Kawan-kawan dan sahabat handai....

Selasa, September 21, 2010

Calon Pemimpin Cabang Dan AMK Shah Alam


Calon Ketua Cabang Shah Alam - YB Yaakob Sapari
Calon Ketua AMK Shah Alam - Hisham Shahriman

Ahad, September 19, 2010

Umno Yang Kebulur hasil Judi.....

Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini bersungguh-sungguh melobi untuk meluluskan lesen judi bolasepak cuba menjadi pejuang Islam apabila Ketua Penerangan Pemuda UMNO Datuk Seri Reezal Merican menuduh sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

"Hanya pemimpin Umno yang jahil sahaja cakap kerajaan negeri guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.

Dakwaan itu katanya adalah merupakan tindakan terdesak Umno yang cuba menyerang kepimpinan Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu. 

" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.

Bangkai Gajah Yang Tak Boleh ditutup Dengan Nyiru

Akhirnya pecah juga tembelang Umno apabila secara berterus-terang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan parti itu menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Jumaat lalu, beliau dalam kenyataannya berkata Umno tidak ada konflik dengan pertubuhan itu walaupun terdapat pemimpin Umno yang cuba menjarakkan diri mereka daripada  duduk dalam kelompok yang dikenali sebagai ekstremis dan berbaur perkauman itu.

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya berkata tindakan itu akan memberikan impak negatif terhadap Umno kerana terdapat ahli Umno yang menyertai Perkasa akan membalas dendam.

"Jadi, kenyataan Najib sebagai menutup kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur," ujar beliau berhubung keputusan yang bercanggah antara kedua-dua pemimpin di dalam Umno itu.

Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pula dalam pada itu memberi amaran kepada Umno bahawa kononnya seramai 300,000 ahli Perkasa merupakan ahli Umno.

Nampaknya, jangkaan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung hubungan antara Umno-Perkasa cuma lakonan dan auta semata-mata benar belaka.

Umno, Jais, Mais Hipokrit, Kamalanathan Dibenarkan Masuk Masjid




Oleh Fazli Othman,  Frederick Luccas

SHAH ALAM 19 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis penyerahan 'mock cheque' oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan di Masjid Sg Tengi Selatan baru-baru ini menyerlahkan sikap hipokrit Umno.
Malah lebih menyedihkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang hebat menghentam Pakatan Rakyat dalam isu lawatan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching ke Surau Al Huda di Kajang Sentral bulan lalu turut menunjukkan sifat munafik apabila turut bersama-sama Kamalanathan dalam masjid tersebut.
"Bagi Pakatan Rakyat semenjak dulu kita telah memberitahu tidak ada masalah orang buka Islam mengunjungi masjid atau surau. Kita dasarkan hujah kita kepada dalil hadis serta seerah Nabi SAW, sejarah Islam malah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini.


"Hanya apabila kita buat, riuh rendahlah satu kampung Umno, Mais dan Jais mengatakan kita menghina Islam dan mengeluarkan arahan orang bukan Islam tidak bloleh masjid dan sebagainya. Tetapi dia buat boleh, malah Mais dan Jais turut sekali memberi sokongan kepada Kamalanathan dalam masjid tersebut.


"Pada pandangan kita, orang bukan Islam tidak dihalang daripada memasuki surau dan masjid asalkan tujuan dan niatnya baik serta mendapat persetujuan dan dijemput oleh jawatakuasa surau atau masjid berkenaan.


"Sebab itulah kita labelkan Umno, Mais dan Jais hipokrit, dia buat boleh, kita buat semua tak boleh," kata Khalid kepada Suara Keadilan.


Khalid menegaskan strategi yang digunakan oleh Umno-BN adalah untuk menunjukkan seolah-olah kedudukan Islam tercabar di bawah kerajaan Pakatan Rakyat PR di Selangor.
"Apabila Umno-BN membawa masuk pemimpin bukan Islam ke dalam masjid, tak salah tetapi apabila kita berbuat yang sama, kita dituduh menghina Islam sedangkan itu sama sahaja.
"Ini hanyalah satu pembohongan dan saya harap rakyat tidak termakan dengan propoganda Umno-BN kerana semua usaha oleh pemimpin Pakatan Rakyat amat jelas tidak bercanggah dengan Islam," tegas beliau lagi.


Tambah beliau, Umno-BN khuatir strategi mereka tidak berkesan lagi dan DAP akan diterima oleh masyarakat umum sebagai sebuah parti yang bukan anti Islam, dan PAS pula akan dapat diterima sebagai parti yang bukan ekstremis Islam.


Sekiranya usaha PAS dan DAP berjaya mengikis persepsi negatif yang dilabelkan oleh Umno-BN, maka masyarakat akan dapat menerima kedua-dua parti dengan lebih baik lagi, lantas akan mengugat kedudukan dan kekuasaaan Umno-BN.
"Pada hakikatnya, apa yang dilakukan oleh PAS dan DAP adalah untuk memecahkan propoganda negatif yang disebarkan secara luas oleh Umno-BN selama ini. DAP mahu membasmikan imej anti Islam manakala PAS pula mahu membasmikan imej ekstremis Islam yang diletakkan oleh Umno-BN," jelas Khalid.


 Dalam blognya, Khalid menyifatkan tindakan pemimpin Umno tanpa syak lagi berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu orang bukan Islam memasuki surau dan masjid.
Beliau menyelar sikap Pengarah Jabatan Agama Jais dan Mais yang bersengkokol dengan Umno yang sebelum ini lantang bersuara berhubung isu penyampaian tazkirah dan ceramah oleh pemimpin Pakatan Rakyat tetapi menutup sebelah mata sahaja membabitkan pemimpin parti itu.


"Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara".
"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi Mais menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.


"Ke mana perginya 'ahli parlimen berkopiah' (Zulkifli Noordin) dan mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soal Khalid.


Dalam satu ganbar yang dirakam semasa satu program gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Pengerusi Mais, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa bersama Kamalanathan yang memakai kemeja T berlogo BN dilihat menyerahkan cenderahati 'Kalimah Allah' kpada salah seorang perserta.


Sumber : http://suara-keadilan.com/news-section?t=4052

Parpukari Dakwa Ketua Pemuda UMNO Negeri Pernah Berurusan Suspek Utama Kes Datuk Sosilawati


Aku baru dapat tahu dari seorang sahabat aku yang ada satu Ketua Pemuda UMNO negeri telah membuat laporan polis pada 12hb Sept yang lepas berkenaan kes tanah yang dibeli oleh KP UMNO negeri ni melalui khidmat peguam yang disyaki membunuh Sosilawati iaitu Dato Pathmanabhan.

KP UMNO Negeri ini membeli tanah di Pulau Pinang, nilai hartanah yang dibeli oleh orang Kuat Khairy Kitol ini bernilai berjuta-juta ringgit sebenarnya dan KP UMNO negeri ni buat report sebab dia nak ambil balik wang pendahuluan sebanyak RM1.3 juta yang telah diberi kepada peguam tersebut!  

Dasyat bebudak Kitol ni kan? Cuba korang bayangkan itu baru bagi wang pendahuluan RM1.3 juta, bermakna mesti hartanah yang dia nak beli tu bernilai berjuta-juta ringgit punya, dasyat kan KP-KP belaan si Kitol ni, beli hartanah juta-juta punya, tapi bila bab berjuang untuk orang Melayu semua diam membisu!

Lagi satu yang menjadi misterinya, Sosilawati terkorban sebab deal hartanah kat belah utara kan? Mungkinkah KP Negeri ni ada kaitan dengan kematian tersebut? Mungkinkah mereka berebut untuk membeli hartanah yang sama hingga terkorbannya Sosilawati dan rakan-rakan yang lain?

Bukan nak mempertikai, bila ada pembunuhan mesti ada motif, so apa motif pembunuhan Sosilawati ni sebenarnya? Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatannya, namun ada baiknya kalau disiasat KP UMNO Negeri ni yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Langat hari tu! Oppssss...terlepas la pulak..

Ada lagi pemimpin UMNo yang menggunakan perkhidmatan guaman peguam yang sama, klik sini.

Kalau nak tau siapa KP UMNO Negeri ni mudah je, aku bagi sikit klu la ya, baru-baru ini dia dikatakan sudah menghantar surat perletakan jawatan tetapi tidak diterima Kitol kerana Kitol tak mahu sokongan terhadap diri dia berkurangan! Klik sini

Wahai Tuan PM, kalau masih simpan si Kitol dan balaci-balaci dia dalam UMNO ni lagi, alamatnya memang hancur la UMNO!

Rakan Sosilawati Ditemui Mati

BUKIT MERTAJAM 18 Sept. - Pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar yang juga kenalan rapat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya ditemui mati di rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini hari ini. 

Pemilik syarikat SBJ Aveer Services Sdn. Bhd. berusia 45 tahun itu ditemui tergantung di biliknya kira-kira pukul 8.30 pagi oleh anak bongsunya yang berusia 16 tahun. 

Polis setakat ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut. 

Anak sulung Sarina, Mohd. Azrul Affendi Zakaria, 24, yang dihubungi memberitahu, berita kematian ibunya mengejutkan seluruh ahli keluarga kerana arwah tidak menunjukkan perubahan sikap kebelakangan ini. 

Mohd. Azrul berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di Kuala Lumpur dan kali terakhir dia menemui Sarina ialah pada petang semalam dan sempat menasihati ibunya supaya berhati-hati dalam perniagaan ekoran banyak berlaku kes pembunuhan kebelakangan ini. 

"Ibu beberapa kali turut menyuarakan rasa terkilan dan sedih berhubung kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati kerana ibu rapat dengannya," kata Mohd. Azrul. 

Menurutnya, kejadian tersebut sangat menyedihkan keluarganya tambahan lagi ia berlaku ketika mereka sedang memulakan persiapan bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan Januari nanti. 

"Saya telefon ibu pagi tadi tetapi tidak diangkat sehinggalah diberitahu mengenai kejadian ini," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supritendan Mohan Singh Tara Sigh yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Katanya, mayat Sarina ditemui mati di rumahnya kira-kira pukul 8.30 pagi dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini untuk bedah siasat. 

"Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan kita harap semua pihak tidak membuat spekulasi walaupun mangsa dikatakan kenalan rapat Datuk Sosilawati," katanya. 


sumber Utusan Malaysia

'Ustaz Kamal' Boleh Pulak...MAIS dan JAIS buat-buat tak nampak

Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadhan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan Masjid dan Surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran PR. Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya. Menurut mereka lagi, ini dilakukan demi memperolehi undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri. Iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana Surau dan Masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya. 


Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di Masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Sehubungan dengan itu, bagi yang mengenali UMNO, segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat. Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan UMNO dalam bersandiwara, ianya turut tidak memberikan sebarang kesan. Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat UMNO yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi.


Khalid Samad
MP Shah Alam

Majlis Rumah Terbuka AidilFitri DUN Kota Anggerik, 25 September Depan


Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri, Adun Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akan diadakan di Perkarangan Pejabat Dun Kota Anggerik Seksyen 9.

Seluruh rakyat negeri Selangor dijemput bagi menyerikan majlis.

Pertumbuhan 6 Peratus Sukar Di Capai, Najib Gagal Tarik FDI

Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.

Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.

Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.

Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Orang kito