Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, Julai 28, 2009

H1N1 semakin mengganas.....

H1N1: Kematian ketiga di Malaysia

PUTRAJAYA: Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 42 tahun mati akibat Influenza A (H1N1) petang semalam, menjadikannya mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat pandemik itu di Malaysia setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lelaki itu disahkan menghidap Influenza A (H1N1) Khamis lepas.

"Kes itu yang mengalami pelbagai komplikasi telah meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang disebabkan pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu dilapor tidak sihat sejak 6 Julai lepas dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar di beberapa klinik dan hospital swasta.

Lelaki itu dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 18 Julai kerana keadaan yang semakin teruk dan didiagnosis sebagai pneumonia.

Semasa di wad beliau dikesan menghidap Diabetes Mellitus manakala x-ray dada pula menunjukkan beliau mengalami pneumonia.

"Pada 19 Julai kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan (ventilator).

"Memandangkan keadaan kes yang semakin teruk, ujian sampel tekak diambil pada 22 Julai dan disahkan positif Influenza A (H1N1) pada 23 Julai," katanya.

Liow yang kecewa dengan perkembangan itu, berkata semua klinik dan hospital di negara ini seharusnya mengambil langkah segera dalam mengesan pesakit yang dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi membolehkan rawatan segera diberikan.

"Daripada kes ini, kita boleh lihat pesakit ini telah pergi ke beberapa klinik sejak dia tidak sihat dari 6 Julai hingga 18 Julai apabila keadaannya semakin teruk, tetapi pihak klinik masih tidak mengambil sebarang ujian H1N1.
-BERNAMA


UPM awalkan cuti semester, empat pelajar positif H1N1
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Cuti pertengahan semester bagi Universiti Putra Malaysia (UPM) diawalkan bermula esok berikutan empat pelajarnya disahkan positif influenza A(H1N1).

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, UPM mengumumkan cuti pertengahan semester pertama selama seminggu berkuat kuasa esok sehingga 4 Ogos adalah sebagai langkah awal mencegah penularan wabak berkenaan.

"Saya menerima maklumat pada pagi tadi bahawa empat pelajar kita disahkan positif H1N1.

"Jadi semua aktiviti akademik dan dan aktiviti-aktiviti lain dalam universiti yang telah dijadualkan dalam tempoh tersebut dibatalkan," katanya kepada mStar Online.

Jelas beliau langkah yang diambil oleh UPM itu adalah sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum ini cuti pertengahan semester bagi UPM dijadualkan akan bermula pada 17 hingga 23 Ogos depan.

Tambah Nik Mustapha, keempat-empat pelajar berkenaan kini telahpun diasingkan iatu dua daripada pelajar berkenaan dikuarantinkan di kolej kediaman mereka manakala dua lagi dikuarantin di rumah mereka.

Bagaimanapun difahamkan jumlah berkenaan mungkin meningkat berikutan beberapa lagi pelajar lain turut menghadapi simptom-simptom jangkitan H1N1.

Malah beberapa ujian makmal juga masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam sejak beberapa hari yang lalu.
-MSTAR.COM.MY


H1N1: Tiga lagi institusi di Pulau Pinang ditutup

PULAU PINANG: Tiga lagi institusi di negeri ini diarah tutup selama seminggu mulai semalam akibat Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata institusi terbabit ialah Institut Latihan Perindustrian Nibong Tebal, Institut Latihan Jururawat Kementerian Kesihatan Bukit Mertajam dan Pusat Latihan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB).

Beliau berkata ujian dijalankan dalam kes kluster itu dan disahkan positif.

"Pihak berkuasa kesihatan perlu menutup institusi itu untuk mengelakkan penularan," katanya.

Phee meminta mereka yang dijangkiti supaya berdisplin dalam menjalani kuarantin dan perlu mendapatkan rawatan jika suhu badan mereka melebihi 38 darjah celsius.

Sebelum ini, masingmasing sebuah sekolah rendah, politeknik dan institusi pengajian tinggi di negeri ini diarah tutup selepas beberapa penuntut mereka disahkan positif H1N1.
-BERNAMA


3 Kem Khidmat Negara diarah tutup

PETALING JAYA: Three national service (NS) training camps have been ordered to close by state health departments due to signs of influenza A (H1N1) infection.

An NS statement yesterday said that the affected camps were Tangkas Kendiri in Kuala Kangsar, Perak; Lagenda Gunung Ledang in Asahan, Malacca and Merang Suria in Setiu, Terengganu.

All camps have been closed for seven days, after which trainees were required to report back to the grouping area.

“Trainees are advised to follow the instructions given by the medical officer in the camp and go to the nearest hospital or clinic if they are unwell,” said NS director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
-THESTAR.COM.MY


Makin teruk wabak H1N1 ni di Malaysia............semakin banyak IPTA/IPTS yang ditutup dalam mencegah epidemik yang melanda dunia sekarang ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito