Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Februari 22, 2010

Bila UMNO Terlupa Dirinya Pembangkang Di Selangor

Nampak gayanya Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar terlupa walaupun sudah hampir dua tahun Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Selangor sedangkan UMNO sebagai pembangkang di dalam DUN Selangor.

Dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shuhaimi Shafiei yang mendakwa UMNO Selangor berpecah kepada dua kem sememang ada kebenarannya apabila Noh dalam ura-ura melantik orang-orangnya untuk menjatuhkan Khir Toyo pada pilihanraya akan datang.

Tambahan pula Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam proses merealisasi Janji PRU12 dengan melaksanakan program untuk rakyat yang benar-benar menakutkan UMNO.

Penyerahan geran tanah kepada penduduk kampung, membaikpulih projek-projek rumah terbengkalai tinggalan UMNO, melaksanakan Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor yang mana mungkin dilaksanakan UMNO yang telah memerintah hampir 50 tahun menjadi mimpi ngeri pemimpin UMNO yang bakal terkubur selamanya di Selangor.

2 ulasan:

  1. bukan lupa tapi bebal totok buta kayu..

    BalasPadam
  2. Tak baik kutuk-kutuk orang mcm tu. Orang totok ni ada je, sama ada dalam pembangkang mahu pun umno.

    http://an-nawawi.blogspot.com

    BalasPadam

Orang kito