Dr Khir sememangnya berangin satu badan dengan kenyataan Noh Omar yang senantiasa NBA iaitu (Nafi , Benak , Angkuh) dalam membuat kenyataan dalam akhbar arus perdana.Noh Omar mengatakan bahawa ;
Kenyataan #1
" adding that he (Noh) had brought him into politics and supported his appointment as menteri besar in 2000." laporan bernama.com 21 Feb 2010
" Saya yang membawa dia ke dalam politik dan menyokong dia sebagai menteri besar pada tahun 2000 "
ternyata menunjukkan keangkuhan Noh Omar yang memperkecil Dr Khir , seakan-akan beliaulah yang membawa Dr Khir ke dalam politik , kalau tidak Dr Khir tidak akan menjadi Menteri Besar.Dalam kenyataan lain Noh Omar mengatakan ;
Kenyataan #2
""After Dr Khir became the menteri besar, I made way for him to be Tanjung Karang Umno division chief in 2001, although I was then the division's deputy chief. Dr Khir was then the division's Youth chief." laporan bernama.com 21 Feb 2010
"Selepas Dr Khir menjadi menteri besar , saya beri laluan kepada dia untuk menjadi Ketua Bahagian Tanjung Karang pada 2001 , walaupun saya Naib Ketua Bahagian.Dia hanyalah Ketua Pemuda saja."
dengan angkuh Noh Omar mengatakan bahawa dialah yang lebih layak untuk menjadi Ketua Bahagian kerana dia Naib Ketua Bahagian tetapi dia memberi laluan kepada Ketua Pemuda kerana 'hormat' kepada Dr Khir sebagai MB.
jelas kedua-dua kenyataan tersebut menambahkan lagi kekeruhan di dalam UMNO Selangor yang rata-rata mengetahui antara faktor kurang peruntukan di dalam UMNO Selangor , perang dingin Noh Omar dan Khir Toyo merupakan antara punca utama keretakan dan ditambah dengan sinar Shukor yang pasti menggelisahkan kedua mereka.
Dr Khir yang mengambil tindakan untuk tidak membuat kenyataan balas sebaliknya hanya berdiam diri menunjukkan yang keangkuhan Noh Omar sudah tidak dapat dibendung lagi oleh akar umbi UMNO Selangor.Cukuplah dengan Ketua Pemuda UMNO Selangor yang masih di bawah telunjuk Khairy yang tidak tahu sampai bila akan menjadi Ketua.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar arus perdana itu yang cuba menggambarkan bahwa hubungan Noh Omar-Dr Khir masih baik sebenarnya menambahkan lagi kekeruhan untuk mereka.Ini semua gara-gara NAFI , BENAK Dan ANGKUH.
tawanmalaysia.com