Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, September 24, 2009

Bila terlepas cakap...siapa yang berbohong???2 kali 5

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di dalam usaha mengejar glamour untuk memulihkan imejnya yang banyak tercalar akhirnya terperangkap dengan ucapannya sendiri.

Pada awalnya Bernama melaporkan Musa Hassan berkata Menteri Kabinet adalah antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sebuah laman web baru-baru ini.

"Polis akan memanggil mereka yang dipercayai terlibat termasuklah menteri," katanya kepada pemberita selepas selesai melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini pada Rabu.

Tiba-tiba keluar satu lagi berita oleh Bernama pada sebelah malamnya menyatakan Musa Hassan menafikan laporan berita yang memetik beliau sebagai berkata bahawa ada menteri akan dipanggil bagi membantu siasatan kes penyiaran dan penyebaran Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bukit Aman dalam satu kenyataan di sini menjelaskan bahawa Musa tidak pernah menyatakan bahawa menteri akan dipanggil bagi tujuan itu ketika menghadiri satu majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pagi ini.

"Apa yang beliau (Musa) katakan adalah saksi atau individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dan kenyataan mereka diambil," kata Penolong Pengarah Pengurusan bagi Hal Ehwal Awam ACP Lai Yong Heng dalam kenyataan itu.

Samada Bernama atau Bukit Aman (Musa) atau kedua-dua adalah pendusta.

Pemuda umno pertahan calon rasuah....dulu kini dan selamanya

Pemuda pertahan Isa calon B Pinang

Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Okt ini.

Walaupun ada ura-ura yang menyatakan Isa tidak cukup berwibawa kerana pernah diambil tindakan disiplin parti atas tuduhan politik wang, perwakilan melihat hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson, katanya.

“Kami tidak melihat sebarang masalah yang timbul jika beliau dicalonkan kerana ini merupakan komitmen pada peringkat jentera parti dan komitmen yang diberikan oleh peringkat akar umbi kerana beliau mesra dengan masyarakat,” katanya kepada Bernama di Port Dickson hari ini.

Beliau mendakwa bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati para penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

“Saya tak nampak bahawa isu-isu yang menjadi rekod Isa akan menjadi satu liabiliti kepada Umno dan BN dalam menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini,” katanya.

Beliau memberi contoh mantan presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah diambil tindakan disiplin oleh allahyarham Tuanku Abdul Rahman kerana menulis buku Malay Dilemma.

“Akibat desakan yang kuat dari akar umbi, perdana menteri kemudian allahyarham Tun Abdul Razak membawa masuk Mahathir kembali dan beliau akhirnya muncul sebagai pemimpin yang hebat,” katanya.

Katanya, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti,” katanya.

Jika parti menolak suara perwakilan, beliau khuatir Umno akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas. BERNAMA

Ahad, September 20, 2009

alkisah kluk klek dan flip flop

J/K pusat MCA batal pemecatan Chua

Jawatankuasa Pusat MCA (CC) hari ini mengubah keputusan Majlis Presiden pada 26 Ogos lepas untuk memecat timbalan presiden Datuk Dr Chua Soi Lek dari parti itu.

Sebaliknya, CC menggantung keahlian Dr Chua selama empat tahun berkuatkuasa serta merta.

Sebelum ini, Majlis Presiden MCA mengesahkan syor jawatankuasa disiplin parti itu supaya Chua dipecat ekoran skandal video seks didakwa telah mencemarkan imej parti itu.

Keputusan itu telah mendorong penyokong Chua untuk melancarkan kempen mengutip tandatangan para perwakilan parti itu, mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membatalkan pemecatan Chua dan mendesak supaya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat meletak jawatan.

Mereka berjaya mendapat tandatangan satu pertiga atau lebih 800 perwakilan seperti yang diperlukan untuk mengadakan EGM tersebut.

Kejayaan mereka itu dilihat sebagai satu isyarat bahawa ramai perwakilan dan ahli akar umbi MCA yang tidak menyokong pemecatan timbalan presiden MCA itu.

Para pemerhati politik menyifatkan keputusan jawatankuasa pusat membatalkan keputusan majlis presiden itu sebagai satu usaha untuk meredakan krisis yang melanda parti komponen kedua terbesar dalam BN itu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri telah menasihatkan pucuk pimpinan MCA supaya segera menyelesaikan krisis dalaman parti itu kerana ia turut menjejaskan BN.

Najib kini sedang berusaha untuk memulihkan sokongan kepada BN yang kalah teruk dalam pilihanraya umum tahun lalu di mana ia terlepas lima negeri kepada pembangkang serta hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Orang kito