Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Julai 27, 2009

Mungkinkah Tun Lah atau Ku Li pula selepas ini....

Makin hari..makin ramai pemimpin yang tinggalkan gerombolan...

Makin hari makin tenggelam kapal disebabkan dacing yang terlampau karat dan makin tidak relevan.

Kalau betul arah dan tujuan 1Malaysia...kenapa makin lama makin ramai pemimpin yang berhijrah ke Pakatan Rakyat.

Perubahan untuk Harapan Baru......

Sokong Tun Abdullah sertai Pas

SHAH ALAM – Penyertaan Tun Abdullah Ahmad Badawi ke dalam Pas amat dialu-alukan kerana pendapat bekas Perdana Menteri sering sekata dengan parti itu, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, antara pendapat yang paling jelas ialah cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sudah tidak relevan seperti yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Pas tiada masalah untuk terima Pak Lah. Jika beliau sertai kita, beliau bebas kemukakan pelbagai pendapat dan pandangan dan kita akan berbincang jika pendapat dan pandangan itu bersesuaian.

“Tetapi berlainan jika Pak Lah kekal dengan UMNO, sudah tentu beliau hanya boleh bercakap, tapi tidak boleh bertindak dan ini terbukti selepas beliau tidak miliki apa-apa jawatan dalam politik,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu pada Progr:am Pemansuha:n ISA anjuran Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, kelmarin yang menyarankan Abdullah keluar darti UMNO dan menyertai parti itu.

:Mohamad berkata, walaupun sudah pencen daripada jawatan kerajaan kata-katanya masih berbisa dan menjadi tamparan hebat pada UMNO dan BN apabila turut menyuarakan ketidak setujuan terhadap akta zalim itu.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, Pas tiada masalah untuk menerima sesiapa saja yang berminat menyertai Pas, malah katanya, terdapat beberapa tokoh dari parti UMNO dan BN itu mempamerkan minat menyertai Pas.

“Cuma, masanya belum sesuai mereka berbuat demikian dan apa yang saya tahu faktor utama tokoh berkenaan berminat sertai Pas kerana perjuangan yang ditampilkan Pas dan juga kepimpinan bersih tanpa rasuah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Dewan Ulama Pas Pusat menyambut baik sekiranya Abdullah memilih Pas untuk meneruskan perjuangan politik.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, Abdullah adalah pemimpin yang jujur berbanding pemimpin lain dalam UMNO.

“Sememangnya beliau layak duduk bersama di tempat yang banyak memperjuangkan Islam dan Pas parti tepat untuk beliau sertai.

Ditanya kedudukan Abdullah yang dilihat tidak memiliki sebarang kuasa kerana setiap pendapat yang diutarakan ditolak kepimpinan sekarang, Nik Muhammad Zawawi berkata: “Pak Lah mesti membuat keputusan tepat sekiranya beliau mahu perjuangan Islamnya sampai kepada rakyat.”

sumber:sinarharian.com.my

1 ulasan:

  1. Jangan haraplah Pak Lah nak masuk PAS. Nanti gomen tarik balik rumah percuma dia macam mana? Orang macam ni kalau masuk PAS ke PR ke buat menyusah aje. Liability banyak.

    BalasPadam

Orang kito