kelantan. Khabarnya ketua pembangkang UMNO kelantan juga menyokong Kerajaan negeri mengenai isu minyak.
Che Det pula menghentam Najib dengan agenda liberisasi ekonomi negara.
Dalam keadaan sebegini....yang ada cuma kuasa, PDRM dan SPRM menjadi tunggangan UMNO untuk kekal berkuasa, sementara mahkamah tempat mereka menjustifikasikan tindakan bodoh mereka.
100 hari memerintah...tiada satu pun kenangan manis...malahan kita menyaksikan kematian insan yang tidak bersalah.
Selesai sudah Manek Urai...perpaduan muncul dengan langkah sumbang di kala Pakatan mahu kerajaan menghapuskan ISA ada pula puak-puak yang buta undang-undang inginkan ISA wujud bagi mempertahankan kuasa di hujung usia.
Mungkinkah Tun Lah atau Ku Li pula selepas ini....
Makin hari makin tenggelam kapal disebabkan dacing yang terlampau karat dan makin tidak relevan.
Kalau betul arah dan tujuan 1Malaysia...kenapa makin lama makin ramai pemimpin yang berhijrah ke Pakatan Rakyat.
Perubahan untuk Harapan Baru......
Sokong Tun Abdullah sertai Pas
SHAH ALAM – Penyertaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke dalam Pas amat dialu-alukan kerana pendapat bekas Perdana Menteri sering sekata dengan parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, antara pendapat yang paling jelas ialah cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sudah tidak relevan seperti yang diperjuangkan Pas selama ini.
“Pas tiada masalah untuk terima Pak Lah. Jika beliau sertai kita, beliau bebas kemukakan pelbagai pendapat dan pandangan dan kita akan berbincang jika pendapat dan pandangan itu bersesuaian.
“Tetapi berlainan jika Pak Lah kekal dengan UMNO, sudah tentu beliau hanya boleh bercakap, tapi tidak boleh bertindak dan ini terbukti selepas beliau tidak miliki apa-apa jawatan dalam politik,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu pada Progr:am Pemansuha:n ISA anjuran Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, kelmarin yang menyarankan Abdullah keluar darti UMNO dan menyertai parti itu.
:Mohamad berkata, walaupun sudah pencen daripada jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan menjadi tamparan hebat pada UMNO dan BN apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Pas tiada masalah untuk menerima sesiapa saja yang berminat menyertai Pas, malah katanya, terdapat beberapa tokoh dari parti UMNO dan BN itu mempamerkan minat menyertai Pas.
“Cuma, masanya belum sesuai mereka berbuat demikian dan apa yang saya tahu faktor utama tokoh berkenaan berminat sertai Pas kerana perjuangan yang ditampilkan Pas dan juga kepimpinan bersih tanpa rasuah dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Dewan Ulama Pas Pusat menyambut baik sekiranya Abdullah memilih Pas untuk meneruskan perjuangan politik.
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Abdullah adalah pemimpin yang jujur berbanding pemimpin lain dalam UMNO.
“Sememangnya beliau layak duduk bersama di tempat yang banyak memperjuangkan Islam dan Pas parti tepat untuk beliau sertai.
Ditanya kedudukan Abdullah yang dilihat tidak memiliki sebarang kuasa kerana setiap pendapat yang diutarakan ditolak kepimpinan sekarang, Nik Muhammad Zawawi berkata: “Pak Lah mesti membuat keputusan tepat sekiranya beliau mahu perjuangan Islamnya sampai kepada rakyat.”
sumber:sinarharian.com.my
Gula hilang bila tiba ramadhan......
Inilah cerita yang biasa kita dengar bila tiba ramadhan....kemana agaknya gula ni semua menghilangkan diri??? kemusykilan tanpa jawapan
KOTA BHARU - Penduduk di Kelantan yang sinonim dengan makanan manis kini terpaksa mengubah selera memandangkan bekalan gula yang semakin berkurangan di negeri itu.
Peniaga dan pengguna mendakwa bekalan gula berkurangan di Kelantan sejak seminggu lalu dan mereka bimbang masalah tersebut berlarutan sehingga Ramadan ini.
Tinjauan Kosmo! di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit di bandar ini turut mendapati kebanyakannya telah kehabisan bekalan gula.
Seorang peniaga, Nooriani Mohd. Salleh, 34, berkata, bekalan gula di kedainya habis sejak Khamis lalu selepas dua pemborong utama gula di bandar ini mendakwa mereka tidak mendapat bekalan gula.
Katanya, dia bimbang masalah kekurangan gula berlarutan sehingga Ramadan ini memandangkan keperluan gula agak tinggi pada bulan tersebut.
Ahli Parlimen PR Melawat Pelantar Minyak & Gas 4 Ogos Ini
Turut dipelawa menyertai rombongan tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Rombongan yang turut disertai Ahli Parlimen Pembangkang ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Exconya, Dato’ Husam Musa.
Dato’ Husam ketika dihubungi Siasah berkata, tujuan lawatan ini adalah untuk membuktikan bahawa ada pengeluaran minyak dan gas di kawasan pertindihan antara Kelantan dan Thailand.
“Lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri apa yang didakwa sebelum ini bahawa Petronas mengeluarkan minyak dan gas dari perairan Kelantan,’ katanya.
Mereka dijangka akan berlepas dari Jeti Pengkalan Kubor dengan Kapal Laut Dalam yang akan mengambil masa hampir 12 jam meredah Laut China Selatan sebelum sampai ke Pelantar minyak tersebut.
Ahli Parlimen Pembangkang yang telah mengesahkan untuk hadir akan diketuai Dato’ Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena), Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian), Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Mujahid Yusof (PAS Parit Buntar), Saifuddin Nasution (PKR Machang), Abd Aziz Kadir (PKR Ketereh) dan lain-lain akan dimaklumkan kemudian.
Sebelum ini Kerajaan Kelantan telah menghantar surat kepada Petronas dan Kerajaan Pusat menuntut royalti RM1 bilion yang menjadi hak kepada rakyat Negeri Kelantan.
Sebagaimana Terengganu dan Sabah, Kerajaan Kelantan juga berhak mendapatkan royalti sebanyak lima peratus dari Petronas.
timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan dalam kenyataannya meminta Petronas menjawab isu ini dalam masa 48 jam namun sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari Petronas mengenainya.
Sumber: MPPAS
Gambat pelantar dari Wikimedia Commons sekadar hiasan
-Pejabat YB Khalid Samad-
YB Khalid Samad PAS Shah Alam
Ahad, Julai 26, 2009
BN cemas....2 negeri bakal bubar DUN
DUN Perak bubar angkara dendam Behrang dan Bota?
Lepaih subuh bukak internet. Huihhh … betui ker DUN Perak akan bubar selewat2nye esok. Esok Isnin 27 Julai 2009. Kejap lagi teman nak ke Ipoh. Teman lalu depan rumah MB. Teman memang lalu depan Casuarina. Teman juga akan lalu depan Istana Kinta. Betuiker ade ramai di lokasi berkenaan.
KL. Behrang dan KL. Bote dengor citer udah hilang. MB DPulau jenuh menalipon deme. Idak berjawabpun. Mulaler UMNO Perak libang libu tak tentu hala. Kulu kelo ke darat ke baroh sambil deme megang hp kat Pejabat UMNO sebelah Casuarina tu. Ghiso bebenor nampaknya. Itu yang dikhaborkan pada teman semalam. Entah betui entah idak. Sebab yang ngabo pada teman inipun dengor dari mulut orang lain.
Oppss..., KL tu maknanya Katak Lompat.
Ape2 halpun, kite tunggu ajer ler. Sabor.
sumber: jantantuya.blogspot.com
DUN PERAK BUBAR???
Spekulasi bertiup kencang DUN Perak akan dibubarkan. Sehubungan dengan itu.... krew PerakExpress telah membuat tinjauan ke kawasan sekitar ibu pejabat UMNO Perak dan ke kediaman rasmi MB Kudeta. Dan sah..... terdapat ramai orang di kedua-dua tempat tersebut.
Apakah itu petanda, mengesahkan desas-desus yang mengatakan DUN Perak akan dibubarkan dalam masa 48 jam dan jika benar..... pembubaran DUN Perak akan menjadi kenyataan juga akhirnya.
Apa-apa pun.... sama-samalah kita tunggu pengesahan tentang berita tersebut....
Sumber : motherof3mohd.blogspot.com
DUN TERENGGANU
Dengar berita dari sumber2 yg boleh dipercayai , MB Terengganu bakal turun dari takhta sebelum 1hb Ogos, kalau tak turun jugak mungkin G10 yg diketuai oleh Datuk Rosol Wahid akan meletak jawatan, dan kemungkinan MB Terengganu sekarang akan membubarkan DUN Terengganu dan Pilihanraya Umum untuk DUN2 Terengganu bakal diadakan semula. Wallahualam.
Jangan tanya link atau sumber, sebab berita2 macam ni mmg tak disebarkan oleh mana2 akhbar. Sekian terima kasih.
Sumber: Tranungkite.blogspot.com
innalillah....al-fatihah
Al-fatihah........
Sumber : Nightline
Keadaan Yasmin bertambah buruk, bergantung pada mesin bantuan hayat
PETALING JAYA: Keluarga Yasmin Ahmad ingin memaklumkan keadaan kesihatan Yasmin telah menjadi lebih buruk.
Adik ipar Yasmin, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin masih bergantung kepada mesin bantuan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
"Ahli-ahli keluarga menghargai doa berterusan untuk Yasmin dan juga meminta tiada pelawat berkumpul di hospital," katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas.
Zakaria berkata, perkembangan terkini akan diberitahu pagi esok.
sumber:mstar.com.my