Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 24, 2010

Kamalanathan Calon Bidan Terjun Umno...

Panas...Menurut sumber yang boleh dipercayai, calon BN Kamalanatahan sebenarnya didapati duda dan sudah berpisah dengan bekas isterinya.

Nampaknya gambar beliau dan isterinya yang di siarkan di dalam akhbar sinar hari ini sebenarnya lakonan semata-mata.

Pengundi BN di Hulu Selangor telah cuba ditipu hidup-hidup oleh Umno BN.

Pengundi Hulu Selangor seharusnya membuat pilihan tepat kerana Kamalanathan ini menipu berhubung status perkahwinannya dan ijazahnya yang palsu.

Dalam satu pemeriksaan dengan SPR juga mendapati namanya terdapat di dalam daftar pemilih dan menjadi pengundi hantu di Sungai Siput.

Undi KEADILAN untuk keadilan untuk Semua

Terkini....Hantu Mula Masuki Hulu Selangor

Kurang dua puluh empat jam daripada proses pembuangan undi, pengundi hantu mula dikesan di Hulu Selangor, sejumlah 35 buah bas akan memasuki Hulu Selangor.

Menurut sumber yang dipercayai, bas-bas ini dibiayai oleh Noh Omar dengan bayaran RM1000 sebuah bas.

Mereka ini akan menyamar sebagai petugas pilihanraya yang konon daripada Umno seluruh Selangor.

Dan Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara dipercayai sedang mengagih-agihkan kad pengenalan di Bukit Beruntung.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin bergegas ke sana bersama skuad AMK untuk menyiasat perkara tersebut.

Shamsul juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung isu ini.

Jadual ceramah malam terakhir. Ayoh turun ramai ramai !

Tarikh: 24/april/2010

9mlm:
1)Pusat Komuniti Serendah;

2)Tmn Bunga Raya Bkt Beruntung;

3)Grand Finale Stadium Mini KKB;

bersama DSAI, TG Nik Aziz, LKS & DZI.

Penuhkan padang. Kita susun strategi. Kalahkan BN !!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar tunggu Najib di pentas debat esok

KUALA KUBU BAHARU 23 Apr - KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok bertempat di Stadium Mini Kuala Buku Baharu bermula pukul 9 malam.

Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dia hari lalu. 

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.

"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana tidak Pakatan Rakyat tidak diberi media dengan adil.

Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.

Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan.

Sumber: Suarakeadilan

Anakmuda: Anwar dan Najib seperti Langit dan bumi. Kalau cakap sorang atas pentas dia berani, kalau berdebat, takut macam tikus. Bukti cakap tak serupa bikin. Kalau di terjah, jawab terkencing kencing.

Jet Tanpa Enjin RM45 Juta Sebuah, Yang Ada Enjin RM20 Juta

KUALA LUMPUR 23 Apr - Ahli Parlimen Pokok Sena,  Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan keputusan Kementerian Pertahanan membeli pesawat latihan jet pejuang tanpa enjin dengan harga RM45 juta sebuah sedangkan tentera udara di salah sebuah negara Afrika membeli pesawat yang sama dengan enjin dengan harga cuma RM20 juta.

"Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan menurut Timbalan Menterinya telah mengesahkan membeli lapan pesawat  Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga RM360 juta.

"Pesawat tersebut yang dibeli kerajaan ini adalah tanpa enjin, sebelum ini kita digemparkan dengan kehilangan enjin pesawat tapi hari ini kerajaan pula membeli pesawat tanpa enjin daripada Itali dengan harga RM45 juta sebuah," kata Mahfuz. 

Menurut Mahfuz lagi, apa yang meragukan apabila tentera udara Eritrea telah membeli pesawat yang sama dengan harga yang jauh lebih rendah dan yang memeranjatkan lagi, pesawat yang dibeli mempunyai enjin.

"Oleh sebab itu, saya minta siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat perolehan-perolehan yang dibuat dalam sektor dan industri pertahanan dalam negara kita kerana jika kita lihat polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak boleh diharapkan untuk melakukan siasatan dengan tulus dan jujur," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga meminta kerajaan mendedahkan kos penyelenggaraan enjin lama yang difahamkan telah dihantar ke Roll Royce United Kingdom untuk dipasang pada pesawat latihan tanpa enjin yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan.

Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang. 

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinnya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

Sumber: Searakeadilan

Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

Kerajaan UMNO-BN pimpinan  Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk "menyerang" keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh  politik utama UMNO dan Perdana menteri .  

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.  

Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.  

Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.  

Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.  

Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.   

Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.   

" Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang" kata Said.

"Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil" tambah beliau lagi. 

Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.  

" Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan" tambahnya lagi. 

Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi  menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu  

"Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?

"Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar"  ulas beliau lagi.

Sumber: TVSelangor

Umno Macam Ada Nabi Lain, Hulu Selangor Perlu Ajar Umno

HULU SELANGOR 24 APR: Sekalipun kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak begitu baik namun beliau tetap turun berkempen di Hulu Selangor demi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Parlimen Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaib Ibrahim, selain gema sorakan pengundi yang sememangnya menghormati Nik Aziz.

Pada ucapannya, beliau menegaskan Pas akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat dan meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah Umno yang mengasingkan agama dan politik dalam rencah kehidupan semasa.

"Islam tidak memisahkan politik dari kehidupan. Rasulullah saw bukan sahaja pemimpin agama tapi juga pemimpin politik. Hanya Umno yang mengajar politik lain, agama lain. Macamlah Umno ada nabi lain," katanya.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.

Sumber: TVSelangor

Jumaat, April 23, 2010

Ceramah Hulu Selangor hari ini

Crmh HuluSgor 23/4

9mlm:
1)Gelanggang Bola Keranjang PekanRasa;
2)Sg Tengi HuluBernam;
3)Bdr Baru Sg Buaya BtgKali; bersama DSAI, DZI, TG Nik Aziz, LKS.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Acara di Kuala Kubu Hari Ini

Crmh HuluSgor 23/4

9mlm:
1)Gelanggang Bola Keranjang PekanRasa;
2)Sg Tengi HuluBernam;
3)Bdr Baru Sg Buaya BtgKali; bersama DSAI, DZI, TG Nik Aziz, LKS.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, April 22, 2010

Jadual crmh PRK HuluSgor DSAI & DZI 22/4

1) Dwn Org Ramai Kg Gurney Hulu Yam Bahru;

2) Pdg Perumahan Tmn Teratai KKB; 3) Pdg Kg Gedangsa Hulu Bernam.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, April 21, 2010

Pondok Polis Disemua Kampung Orang Asal Gertak Penyokong Pakatan Rakyat

KUALA KUBU BAHARU 21 Apr - Umno-Barisan Nasional dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa menggunakan seluruh aparat kerajaan termasuk polis untuk menakut-nakutkan pengundi di Hulu selangor terutama golongan Orang Asal.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datin Paduka Dr Tan Yew Kew mempersoalkan motif pihak polis meletakkan pondok polis di kawasan perkampungan Orang Asal.

Menurutnya, perkara itu berlaku di kesemua 16 buah kampung Orang Asal di Hulu Selangor dan terdapat juga gambar membuktikan perkara itu berlaku di Serendah dan Kuala Kubu Baru.

"Kami telah menerima beberapa aduan daripada komuniti Orang Asal bahawa pondok polis telah diletakkan di kampung mereka. Ini menyebabkan pengundi Orang Asal merasa takut dan mereka juga tidak faham mengapa banyak wujudnya pondok polis di kampung mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Adakah ini satu taktik untuk menakutkan pengundi untuk keluar mengundi atau berani menyokong Pakatan Rakyat. Ini menjadi persoalan yang ditimbulkan di kalangan Orang Asal.

"Kita minta penjelasan dari pihak polis apakah alasan meletakkan pondok polis di kampung-kampung Orang Asli sedangkan bila jenayah berlaku, alasan polis kakitangan tidak mencukupi, tetapi di kampung-kampung Orang Asal aman tidak ada pergaduhan, apakah alasan meletakkan pondok polis selain menakutkan pengundi yang menyokong kita," Dr Tan pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat di sini tengahari tadi.

Sumber: Suarakeadilan

Polis Bina 16 Pondok Polis Di Kampung Orang Asal Tanpa Sebab

HULU SELANGOR 21 APR: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, banyak perkara yang tidak masuk akal dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Terbaru, pondok polis dibina di 16 kampung orang Asal di seluruh Hulu Selangor.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datin Paduka Tan Yee Kew  hari ini mempertikai mengapa kawasan seharmoni perkampungan orang Asal perlu didirikan  pondok polis.

Yee Kew berkata, tindakan membina pondok polis berkenaan cuma menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk.

Sehubungan itu, beliau menambah pihaknya akan berjumpa pihak berkuasa untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu itu.   

Sumber: TVSelangor

Papan Tanda PKR Diroboh, Poster Kempen Dirosakkan

Menjelang hari pengundian pilihanraya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, taktik-taktik kotor mencantas calon lawan dengan fitnah dan dakyah semakin diperhebat.

Dalam keghairahan Umno menyerang keperibadian calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, poster beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dirosakkan dan dalam sesetengah situasi, dirobohkan sama sekali.

Semuanya dilakukan semata-mata untuk memenangkan calon pilihan UMNO P Kamalanathan dari MIC.

Pada masa sama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak sambil lewa menguatkuasakan arahan supaya Umno menurunkan poster- poster yang membawa mesej fitnah dan dakyah terhadap Zaid.

Sehubungan itu, Srikandi bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melancarkan Ops Billboard untuk memastikan semua papan tanda yang menghina keperibadian pimpinan Pakatan Rakyat, diturunkan.

SPR sebelum ini berjanji untuk mengarahkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) menurunkan poster berunsur provokasi namun ternyata, janji tinggal janji.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Mohd Shaik Ismail berkata Srikandi serius mahu memastikan pilihan raya kecil ini berjalan dalam suasana aman tanpa sebarang provokasi yang boleh merosakkan keharmonian berkempen.

Minggu lalu, AMK membuat laporan polis berhubung tindakan tidak bertamadun Barisan Nasional yang menaikkan kain rentang dan papan tanda dengan mengaibkan calon dan pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, kain rentang dan poster milik BN yang diturunkan dihantar kepada SPR walaupun suruhanjaya berkenaan enggan menerima bahan kempen ini.

Ditanya kewajaran tindakan itu, Aishah berkata ia mesej kepada SPR betapa mereka memandang serius isu ini.

Sumber: TVSelangor

Jadual Ceramah DSAI bersama Calon PRK HuluSgor 21April

9mlm:
1) Pdg Awam 1-2, Jln Meranti, Bdr Utama Btg Kali;
2) Balai Raya Tmn Bkt Teratai, Jln Sg Buaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selasa, April 20, 2010

Umno didakwa cuba ganggu ceramah PKR

HULU SELANGOR, 20 April: Umno-BN didakwa telah mengambil langkah songsang dalam siri kempen mereka menghadapi pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dengan melakukan tindakan yang jelas melanggar peraturan pilihanraya, malam semalam.

Kesalahan tersebut dapat dikesan dilakukan di kawasan Bukit Sentosa, apabila pihak Umno-BN mengadakan ceramah di tempat yang amat dekat iaitu sekitar 50 meter sahaja dengan kawasan ceramah Pakatan Rakyat yang telah mengatur siri ceramahnya terlebih dahulu dari pihak BN di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan oleh pihak Pakatan Rakyat itu sememangnya telah menepati peraturan yang ditetapkan. Lebih jauh dari itu, ceramah itu pula diadakan di kawasan premis mereka sendiri iaitu di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2.

Menyedari Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di tempat itu malam semalam, Umno terus mengambil langkah drastik dengan turut mengadakan ceramah di tempat yang sama dan didakwa bagi mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.

Namun, langkah Umno-BN itu ternyata mengundang aib kepada mereka sendiri apabila ceramah mereka hanya didengari kurang 10 orang, berbanding ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat yang berjaya menarik perhatian ratusan penduduk di kawasan itu.

Ceramah yang diadakan pihak Pakatan Rakyat itu melibatkan beberapa penceramah termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Manakala ceramah dari pihak BN pula melibatkan penceramah dari Melaka. Di samping berceramah, mereka turut menyediakan makanan yang diyakini menggunakan wang rakyat, tetapi tetap juga gagal menarik perhatian penduduk tempatan atau pengundi di kawasan itu.

Sebelum itu, pihak polis telah mengingatkan parti-parti yang bertanding serta mereka yang terbabit dengan penganjuran ceramah serta kempen agar tidak mengadakan ceramah di tempat yang berdekatan antara satu sama lain, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Malah, ingatan itu juga turut disuarakan oleh pihak SPR. Ia juga dinyatakan turut digariskan dalam peraturan kempen pilihanraya, sejajar dengan amalan demokrasi.

Namun, segala peraturan dan ingatan itu tidak juga dihiraukan oleh pihak Umno-BN. Mereka didakwa hanya mementingkan diri mereka sendiri sahaja tanpa memikirkan peraturan dan perasaan orang lain.

Sumber: harakah

Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

Sumber: harakah

Peneroka Felda Ditindas, Bayar Harga Bawah Pasaran

HULU SELANGOR 20 APR: Pakatan Rakyat kini tampil menyediakan khidmat guaman untuk peneroka Felda menyaman agensi itu sebanyak RM24 juta kerana membayar harga di bawah pasaran untuk hasil sawit mereka bagi sekian lama.

Setakat ini, peneroka Felda dari Johor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mengemukan saman itu di Mahkamah Tinggi negeri-negeri berkenaan. Peneroka di negeri-negeri lain akan menyusul dengan saman yang sama dalam tempoh terdekat.

Kesemua mereka mendakwa pengilang Felda menindas peneroka kerana enggan mengikut harga pasaran dan KPG (Kadar Perahan Gred) yang di tetapkan sehingga mendatangkan kerugian sekitar RM150 hingga RM250 setiap bulan bagi setiap gred kepada peneroka.

Dengan purata pendapatan mereka hanya RM1,500 sebulan, kerugian itu memberi kesan besar kepada sara hidup peneroka Felda yang sering dirujuk sebagai talian hayat Umno untuk meraih undi pada setiap pilihanraya.

Pengerusi Biro Felda Parti KEADILAN Rakyat, Suhaimi Said mendesak Felda supaya akur terhadap penindasan yang dilakukan dan bersedia menghadapi kebangkitan peneroka untuk menuntut hak mereka.

"Saya nak ingatkan Umno-Barisan Nasional yang memimpin Felda selain menjadikan Felda sebagai talian hayat mereka agar sedar dan bersedia dengan kebangkitan peneroka yang telah mengetahui tindakan Felda menindas dan menipu golongan peneroka selain memerah keringat mereta tanpa membayar bayaran yang setimpal.

"Jangan selamanya ingat peneroka bodoh dan kes ini membuktikan apa yang diperjuangkan selama ini oleh mereka adalah benar dan terbukti wujud penyelewengan di dalam pengurusan Felda," katanya.

Beliau menjelaskan KPG yang ditetapkan oleh Felda adalah dalam lingkungan tujuh belas peratus hingga sembilan belas peratus sahaja, tetapi setelah penilaian dibuat oleh peneroka Serting Negeri Sembilan di Pusat Penyelidikkan Pertanian Tun Razak (PPPTK) mendapati KPG boleh meningkat sehingga dua puluh enam peratus.

"Felda telah menipu peneroka melalui KPG kerana standard perahan yang telah ditetapkan oleh Felda adalah dalam lingkungan tujuh belas peratus hingga sembilan belas peratus sahaja tetapi peneroka dari Serting Negeri Sembilan yang membawa buah sawit ke Pusat Penyelidikkan Pertanian Tun Razak di Jerantut Pahang mendapati perahan boleh meningkat sehingga 26 peratus.

"Di sinilah Felda "menyedut" duit peneroka secara senyap, setiap peratus itu menpunyai nilainya tersendiri, biasanya dalam lingkungan RM20 hingga RM40. Jadi perbezaan antara 26 peratus dengan 19 peratus adalah sebanyak enam peratus. Jika harga setiap peratus adalah RM40 maka kerajaan mengambil duit peneroka sebanyak RM240 untuk setiap tan.

"Inilah kerja Umno yang menggunakan Felda untuk kepentingan mereka, bila kerajaan tidak mempunyai duit maka Felda dipergunakan. Penipuan Felda ini tekah menimbulkan kemarahan peneroka dan kita telah menyiapkan segala dokumen bagi mambawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi menuntut Felda membayar balik perbezaan harga tersebut,"jelasnya.

"Setelah melihat kejayaan peneroka Felda Kemahang menyaman Felda maka tiga negeri seprti Johor, Negeri Sembila dan Pahang akan memulakan saman mereka dalam masa yang terdekat. Setelah peneroka Felda diseluruh Negara pula akan mengemukakan saman mereka. Felda perlu menyediakan jumlah kewangan yang besar untuk membayar tuntutan mereka.

"Peguam yang akan mengetuai kes ini adalah Sivarasa Rasiah yang juga merupakan Ahli Parlimen Subang, beliau akan dibantu oleh tiga orang peguam bagi setiap negeri," sambungnya lagi sewaktu ditemui semasa program ceramah di felda Gedansa.

Pada 2002, 354 peneroka Felda Kemahang menyaman Felda dan menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 sebagai ganti rugi am berhubung pembayaran bagi buah kelapa sawit yang didakwa peneroka berkenaan telah dibayar pada harga kualiti lebih rendah oleh agensi itu dari 1996 hingga 2002. Ini mengakibatkan mereka menanggung kerugian. Nilai ganti rugi meningkat kepada RM 11 juta.

Pada 19 Februari 2010, Mahkamah Agung memerintahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka berkenaan.

Kemenangan 354 peneroka Felda Kemahang 3, Tanah Merah dalam saman terhadap Felda Palm Industries Sdn. Bhd. adalah kejayaan besar dan titik permulaan kepada seluruh warga peneroka Felda memperjuangkan hak mereka.

SUmber: Suarakeadilan

Angkara panglima besar

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mendakwa kes-kes lompat parti membabitkan pemimpin dan ahli PKR didalangi individu yang dilabelkan ‘panglima-panglima besar’ UMNO.

Katanya, tindakan golongan tersebut adalah strategi dan taktik kotor parti itu untuk mempengaruhi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) setelah gagal menjawab isu-isu semasa dan mengatasi masalah rakyat.

“Sukar untuk saya tidak mempercayainya seperti apa yang berlaku di negeri Kedah dan Perak kerana perkara ini melibatkan puluhan juta ringgit,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara itu jelas setelah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa bukti perkara itu dalam perbahasan Dewan Rakyat sesi lalu.

Ketika ditanya, siapa individu yang dimaksudkan sebagai panglima besar itu, Azmin enggan mendedahkannya dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.

“Perkara ini berlaku apabila Exco Kerajaan Kedah yang dibawa untuk bertemu dengan pemimpin UMNO yang cuba disogok dengan jumlah wang yang besar.

“Malahan, kejadian tersebut telah dirakamkan dan diserahkan kepada pihak berwajib namun, sehingga kini masih tiada tindakan terhadap pemimpin UMNO yang terlibat,”katanya.

Mengenai tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam, Azmin mempersoalkan tindakan tersebut yang dilakukan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Kami harus menerima keputusannya dan terpulang kepada beliau untuk memilih parti yang akan disertai.

“Kami telah memberi peluang kepadanya untuk bertanding atas tiket Keadilan pada tahun 1999 namun, gagal dalam pilihanraya itu,” katanya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengakui, tindakan keluar parti oleh beberapa pemimpin PR kebelakangan ini didalangi oleh pihak tertentu.

“Tindakan keluar parti ini berlaku hampir dengan perjalanan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Pasti ada dalang di sebalik ini semua,” katanya.

Sumber: Sinarharian

Isnin, April 19, 2010

Peruntukan Baiki Bumbung Melebihi Kos, Syak Umno-BN Salur Ke Kempen

HULU SELANGOR 19 APR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad bimbang peruntukan bagi membantu rakyat yang kesusahan, diseleweng Umno Barisan Nasional dan disalur sebagai dana kempen pilihan raya.

Ia berikutan jumlah peruntukan yang digunakan bagi membaiki bumbung penduduk Bukit Beruntung melalui program Juara rakyat, lebih besar dari kos sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan kos membaiki bumbung bagi 52 blok rumah ialah RM17 juta.

Bagaimanapun, pengiraan Iskandar mendapati kos anggaran untuk proses pembaikan ini hanya kira-kira RM10.2 juta.

“Saya mempertikai ke manakah perginya RM7 juta lagi yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan. Katalah mereka mengecat setiap blok, kos untuk mengecat setiap blok hanyalah lebih kurang RM40,000.

"Ini bermakna kos keseluruhan adalah RM13 juta sahaja, bermakna ada RM4 juta yang tidak tahu ke mana perginya,” katanya pada program merasmikan perpustakaan desa di Ulu Bernam di sini, hari ini.

Kata Iskandar, kerajaan negeri memiliki pengalaman membaik pulih 2 bumbung rumah yang anggaran kosnya adalah RM200,000 satu bumbung.

Beliau berkata, kos bagi setiap bumbung apabila melibatkan 52 blok pasti akan lebih murah berbanding membaiki satu blok.

Iskandar bimbang lebihan kos membaiki 52 blok itu diseleweng dan digunakan bagi menampung perbelanjaan kempen Umno BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor

“Kita mengalu-alukan mereka hendak baik pulih bumbung-bumbung. Tetapi pastikan segala peruntukan itu disalur kepada rakyat, bukan digunakan untuk mengkayakan kroni-kroni atau tujuan politik,” katanya.

Sumber: TVSelangor

Cermin Kereta Pecah DiBaling Botol, Ketua AMK Sabak Bernam Lapor Polis

HULU SELANGOR 19 APR: Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis berikutan perbuatan liar penyokong Umno Barisan Nasional yang membaling botol dan batu serta objek lain hingga menyebabkan cermin kerata pecah dan badan kenderaan itu kemek.

Kejadian pada 17 April lalu itu berlaku terhadap kereta yang dinaiki oleh Ketua AMK Sabak Bernam, Muhammad Abdul Razak bersama tiga rakannya ketika dalam perjalanan ke satu majlis penerangan.

Tindakan itu jelas berlawanan dengan semangat demokrasi sebaliknya menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa tertentu apabila melibatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Masa pemilihan calon jam 11 pagi, kami melalui jalan masuk Kuala Kubu Bahru, jalan tutup. Polis mengarahkan kami melalui jalan penyokong BN. Setibanya di hadapan penyokong BN, kami terperangkap dan terus diserang.

"Ketika itu, polis ada di kiri kanan kami tapi mereka seolah-olah membiarkan penyokong BN menyerang kami, semata-mata kami ada lambang. Kami berasa tidak selamat walaupun ada pihak berkuasa," kata Muhammad.

Menceritakan kejadian itu di markas PKR Kuala Kubu Bharu, Muhammad kesal kerana kejadian itu berlaku ketika ada lebih 4,000 anggota polis di Hulu Selangor, kononnya bagi menjamin keselamatan rakyat.

Beliau sebaliknya terkilan kerana polis tidak bertindak terhadap samseng-samseng upahan ini dan mendesak pimpinan Umno BN supaya bertanggungjawab berikutan kejadian berkenaan.

"Kami mahu pihak BN bertanggungjawab. Kejadian itu seolah-olah ada satu kumpulan yang sengaja mencari mangsa. Kali ini, kami yang kena," katanya lagi.

Sumber: TVSelangor

Kaki botol: Sudah sampai tahap fitnah

KUALA LUMPUR, 19 April: Umno melalui rakan-rakan blogger mereka nampaknya secara bersungguh-sungguh benar mahu mengaibkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan tuduhan kaki botolnya.

Namun, apa yang dibuat oleh mereka keterlaluan sehingga sanggup membuat gambar palsu bagi membuktikan tuduhan mereka.

Walaupun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein menafikan Umno terlibat dengan tuduhan itu, tetapi akhbar Umno sendiri antara yang terlibat dengannya secara langsung.
(Gambar kiri yang disiarkan oleh blogger Umno manakala gambar kanan adalah gambar asal yang menjadi sumber gambar ini)

Ia disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia Ahad lepas dengan berselindung di sebalik cabaran dari Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Ekoran dakwaan muka depan Mingguan itu para blogger Umno berbondong-bondong kononnya menyahut cabaran Azmin untuk membuktikan Zaid kaki botol.
(Gambar kiri adalah gambar yang disiarkan oleh blogger Umno manakala kanan adalah gambar asal Zaid )

Dalam laman ini adalah dua gambar yang disiarkan oleh para blogger Umno ini kononnya ia adalah bukti Zaid sedang minum arak padahal ia hanya gambar yang dibuat semula secara palsu.
Di siarkan juga gambar asal yang di'super impose'kan oleh para blogger ini atas dasar untuk memberikan bukti kepada Azmin, ini dia buktinya.

Sumber: harakahdaily

Jadual DSAI & Calon PRK HuluSgor 19/4:

8mlm di Dewan Orang Ramai Kg Dato' Harun Serendah;

10mlm di Pdg Bola Ampang Pecah KKB; 11mlm Dwn Orang Ramai Kalumpang.

Kedatangan Beruk BN tidak dialu-alukan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahad, April 18, 2010

Sikap Berat Sebelah Polis Amat Nyata Sokong Umno-BN

KUALA KUBU BAHARU 18 Apr - Pakatan Rakyat sudah lali dengan ketidakadilan pihak berkuasa yang bersikap berat sebelah serta tindakan anggota polis yang boleh dianggap 'lebih lajak daripada laju' atau 'lebih sudu daripada kuah' kata Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail.

"Suruhanjaya Pilihan Raya telah memperuntukkan seratus pas bagi parti yang bertanding iaitu 100untuk KEADILAN dan 100 untuk Barisan Nasional tetapi hakikatnya kehadiran di dalam kawasan penamaan calon itu ialah satu nisbah empat, satu KEADILAN dan empat untuk BN.

"Ini jelas menunjukkan bagaimana pihak yang menguatkuasakan dan mengeluarkan pas, mana-mana pemimpin daripada PAS, DAP atau KEADILAN yang mengiringi calon, polis menghendaki mereka menunjukkan pas masuk tetapi di pihak BN dibenarkan masuk dengan sewenang-wenangnya," kata Saifuddin dalam nada kesal mengenai karenah pihak birokrasi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Semasa hari penamaan calon yang berlangsung semalam, pihak polis meneliti setiap pemimpin Pakatan Rakyat yang ingin masuk ke dalam pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor hingga menyebabkan beberapa pimpinan termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ketua Parliem DAP, Lim Kit Siang serta dua Exco Selangor, Ronnie Liu dan Teresa Kok dihalang masuk.

Walau bagaimana pihak polis dengan mudah membenarkan beratus-ratus pemimpin dan penyokong masuk tanpa sebarang pemeriksaan pas.

Sumber: Suarakeadilan

Umno Upah Gengster Ugut Pengundi Di Hulu Selangor

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA KUBU BAHARU 18 Apr - Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan Umno-Barisan Nasional menggunakan apa sahaja cara bagi memenangi pilihan raya 25 April depan termasuk mengupah gengster bagi mengugut dan menakutkan penyokong Pakatan Rakyat.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin, pilihan raya kali ini paling penting buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menggunakan seluruh jentera dan aparat kerajaan bagi memastikan kemenangan BN.

Ini termasuk menghantar gengster dari pertubuhan-pertubuhan yang tidak berdaftar.

"Seperti biasa ada pertubuhan silat yang dibayar, dan pertubuhan yang tak didaftar dibayar untuk menimbulkan kekecohan. Ini pilihan raya yang paling mahal sekali.

Menggunakan gengster ini memang kerja Umno dan Barisan Nasional. Saya menjangkakan akan lebih teruk dan parah lagi," kata Badrul atau CheGuBard.

Beliau mengulas kejadian keganasan yang dilakukan oleh penyokong Barisan Nasional yang menyebabkan berlaku ketegangan di sebuah padang berdekatan pekan Kerling, Kuala Kubu Baru semalam.

Kejadian pada hari pertama kempen pilihan raya selepas penamaan calon itu berlaku apabila pemuda BN didakwa bertindak membaling botol berisi air ke arah hadirin yang hadir untuk mendengar ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

Saksi melihat sebanyak tiga hingga empat botol dibaling oleh pemuda BN itu ke arah hadirin yang berulang-alik di situ.

Tindakan provokatif itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan 30 hingga 40 orang pemuda BN yang berada di pondok panas mereka yang terletak bersebelahan dengan padang berkenaan.

Kejadian berlaku sejurus ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ceramahnya kira-kira jam 11.15 malam.

Justeru itu, Badrul meminta seluruh pengundi dan jentera Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bertenang dan tidak melayani sebarang bentuk provokasi yang dilakukan kumpulan gengster berbayar tersebut.

"Paling penting ialah kita perlu dekati terus pengundi dan biarkan mereka terus dengan gengster berbayar mereka," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan.

Beliau juga meminta beribu anggota polis yang bertugas di Hulu Selangor supaya menunjukkan kesungguhan untuk menjamin keamanan dan keselamatan pengundi di kawasan itu.

"Kita tak nak peristiwa di Bagan Pinang berulang, pertumpahan darah dan sebagainya. Bagan Pinang merekodkan di hadapan mata saya pemandu Ketua Polis Negeri ditumbuk Pemuda Umno dan oleh kerana ia berkait dengan Pemuda Umno, maka kes itu ditutup. Ada pertubuhan silat dibayar dan seperti biasa, gangster ini akan digunakan sepenuhnya," jelas beliau lagi.

Sumber: Suarakeadilan

Pengundi mengadu ditukar tempat mengundi

HULU SELANGOR 18 APR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.

"Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.

"Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh," katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.

Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.

Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.

"Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang," katanya.

"Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.

"Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali," katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.

Sumber: TVSelangor

BN terpaksa kempen guna kugiran dan derma

Berita RTM menyiarkan laporan kempen Muhyiddin di Kuala Kubu.

Diatas pentas kelihatan alat muzik.

Perlu ada pemberian sumbangan dan muzik untuk meramaikan majlis.

Apa agaknya yang ada di dalam kepala pemimpin BN? Mundur atau masih seperti zaman dulu. Mungkin dah ketandusan idea sehingga terus menggunakan kaedah yang sama sejak zaman 60an dulu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jadual kempen calon PRK Hulu S'gor 18 April

- 5pm di Walkabout Ladang Kerling;

- 9mlm. Di Ceramah Tmn Dahlia Bkt Beruntung;

- 11mlm. Di Ceramah Dwn Serbaguna Ulu Yam, Serendah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kamalanathan Saudara Samy Vellu? Umno Hulu Selangor Tertipu

Menurut sumber tidak rasmi, calon Barisan Nasional, kamalanathan yang juga merupakan Ketua Penerangan pusat MIC itu sebenarnya mempunyai hubungan talian persaudaraan dengan Samy Vellu.

Maka tidak hairan jika Samy bersetuju sekali gus menepikan Palanivel, Mugilan dan calon Umno kerana jelas kenapa semasa penamaan calon, Samy gembira dan tidak gusar kerana calon tersebut merupakan proksinya dan dalam hal ini pemimpin dan penyokong Umno dan MIC tertipu dengan helah politik demi survival politik mereka.

Kesian pada pemimpin Umno kerana mereka ini sudah kena tipu hidup-hidup oleh Samy dan tidak terkecuali pengundi di Hulu Selangor jika mereka masih lagi 'ada hati' untuk mengundi BN nanti.

TIPAH TERTIPU...........UMNO TERTIPU....MIC TERTIPU....MCA TERTIPU

Pakatan Rakyat Terus Mara Walau Ditimpa Ketidakadilan

HULU SELANGOR 17 APR: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution optimis Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor walaupun banyak ketidakadilan ditimpakan kepada gagasan ini

Baik isu kekerasan polis mahupun sikap berat sebelah suruhanjaya pilihan raya (SPR), beliau menyatakan pimpinan Pakatan rakyat sudah lali dengan suasana sedemikian tetapi tetap mencapai kemenangan.

Biarpun dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ketidakadilan setiap kali pilihan raya berlangsung, Pakatan rakyat sedia berdepan dan menyahut cabaran itu kerana ini bukan pertama kali Pakatan Rakyat diuji sedemikian.

"Kata orang Kedah, kita sudah mangli dengan ketidakadilan. Ketidakadilan ini bukan perkara baru tetapi perkara yang berulang kali berlaku," katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Antara ketidakadilan yang berlaku pada hari penamaan calon kali ini ialah tindakan keras polis terhadap pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat, namun ia bukan sesuatu yang membimbangkan Saifudin.

Antara ketidakadilan itu ialah kekerasan polis terhadap pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, selain kawalan ketat terhadap pimpinan Pakatan Rakyat yang diperiksa pas sedangkan BN sebaliknya.

Malah, Ahli Parlimen Machang itu yakin provokasi sebegini langsung tidak menjejaskan fokus pimpinan terhadap kempen pilihan raya kecil parlimen hulu Selangor.

"Kita bertuah kerana kaya pengalaman berdepan dengan ketidakadilan segelintir polis. Ketidakadilan ini turut berlaku dalam proses penamaan calon kali ini, turut melibatkan SPR," katanya.

Berikutan rentetan ketidakadilan berterusan itu, Saifudin membuat kesimpulan begini: "Ketidakadilan sudah menjadi darah daging mereka".

Sumber : TV Selangor

Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat


Tanpa belas kasihan, para pekerja Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama anggota Rela meroboh satu demi satu rumah penduduk yang rata-ratanya miskin dan daif bermula 12 April lalu yang dijangka berakhir 24 April ini.

Paling menyedihkan kakitangan DBKK dan Rela tergamak meroboh sebuah rumah ketika  penghuninya sedang menikmati juadah makanan mereka.- seterusnya KLIK SINI


Orang kito