Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Ogos 22, 2009

Permatang Pasir:UMNO makin terdesak

Tok Guru bidas tohmahan ameno....



TAKBIR!!!

Jumaat, Ogos 21, 2009

Sah sohih Rohaizat berbini dua!!! tapi tak nak mengaku

Klip ini sebenarnya menafikan kenyataan Rohaizat Othman dalam Malaysiakini.com yang mengatakan bahawa beliau hanya mempunyai seorang isteri.

Klip ini mengesahkan bahawa Rohaizat telah bernikah dan ini tidak selari dengan kenyataan beliau dalam malaysiakini.com. Klip di dakwa adalah pengakuan bapa kepada wanita yang dinikahi bernama Rafizah.
Dengan tegas, bapa Rafizah menegaskannya yang beliaulah wali pada pernikahan Rafizah dan Rohaizat.

Sila klik link ini untuk mendengar perbualan antara bapa Rafizah dan Rohaizat (Calon BN)

gambar Puluhan Ribu dengar ceramah Khairy di Pmtg Pasir







Puluhan ribu hantu sedang mendengar ceramah Khairy di Permatang Pasir

PAS Pembohong...mana ada tentera berkempen!!!









Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamiditelah respon kepada isu Kor Perubatan Tentera yang di"UMNO"kan dalam siri kempen Pilihanraya Kacil N11.

Beliau menjelaskan bahawa program "jiwa murni" itu bukan bertujuan politik. siapa disini boleh yakin dan percaya tindakan Zahid itu sedangkan beliau sendiri menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

Kalau tidak dengan tujuan politik, apa tujuannya..? Kami mempunyai bukti bergambar "UMNO bohong 1Malaysia, khususnya para penduduk Permatang Pasir sendiri...

Baru ketua cawangan...ferrari ada, porche pun ada, macam-macam ada



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, membenarkan bekas isteri Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah, menuntut haknya termasuk nafkah mutaah RM5 juta serta edah RM60,000.

Hakim Syarie, Abdul Shukor Abd Hamid dalam keputusannya membenarkan Fauziah Haron, 53, (plaintif) meneruskan permohonan untuk menutut mutaah, edah, nafkah tertunggak dan harta sepencarian hasil perkahwinannya dengan Kadar Shah, 62.

Fauziah yang diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman hadir di mahkamah, manakala Kadar Shah yang diwakili peguam syarie Sulaiman Abdullah, tidak hadir atas alasan berada di luar negara.

Terdahulu, Abdul Shukor dalam keputusannya menolak bantahan Kadar Shah terhadap permohonan itu yang mendakwa mahkamah berkenaan tidak mempunyai bidang kuasa serta Fauziah tidak mempunyai ‘locus standi’ dalam isu terbabit.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu mengikut Seksyen 46 Akta Pentadbiran Islam 1993 kerana perkara yang membabitkan hal ehwal orang Islam hanya boleh diputuskan di situ.

“Plaintif juga boleh membawa kes ini di sini kerana tinggal di Kuala Lumpur. Bagi isu locus standi, plaintif mempunyai hak untuk dapatkan keadilan dan membawa kesnya.

“Mahkamah dapati ada locus standi kerana selepas 27 tahun perkahwinan, kedua-dua pihak dengan suci hati terima bahawa antara mereka wujud ikatan yang sah walaupun didapati ‘fasid’ oleh mahkamah rendah,” katanya.

Sementara itu Sulaiman memohon semua prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga selesai rayuan keputusan bantahan itu.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan itu dan menetapkan 5 November ini untuk perbicaraan.

Kadar Shah yang juga Ketua Umno cawangan Bandar Muar dan Fauziah mendakwa berkahwin pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia, dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Kamar Ainiah ketika ditemui di luar mahkamah berkata, perkahwinan anak guamnya tidak dapat didaftarkan berikutan ketiadaan saksi dan dokumen dapat dikemukakan di mahkamah kerana ia sudah lama.

“Plaintif mahu mengemukakan permohonan fasakh terhadap defendan, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana perkahwinan mereka perlu didaftarkan terlebih dulu. Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengaku wujud perkahwinan itu.

“Anak guam saya membuat tuntutan mutaah, edah, wang yang diserahkan kepada defendan sebanyak RM1.8 juta serta nafkah tertunggak dari November 2002 hingga November 2007 berjumlah RM600,000,” katanya.

Plaintif juga menuntut hutang defendan RM250,000 dengannya iaitu bayaran kereta yang bekas suaminya berjanji mahu selesaikan serta unit saham bernilai RM1.5 juta.

Fauziah juga menuntut harta sepencarian mereka termasuk kondominium di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartmen di Hawaii dan Los Angeles, Amerika Syarikat selain sebuah Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


sumber:hmetro.com.my

Khairy meroyan di permatang pasir...pengundi tolak BN






Pemuda PAS Dan PKR Akui Sokong Calon BN

BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Golongan pemuda parti PAS dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas Salleh Man.

"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," kata beliau.

Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja.

Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN.

--BERNAMA

Khamis, Ogos 20, 2009

Pro ISA yang muka tembok...ada hati nak join PAS...

Mamat yang hantar memorendum menyokong ISA pada 1 Ogos lepas.....


KUALA LUMPUR 20 Ogos - Permohonan Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz untuk menganggotai Pas ditolak ketika beliau menyerahkan borang keahlian di ibu pejabat parti politik itu di sini hari ini.

Beliau yang menganggap hak beliau dinafikan oleh parti tersebut, akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebentar lagi.

terdesak...BN edar duit palsu pada pengundi....




Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka
penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.

Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".

Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.

Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis.

Beng Hock:Surat misteri...pegawai tinggi SPRM terbabit

Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selangor itu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.

sumber:malaysiakini.com

Sidang Akhbar bekas rakan kongsi Rohaizat

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, hari ini tampil uk memberi penjelasan kepada seluruh rakyat tentang kedudukan sebenar Rohaizat dan bagaimana calon BN itu ditarik lesen perkhidmatan guamannya.

update: rakan kongsi bongkar, umno terkedu.....

Yusri menerangkan dokumen sambil diperhatikan SB


Yusri dikelilingi SB


10.08pg : Yusri Ishak sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi..
Beliau (Yusri Ishak) sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi dan telah menandatangani cek..
Rohaizat berbincang untuk mengambil alih tanah..

10:13pg Rakan-rakan peguam Yusri sedang dalam proses mengambil tindakan undang2 kerana kes yg beliau dikambing hitamkan..
Yusri menafikan bahawa beliau melarikan dan pecah amanah terhadap kewangan syarikat ,ini kerana akaun diupdate setiap pagi dan sekiranya berlaku abnormal terhadap akaun, tentulah laporan polis akan dibuat ketika itu..

10:27pg Yusri tidak takut dgn pendedahan ini demi membersihkan nama beliau dari dikambing hitamkan...beliau juga bersedia utk berada diatas pentas terbuka untuk menyatakan apa yg sebenar berlaku..dan menidakkan fitnah tersebut

10:30pg salinan dokumen/surat dari koperasi dan semua yang terlibat akan disiarkan

10:34pg Berlaku gangguan sekarang. SB sudah merapat...

10:50pg Encik Yusri Ishak kini berada dalam keadaan selamat dan kini sedang berada di markas Induk PAS untuk sidang meda akhbar, yang akan turut berada disana ialah YB Mahfuz, DSAI dan lain-lain pimpinan

10:55pg Sidang LIVE ini akan berakhir pada jam 11 pagi..selepas ini beliau akan bersama media di Markas Induk pula..harap maklum !


sumber:pulakdah.blogspot.com

Rakan kongsi OK..Calon BN yang korup...


Sidang Akhbar baru saja dimulakan..

10:08 Beliau (Yusri Ishak) sedang membentangkan kes salahlaku pengurusan jual beli tanah koperasi..

10:08 Beliau mengakui telah menandatangani cek..

10:10 Rohaizat berbincang untuk mengambil alih tanah..

10:13 lesen guaman beliau (yusri) tidak dibatalkan...

10:13 beliau kini mengadakan aktiviti perladangan

10:13 beliau kecewa dgn bidang guaman kerana kes yg berlaku..

10:14 Laporan polis masih belum difikirkan utk dibuat...

Sumber:politikbanjar.blogspot.com

berita meletup-letup...bongkar!!!



SIDANG AKHBAR

TEMPAT : Yayasan Aman Penanti
TARIKH : Khamis 20 Ogos 2009-08-20
BILA : Jam 10.00 pagi

AGENDA : Yusri bekas rakan syarikat guaman Rohaizat calon Permatang Pasir akan menerangkan apakah sebenarnya kes lesapnya 161,000 ringgit duit Koperasi Getah.

Rakan guaman ini telah diberitakan sebagai orang yang bertanggung jawab diatas hilangnya duit sebanyak 161,000 ringgit ini.

SEMUA WARTAWAN/BLOGGER DI JEMPUT HADIR



Sumber:tukartiub.blogspot.com

rakan kongsi songlap...rohaizat tak tahu??? iye ke...

Dalam berita bertajuk "Rohaizat tak lakukan penyelewengan - Ahmad," Utusan Malaysia 19/8/09 melaporkan:

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.

Dalam hal itu, menurutnya, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat, Yusri Isahak dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Tambahnya, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Rohaizat, menurut Ahmad Maslan, tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu-menahu tentang perkara itu.

"Ingin dijelaskan di sini bahawa, tindakan yang diambil terhadap Rohaizat hanyalah sebagai rakan kongsi yang masih ada dalam firma itu mengikut Akta Perkongsian setelah Yusri tidak lagi menyertai syarikat guaman itu.

"KPGNPP juga dalam surat yang bertarikh 28 Mac 2009 kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menarik balik ke semua aduan terhadap Rohaizat berikutan semua tuntutan pihak berkenaan telah diselesaikan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Gerakan BN di Taman Bukit Merah di sini hari ini.

Sumber:penarikbeca.blogspot.com

Rabu, Ogos 19, 2009

Che Det kata Pekung...Ku Li geleng...Pak Lah bisu calon BN korup

INGAT....JANGAN UNDI PEMIMPIN KORUP

Calon yang dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan kepadanya sebagai ketua mereka", kata bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.

Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.

"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.

"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.

"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.

"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.

Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.

"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.

sumber:malaysiakini.com

Mamak zambery derhaka titah raja...

Pemuda PAS Dakwa Zambry Guna Masjid Untuk Berpolitik

IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Dewan Pemuda Pas Perak pada Rabu membuat aduan kononnya Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menggunakan masjid sebagai pentas untuk berpolitik.

Penolong setiausahanya Safarizal Salleh menyerahkan surat aduan berhubung perkara berkenaan kepada Bahagian Pentadbiran, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini untuk disampaikan kepada Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah.

Dewan itu mendakwa Zambry menggunakan Masjid Ibnu Salam di Pengkalan Pegoh di sini untuk mengadakan majlis tazkirah dan ceramah pada 8 malam 17 Ogos lepas, dan ini melanggar titah Raja Muda supaya masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas untuk kegiatan politik.

Bagaimanapun, Safarizal berkata beliau tidak mempunyai perincian maklumat mengenai majlis itu kerana aduan yang dibuat adalah bersandarkan maklumat orang awam.

Mengenai tindakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas yang sering berceramah di masjid, beliau berkata setakat ini tidak ada aduan dibuat terhadap Mohammad Nizar.

-- BERNAMA

Video menarik sekitar permatang pasir

lawan tetap lawan.......

tembelang pecah....majlis peguam buka lagi pekung calon BN

kenyataan rasmi Majlis Peguam II

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskan
status Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.

Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.

Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara.

Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.

George Varughese
SecretaryMalaysian Bar

berita pecah perut...pemuda umno dakwa ada hantu




BN sedia dedah isu ‘pengundi hantu’

PENANTI – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia mendedahkan perbuatan parti pembangkang memindahkan senarai pengundi Permatang Pasir semata-mata untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya kini pada peringkat akhir untuk mengumpul data mengenai kewujudan ‘pengundi hantu’ di kawasan itu kerana terdapat peningkatan yang terlalu mendadak dari segi pendaftaran pengundi baru di Permatang Pasir sejak Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

“Selain pemindahan pengundi hantu atau pengundi setinggan ini, saya juga mendapati banyak kepincangan dalam senarai pemilih daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ada kes beberapa rumah yang mempunyai bilangan pengundi terlalu ramai dan ada kes rumah itu di kawasan Cina, tuan rumah orang cina tetapi nama yang didaftarkan adalah orang Melayu,” katanya ketika ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kelmarin.

Khairy berkata, maklumat mengenainya sedang dikumpulkan dan akan mengadakan sidang media dalam sedikit masa lagi bagi mendedahkan berkenaan fenomena pengundi hantu atau pengundi setinggan daripada pembangkang itu.

Menurutnya, kajian diadakan kerana tidak mahu melihat fenomena pengundi hantu berlaku sama ada dari pihak BN atau pembangkang.

“Di pihak BN kita tidak mengamalkan pengundi hantu walaupun dituduh berkali-kali. Mereka hanya menuduh tanpa mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

“Kali ini saya sendiri akan tunjuk memang ada kepincangan dalam senarai pemilih yang sebenarnya datang daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Beliau berkata, pemindahan pengundi daripada kawasan lain yang tidak duduk di tempat berkenaan, yang tidak jadi pengundi di rumah itu, tetapi didaftarkan di rumah tersebut.


Sumber:sinarharian.com.my

lesen tidak diperakui sah dan batal....

Isu lesen guaman Rohaizat bantut kempen BN?


PILIHAN TEPAT 1MALAYSIA....

Pembatalan lesen guaman calon BN Rohaizat Othman dijadikan modal oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang
Pasir menjelang pengundian 25 Ogos ini.

Pemerhati politik berpendapat BN perlu memberi penerangan yang lebih jelas kepada pengundi berhubung isu berkenaan supaya ia tidak menjejaskan peluang Rohaizat berbanding lawannya daripada PAS, Mohd Salleh Man, 52.

Ketika dihubungi Bernama, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian berkata, Rohaizat, 38, merupakan seorang calon muda yang mempunyai ketokohan dan latar belakang pendidikan serta pengalaman yang baik.

Katanya, walaupun pembatalan lesen guaman sivilnya itu tidak membatalkan pencalonannya, namun jika ia tidak ditangani dengan baik, ia boleh merencatkan kempen BN.

Menurutnya, faktor perbezaan usia kedua-dua calon tidak mempengaruhi undi kerana yang penting ialah penduduk di situ memerlukan seorang wakil rakyat yang mampu berkhidmat untuk mereka dan mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.

Lesen guaman sivil Rohaizat dibatalkan dipercayai berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Sumber:BERNAMA

Propaganda dan nasyid ala islam umno....

Bahasa Jiwa bangsa UMNO....


Propaganda jahat!!!



Nasyid ala umno



Merapu dan merepek...tak terlibat tapi didakwa???

Siapalah yang nak ditipunya? tak kan lah semudah itu Majlis peguam boleh mengeluarkan kenyataan, tindakan displin pada calon BN...memperbodohkan diri sendiri yang sememangnya bodoh.

Tak kan rakan kongsi mencekik duit rakyat sampai beratus ribu pun tak perasan....
sedang duit seringgit atas jalan pun perasan tak kan beratus ribu punya tranksaksi tak tahu


Rohaizat Tidak Terlibat Transaksi Rakan Kongsi Dan Koperasi

BUKIT MERTAJAM, 18 Ogos (Bernama) -- Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan berkata, sebaliknya Rohaizat, yang menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan, terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya.

Katanya, pada tahun 2002, koperasi berkenaan telah melantik Firma Saif Ariff T.Jayaraj & Rohaizat untuk mewakili mereka dalam pembelian hartanah di Pulau Pinang.

Katanya, wang pembelian telah diserahkan koperasi itu kepada firma berkenaan, bagaimanapun transaksi tersebut terpaksa dibatalkan.

"Pada semua masa berkenaan, urusan jual beli untuk koperasi dikendalikan oleh bekas rakan kongsi Rohaizat yang berkhidmat dalam firma itu dari tahun 1999 hingga 2003," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi Jentera Barisan Nasional di sini, malam Selasa.

Katanya, wang yang dibayar oleh Koperasi diterima secara eksklusif oleh rakan kongsi itu, yang mengendalikan akaun pelanggan tersebut pada setiap masa.

"Rakan Rohaizat itu merupakan penandatangan yang dibenarkan untuk akaun itu dan Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu," kata beliau.

Ahmad berkata, sewaktu Koperasi membuat aduan kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam, rakan kongsi Rohaizat telah meninggalkan firma itu sehingga menyebabkan Rohaizat dinamakan dalam aduan tersebut dan telah jadi mangsa keadaan.

Beliau berkata, Rohaizat menghadiri bicara kali pertama Lembaga Tatatertib itu pada 11 Sept 2007 dan pada hari itu, lembaga hanya menyoal wakil koperasi sahaja.

Katanya, perbicaraan itu ditangguhkan kepada 14 Sept untuk membolehkan Rohaizat menyoal balas wakil koperasi dan juga peluang untuk beliau memberi penjelasan.

Bagaimanapun, pada hari itu Rohaizat tidak hadir kerana cuti sakit dan salinan surat cuti sakit tersebut telah dikemukakan kepada lembaga berkenaan, katanya.

Selepas tarikh itu Rohaizat tidak menerima sebarang notis daripada Lembaga Tatatertib tersebut sehinggalah pada 14 Mac 2008, beliau menerima sepucuk surat daripada lembaga berkenaan dengan satu perintah menyatakan bahawa beliau telah dibatalkan daripada Daftar Peguambela dan Peguamcara.

Ahmad berkata, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi dan berikutan itu, Koperasi telah menulis surat kepada lembaga tersebut pada 28 Mac 2008 untuk menarik balik kesemua aduan terhadap Rohaizat kerana segala tuntutan mereka telah diselesaikan.

Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai wira.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat tidak bermoral dan tidak layak bertanding adalah tidak benar dan berharap penjelasan ini dapat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada calon BN itu.

Sidang media itu turut dihadiri penasihat undang-undang Umno Pulau Pinang, Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek, Rohaizat, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan wakil koperasi.

Selasa, Ogos 18, 2009

Aksi gerak perlahan provokasi oleh si ehem ehem....



Tindakan provokasi dan brutal terlebih dahulu dilakukan oleh pihak polis keatas YB N.Gobalakrishnan pada 17hb. Ogos 2009 di Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N.11 Permatang Pasir. Akibatnnya, gobi dibelasah polis dan ditahan serta didakwa kerana menganggu tukar pegawai awam.

Sumber:AMK Pulau Pinang


Ralat: bukan 140,000 tapi 161,000 yang dikebasnya da..



Kenyataan Majlis Peguam Berhubung Tuduhan Terhadap Calon umno

The Advocates and Solicitors Disciplinary Board struck Rohaizat Othman off the Roll of Advocates and Solicitors on 7 March 2008 after he was found guilty of misconduct. The Disciplinary Board’s decision arose from an investigation into the complaint lodged against Rohaizat Othman by the purchaser of a piece of real property. According to the complaint, Rohaizat Othman failed to refund almost RM 161,000 to the complainant after the transaction was aborted.

Rohaizat Othman appealed against the decision of the Disciplinary Board to the High Court, and the appeal was dismissed on 12 August 2009. He is therefore legally disqualified from practising as an advocate and solicitor.

The finding of misconduct is personal to Rohaizat Othman, as the Disciplinary Board would not hold a lawyer liable for the actions of his/her law partner(s).

George Varughese
Secretary
Malaysian Bar

18 August 2009

Nazri menghina tok guru nik aziz ulama palsu....

ANAK SAPA LA NI?????




Nik Aziz ulama palsu - Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga adalah bertujuan untuk menakutkan pengundi kerana tidak mahu prestasi buruk PAS semasa pilihanraya kecil di Manek Urai berulang kembali.

Menurut beliau, pempimpin PAS itu kerap mengeluarkan kenyataan yang bercelaru sejak kebelakangan ini dan terbaru terpaksa mengunakan strategi menakutkan pengundi supaya para pengundi di Permatang Pasir mengundi calon parti PAS.

"Akhir-akhir ini kenyataan dia (Nik Aziz) selalu bercelaru dan tidak betul,dia buat kenyataan itu kerana bimbang Barisan Nasional hampir-hampir menang dalam pilihanraya kecil lepas di Manek Urai.

"Dia terpaksa guna agama untuk menakutkan pengudi supaya mereka menyokong PAS.

"Sama ada kita (Umno) betul atau tidak dia tiada hak untuk menentukan," kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas.

Nazri juga kecewa dengan sikap Mursyidul Am PAS itu yang dilihat tidak mencerminkan sikap sebenar seorang pemimpin dan ulama.

"Bagi saya Nik Aziz adalah seorang Ulama yang palsu... dia sudah berumur tapi perangainya masih kebudak-budakan.

"Ini tahun 2009 tapi dia masih mengunakan cara kempen seperti tahun 60an.

"Kalau dia dah tak betul jangan ajak orang lain ikut sekali," kata beliau.

Beliau menggesa supaya para pengundi memilih wakil rakyat dengan bijak dan tidak terpedaya dengan kenyataan yang disifatkan beliau sebagai 'ulama palsu'.

"Pilihlah siapa yang pengundi fikir boleh membantu mereka, jangan pilih wakil berdasarkan penipuan yang dibuat oleh 'ulama palsu' seperti Nik Aziz," ujarnya lagi.

Semalam Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan bahawa anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Menurut beliau terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh PAS dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.
sumber:mstar.com.my

Puteri ameno sesat di Permatang Pasir...hehehe

Kerajaan Kelantan tunai janji....Tahniah Madihah



PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.

Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur Madihah.

Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.

Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.

ImageNik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta adiknya.

Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.

Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan termasuk karpet.

Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. _

Be End letak penyamun jadi calon.....

LOYAR BURUK DENGAN KES 140,000 RINGGIT – the edge

Mengikut Ragunath Kasavan President Majlis Peguam Rohaizat Othman yang menjadi calon parti pembangkang bukanlah seorang peguam. Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewangan 140,000 ringgit.

Duit 140,000 ringgit ini adalah duit Kooperasi Pekebun Getah.

Kesalahan ini jatuh dalam Bahagian 103D Akta Guaman 1976 tentang salah laku dan tindak tanduk peguam.

Hak Rohaizat untuk menjadi menjalan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008.

Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.

Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.

Menurut Ragunath duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.

sumber:tukartiub.blogspot.com

Isnin, Ogos 17, 2009

lagi video memalukan ahli parlimen oleh pihak berkuasa

Ini bukan penjenayah berat atau penganas...cuma menjadi penyokong parti dan merupakan
ahli parlimen dewan rakyat Malaysia.....memalukan...patut disaman kerana memalukan ahli parlimen Malaysia...Menghina dewan namanya



Calon BN calon yang korup..........

Dalam Metro hari nie Ahmad Zahid Hamidi dah mengaku Rohaizat nie memang dah kantoi guna duit pelanggannya hingga lesen guaman sivilnya dibatalkan oleh Majlis Peguam.

Tapi boleh nak cover-up lagi tu dgn mengatakan Rohaizat masih layak bertanding. Macam kesimpulannya tak de undang2(ciptaan mereka) mengatakan lesen guaman dibatalkan tak layak jadi calon wakil rakyat.


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya mengeluarkan enam borang pencalonan dan tiga orang telah membuat bayaran deposit.

Sementara itu, pihak pembangkang sekali lagi membangkitkan isu mengenai status Rohaizat sebagai peguam ekoran laporan bahawa beliau tidak dilucut dari senarai oleh Majlis Peguam kerana didakwa menyalahgunakan wang pelanggan.

Pengarah biro pilihanraya PKR yang ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution berkata Rohaizat perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Jika dakwaan itu benar, katanya, maka apakah jaminan perkara yang sama tidak akan berlaku dengan wang rakyat jika Rohaizat terpilih.

Rohaizat, 38, dilaporkan berkata kes itu bukan satu isu.


Rekod tindakan displin dari majlis peguam

Order under Section 103D LPA 1976

Kamal Affandi bin Baharuddin - 7 March 2008 (RM5,000)
Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off)
Syed Fakhruzzaman bin Syed Mansor - 7 March 2008 (RM50,000)- Complaint No:DC/05/1593
Syed Fakhruzzaman bin Syed Mansor - 7 March 2008 (RM4,000)- Complaint No:DC/06/1778
Leong Mei Hing Richard - 7 March 2008 (RM10,000)

lagi berita di laman malaysianbar.org, sila klik disini.

1Malaysia mari tengok...aksi ganas koyak seluar

kempen 'Anwar Pengkhianat' dapat sambutan hangat

Sambutan hangat-hangat taik ayam...turun beramai-ramai seramai tiga orang hehehe
lokasi : bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru Terengganu



Salah seorang atau seekor yang sedang menuggu giliran untuk tandatangan kempen 'Anwar Pengkhianat'


Sumber:tranungkite.net

Najib 100 Hari...

Sudah 64 terkorban H1N1 setakat hari ini............

Kalau masa Pak Lah...kita dikejutkan dengan Tsunami..............
Najib pula dengan H1N1....saban hari nyawa melayang akibat epidemik virus H1N1
tapi apa tindakan kerajaan pimpinan Najib yang mencapai 100 hari...berita yang kurang enak dengan bilang kematian yang bertambah setiap hari.................

Najib akan diingati selama-lamanya akibat mengabaikan dan mengadai nyawa rakyat 1 malaysia yang mati dan akan mati akibat virus H1N1 ini.

Bertindak Sebelum Terlambat...Mencegah lebih baik dari Merawat.

H1N1: 64 mati, jumlah kes 4,225

Wabak selesema A (H1N1) memakan dua lagi korban, seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek berusia 74 tahun, menjadikan jumlah kematian 64 kes, setakat ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 384 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya 4,225 kes.

Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari, waktu itu.

Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa - kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu.

Sumber:malaysiakini.com

Gambar sekitar PRK Permatang Pasir...










Sumber:tranungkite.net

Ketua Pemuda umno buat lawak....

Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di Permatang Pasir

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Sumber:malaysiakini.com

update: PRK Permatang Pasir pagi ini



BERIKUT adalah perkembangan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pagi ini:

8.20 pagi: Penyokong Pakatan dan BN sudah mula berkumpul di kawasan berhampiran IBKN. Penyokong PAS melaungkan lagu dan slogan.

8 pagi: Anggota panel SPR tiba di IBKN. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin proses penamaan calon akan berjalan lancar.

7.50 pagi: Helikopter PDRM membuat rondaan udara sekitar kawasan IBKN.

7.40 pagi: Jumlah kehadiran penyokong BN dam Pakatan Rakyat mula meningkat, cuaca cerah. Kelihatan ramai penyokong mengenakan topeng perlindungan pernafasan ekoran kebimbangan wabak influenza A(H1N1). Begitu juga anggota pasukan keselamatan.

7.30 pagi:Penyokong-penyokong parti mula berkumpul dalam lingkungan kawasan kira-kira satu kilometer dari IBKN.

7 pagi: Jalan Berapit ke Institut Kemahiran Belia Negara (IBKN) ditutup secara berperingkat kepada lalu lintas menjelang proses penamaan calon
Sumber:mstar.com.my

Ahad, Ogos 16, 2009

dia pegang kucing ke anjing???











dey samy...pemuda ka pentua???

Umur had pemuda dilanjutkan dari 40 tahun ke 45 tahun...dey ini pemuda ke pentua...

Had umur Pemuda MIC dilanjutkan

KUALA LUMPUR: Had umur bagi menjadi anggota Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata melalui langkah tersebut, MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.

Katanya, sebuah jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan mengkaji pindaan pada perlembagaan MIC telah menyiapkan laporannya untuk dibentangkan pada Persidangan Perwakilan MIC ke63 pada 12 September untuk mendapatkan kelulusan para perwakilan.

"Usaha ini penting supaya MIC bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 di mana lebih dua juta pengundi baru dari golongan muda dijangka mengundi buat pertama kalinya," katanya ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera MIC ke63 di sini.

Walaupun Samy Vellu tidak menyatakan rasional melanjutkan had umur Pemuda, tetapi menurut seorang pegawai MIC, ia adalah berdasarkan kepada fakta bahawa wujud Pergerakan Putera dalam MIC sekarang yang juga mensasarkan golongan muda. Samy Vellu juga berkata permohonan keanggotan dalam MIC akan diperluaskan melalui 'online' selepas mendapati ramai golongan muda dan berpendidikan tinggi yang ingin menjadi anggota mendapati sukar berbuat demikian kerana beberapa halangan tertentu.

Beliau juga meminta Pemuda MIC menubuhkan kumpulan pemikir dari kalangan yang berpendidikan tinggi bagi merangka strategi yang betul dalam menangani beberapa masalah yang dihadapi golongan muda India, termasuk isu sosial.-BERNAMA

sumber:mstar.com.my

Demonstrasi bukan budaya kita.....



Sumber:hanief.blogspot.com

Orang kito