Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 02, 2009

Ketua Pemuda PAS Penang Budak Tadika

Apalah korang semua ni....berebut macam budak-budak, dah tentu tempat tu untuk PKR, tak payahlah nak mencari pasal tak tentu arah, mana-mana individu yang dah berasa dirinya kuat, apa lagi gi la buat parti bebas, habis cerita...tak payah nak join pakatan rakyat kalau dah rasa dirinya kuat pengaruhnya...cubalah fokuskan pada umno BN ni. Diorang ni lah punca segala penyakitnya tak payahlah kita bertekak sesama sendiri, waima perjuangan di dalam pakatan adalah sama tapi kalau dah tak boleh bekerjasama susahlah macam tu, kemenangan yang tuhan beri janganlah dikufurkan, ingatlah kuasa di dunia tak sampai ke mana cuma amalan dan takwa sebagai bekalan di akhirat nanti. sudah sudahlah tu...bersatu teguh bercerai roboh.
wallahu'alam. Sila Klik sini untuk selanjutnya.

Brahim anak omak.......

Amboi amboi sedap betul brahim ali ni hentam pakatan rakyat, kalau tak lambang PAS yang hang pakai tak payah kata nak menang, deposit pun boleh hangus. Kalau dah katak tu katak lah jugak, kalau di kira yang 3 ekor katak di perak tu kurang-kurangnya kita tahu jugak diculik, hilang tah ke mana lepas tu pun baru declare bee end, yang sekoq ni apa hal pulak, tak payah lah dok bising kata Pakatan Rakyat ni macam-macam, yang najib dah buat macam-macam kat orang melayu tu kenapa tak kecoh pulak.
Sokong sebab nak jaga orang melayu konon, cakap ajelah pasal sokong tembolok ko aje, cakap tu biar lah serupa bikin, ini mana semua, senyap sepi semua, mungkin tembolok dah penuh tu pasal la tak berkokok lagi. Tambah-tambahan pulak tengah bodek pangkat, projek dan kuasa jadi tak boleh lagi la nak buat bising. Pi rah.....habis kiri kanan kau auta, habis kuyup semua kena tipu hidup-hidup dengan melaun ni.
OK lah katak tua, selamatlah melompat tapi jangan melompat tengah jalan sudah....kang mati katak pulak....adios.

Jumaat, Mei 01, 2009

Tatkala menjelang 1 Mei 2009....

Salam dan selamat hari pekerja pada semua pekerja tak kira di sektor awam dan swasta. Persoalan besarnya di sini di kala masalah ekonomi global apakah kerajaan pusat tak ambil dengan keadaan semasa.
Apakah langkah-langkah wajar dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Apakah nasib pekerja bawahan dan pertengahan dibela. Janganlah sekadar retorik dan janji-janji manis sahaja.
Seharusnya kerajaan pusat dalam keadaan semasa haruslah bersikap toleransi dan bertolak ansur dalam keadaan kepayahan masyarakat pekerja. Apakah terlalu payah untuk golongan atasan ini memikirkan masalah masyarakat pekerja ini.
Kalaulah boleh bebanan rakyat ini dikongsi bersama pemerintah, berilah pembelaan yang sewajarnya dalam keadaan rakyat masih dibebankan dengan kadar kos tol lebuhraya, tarif air, tarif elektrik, yuran persekolahan anak-anak, perbelanjaan harian yang sekarang ini terlalu tinggi dan memeningkan kepala golongan pekerja.
Tidak pernah terfikirkan ingin menjadi negara berkebajikan yang mementingkan nasib rakyat bawahan dari nasib para pemodal dan kroni yang berada di sisi. Ingatlah para pemimpin sekalian, anda dipandang mulia jika membela nasib rakyat dan jikalau sudah berada di atas janganlah lupa nasib orang yang dibawah, takut-takut jatuh tersembam nanti diketawakan orang. Sekali lagi......
'SELAMAT HARI PEKERJA PADA SEMUA WARGA KERJA'

Khamis, April 30, 2009

Pondok larangan

Kalau pondok panas tak boleh mungkin pakatan boleh tukar jadi pondok sejuk atau pun pitstop ke atau apa2 nama lain selain dari istilah pondok panas atau kalau SPR mahu, kita tukar jadi bangsal tak pun bunglow ke, tak tau lah apa punya turrrrr ini SPR....
Susah kalau nak cakap kalau dah bengap tu...bengaplah jugak, payah nak cerita. Apa pun kepada penyokong Pakatan Rakyat.
'MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH, LAWAN TETAP LAWAN'
'KALAU TAKUTKAN RISIKO, USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN'
Selamat berjuang di Penanti....salam

Kera...jagaan playsafe

Apa benda lagi ameno ni mahu....setelah kalah PRU12 dan kalah by election sebanyak 4 kali berturut-turut masih lagi ada hati mahu memancing PAS.
Sekadar ingatan pada juak-juak PAS yang masih percaya janji manis ameno ini ingatlah apa yang terjadi pada Dato Seri Nizar, apa yang terjadi di kelantan dahulu semasa ADUN PAS diculik, janganlah pisang berbuah 3,4 kali.
Sejarah membuktikan ameno ini cuma memerlukan PAS semasa rakyat menolak menghumban parti tua ini, jangan nanti sesal kemudian hari. Kita tidak menolak pembangunan yang dibawa ameno tetapi pada masa moral dan intergriti kepimpinan itu juga harus tidak dipandang enteng.
Lihatlah dan bertindak menggunakan akal yang dikurniakan allah. Najib yang masih lagi terpalit dengan isu skandal altantunya, scorpion, sukhoi bersama kepimpinannya yang masih tidak lagi bersih dari isu politik wang, krisis kudeta di Perak, rampasan hak negeri selangor dengan isu air, menderhaka pada raja, Islam dipandang lekeh dan pelbagai isu yang masih tidak terjawab. Maka ingatlah dan renungkanlah masa depan agama, bangsa dan negara sebelum bertindak melulu.
Hentikanlah muzakarah/muqabalah dengan parti yang menolak Islam secara terang-terangan.
Ingatlah pesanan tok guru Nik Aziz pasti selamat. Insya'allah....

Rabu, April 29, 2009

Gentlemen......

Saudara Fairuz yang gentlemen tanpa takut akan risiko kehilangan kuasa dan harta meletakkan jawatan sebagai TKM 1 dan ADUN Penanti dan jikalau dibandingkan dengan ADUN UMNO di Kedah walaupun sudah bangkrap tanpa segan silu masih memegang jawatan.
Di manakah SPR bersama pengerusinya yang baru. Apakah masih ada maruah kah? Jikalau dibandingkan antara BN dan PR, PR lebih bermaruah dan berhati waja. Apakah rakyat masih tidak membezakan mana intan, mana kaca. Kesabaran dan kecekalan ADUN PR tidak dapat dinafikan setelah difitnah dengan segala macam cerita kotor, diculik, diugut dan disogok oleh manusia-manusia yang tak tahu malu.
Sekalung tahniah dan berbanyak terima kasih kepada saudara Fairuz atas kesabaran dan pergorbanannya, dan kepada Dr. Mansur, selamat maju jaya dan selamat bertanding di DUN Penanti. Ayuh semua kita ke Penanti........

GERAK yang efisien

Sungguh efisiennya GERAK, sedia untuk memantau muktamar dan pemilihan dalam PAS. Hmmm kemudiannya akan disahutlah lolongan itu oleh SPRM yang berintegriti (ye ke....), Pemilihan Agung UMNO yang penuh dengan politik wang pun masih tiada tindakan, tak payahlah nak menyibuk menjaga tepi kain orang.
Bersih, Cekap dan Amanah yang diwar-warkan tidak pernah menjadi kenyataan. Tidak ada satu tindakan yang 'affermative' yang memperlihatkan kewibawaaan GERAK dan SPRM. Jerung-jerung yang masih terlepas tanpa tindakan, sedangkan ikan bilis yang menjadi mangsa keadaan.
Mana kehebatan mantan pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor yang dulu lantangnya mendakwa kepimpinan UMNO yang dulunya dikejinya.
Kalau isu lembu yang dihebahkan ke seluruh Malaysia, apa cerita dengan Khir Toyo, Ali Rustam yang terang2 dikatakan mengunakan politik wang, dan ramai lagi kepimpinan UMNO yang didakwa yang terlepas begitu sahaja tanpa penyiasatan dari pihak SPRM malahan tiada satu laporan polis yang dibuat oleh GERAK. Sungguh dan teramatlah menghairankan.
Kesimpulannya...GERAK ni bukanlah badan NGO lagi tapi NGOKKKK

Selasa, April 28, 2009

Liberisasi, MECD dan Ekuiti

Apa dah jadi ni, makin lama makin parahlah orang melayu, bak kata tukartiub, mananya PERKASA, PEKIDA, PEWARIS dan macam- macam PE... lagi.
Mananya brahim ali, mananye student uitm yang kununnya lantang mempertahankan hak melayu, mana peginya ayahanda2 sekalian. Kalaulah Hang Tuah masih hidup tentunya dia malu dengan apa yang terjadi sekarang, "tak kan melayu hilang di dunia", nampaknya sedikit demi sedikit akan pupuslah bangsa kita angkara melayu yang bukan melayu.
Kalaulah isu tanah di Perak untuk orang cina miskin dipertikaikan, nah sekarang lihatlah apa dah jadi bila pak najib berkuasa, hampir seluruh semenanjung tanah melayu mahu digadaikannya.
Maka benarlah bak kata pepatah, 'Menang Sorak Kampung Tergadai'. Nampaknya apa yang dirisaukan menjadi kenyataan. Orang2 ameno sedarlah dan jangan sampai 'Nasi dah jadi bubur'. 'Sudah terhantuk baru terngadah'.
Wassalam

Ahad, April 26, 2009

Antara tok guru Nik Aziz dan tok guru Haji Hadi

Hari ini sinar harian membincangkan adanya puak2 didalam PAS tapi umumnya tiada apa yang berlaku seperti mana di dalam parti nazak ameno. Kenyataan anak tok guru, Nik Abduh cumalah omong pemecah-belah untuk melemahkan ikatan kukuh di dalam PAS. Tok guru Haji Hadi sebagai ikon dan tok guru Nik Aziz sebagai penaungnya.
Musyawarah dan muktamar adalah sebagai jambatan penghubung dan pengikut akar umbi dan kepimpinan peringkat tertinggi. Tiadalah perpecahan disebabkan pangkat, darjat, kuasa atau harta cumalah untuk memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan setiap ahli.
Barang diingatkan muqabalah atau muzakarah yang mahu diusahakan hendaklah dillihat pada sejarah. Memali, penahanan ISA, menafikan hak negeri kelantan, menafikan royalti minyak negeri terengganu semasa pemerintahan PAS dan banyak lagi bentuk penindasan.
Pemilihan muktamar cumalah pemilihan kepimpinan dan musuh sebenarnya adalah parti umno yang tidak mahukan syariat dan syiar islam di negara ini terlaksana. Perbalahan dan persengketaan cumalah omongan media-media proksi umno maka janganlah gentar atau terikut-ikut rentak paluan gendang tajaan parti karat itu.
Gabungan kedua-dua tok guru ini sudah cukup kuat hingga menggentarkan hati pihak lawan. Rapatkanlah saf dan teguhkan keimanan nescaya selamat dunia dan akhirat.
Insya'allah............Takbir

Merah Kuning.......

Perlawanan yang seimbang mempamerkan kekuatan masing-masing. Kelantan tewas dengan sepakan penalti setelah bertarung selama 120 minit di atas padang. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pasukan. Majulah sukan untuk negara.

Orang kito