Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Oktober 10, 2009

terkini...provokasi pemuda umno jam 6.00 petang tadi
















Suasana terkini dari markas pas bagan pinang










Gambar ehsan dari pinkturtle2.wordpress.com

Siasat saya dan siasat mereka....


Polis perlu juga siasat pemimpin BN yang punya ‘kekayaan melampau’

PORT DICKSON – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu.

Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki ‘kekayaan melampau’

“Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya.

“Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa ‘master accounts’ dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

“Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya.

Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999.

Diminta mengulas peluang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Anwar yakin dapat menembusi kubu kuat BN kerana sokongan yang ditunjukkan pengundi di situ amat baik sekali.

lagi update dan gambar ceramah anwar di Batu 4 semalam














Sah. 279 bekas ahli UMNO telah menyertai PKR di DUN Bagan Pinang malam tadi.

Pak Ngah Zainal yang sudah 15 tahun berada dalam UMNO malam ini membawa bersama-sama nya 278 lagi ahli UMNO untuk menyertai PKR. Beliau telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada YB Azmin dengan di saksikan oleh TGNA, DSAI, Datuk Kamarul Bahrin, YB Titiwangsa Dr Lo Lo, Bendahari Agung PKR William Leong, Che Gu Bard, Shamsul Azhar dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.

Upacara penyerahan borang tersebut saksikan oleh kira-kira 2,000 penyokong yang membanjiri sekitar rumah Pak Ngah Zainal untuk mendengar ucapan dari pemimpin tertinggi PR.

Acara dimulakan dengan ucapan oleh Prof Shahril dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO dan diikuti dengan Dr Lo Lo, Sdra William Leong, calon Pas Bagan Pinang, Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Bahrin dan DSAI dengan seterusnya menerima borang permohonan keahlian dari Pak Ngah Zainal.

Selepas menerima borang-borang keahlian baru dari Pak Ngah Zainal, DSAI meninggalkan majlis untuk ke satu lagi ceramah di Bt 9 Jln Pantai, iaitu di Bangunan DAP. Selepas DSAI, TGNA pula mengambil tempat dengan pesanan-pesanan nya yang cukup memberi erti buat yang mendengar.

Alhamdullillah, setakat jam 11.15 semasa saya meninggalkan majlis, segala-galanya berjalan dengan lancar, tanpa ada lagi gangguan dari samseng-samseng seperti apa yang berlaku malam tsebelumnya semasa ceramah di markaz Ulama'.

Jumaat, Oktober 09, 2009

terlatest...sekitar ceramah anwar di Batu 4 Bagan Pinang













Lautan manusia dan meriah sekali keadaan di kawasan ceramah Pakatan Rakyat

Pemuda umno mengaku bawak masuk samseng ke bagan pinang


BAGAN PINANG, 9 Okt - PAS cukup yakin keganasan yang berlaku dalam siri kempen pilihanraya kecil N31 ini dilakukan oleh sekumpulan samseng pemuda Umno berdasarkan kenyataan pemimpin pergerakan tersebut.

“Berdasarkan kenyataan daripada Penolong Setiausaha dan Exco pergerakan itu yang berkata bahawa, mereka memang membawa pemuda Umno yang dilatih ala-ala komando kesini,” jelas Salahuddin pagi tadi.

Semalam lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dilaporkan dipukul dan ada yang ditetak dangan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kaiat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

“Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas,” ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

“Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni,” ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.

Menurutnya, kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.

Mereka juga yakin tindakan penyokong Umno tersebut sebgai terdesak dan cuba memerangkap pemuda PAS agar bertindak agresif bagi dijadikan modal kempen mereka.

Sepertimana yang berlaku di Permatang Pasir, sekumpulan pemuda Umno yang berseragam ‘Kesatria Pemuda Umno’ itu sudah pun dilihat ada.

http://prkn31baganpinang.pas.org.my

Video kempen dan rasuah umno di dalam kem tentera

Giliran SPR pula menakut-nakutkan penyokong PR


Pelancong, penyokong elok tidak ke Port Dickson: SPR

Pelancong dan penyokong parti politik tidak digalak berkunjung ke bandar peranginan Port Dickson Ahad ini bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada hari pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi DUN Bagan Pinang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul AZiz Mohd Yusof berkata jika berlaku kesesakan maka ia akan menimbulkan kesusahan kepada pengundi untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Saya berharap pemimpin parti dapat memaklumkan kepada penyokong masing-masing mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran SPR di Putrajaya hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan persaingan antara calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad dan Pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar.

Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi di kawasan itu agar tidak berasa takut untuk keluar mengundi kerana polis telah memberi jaminan mengenai keselamatan pada hari berkenaan.

Mengenai dakwaan PAS bahawa ahli Pergerakan Pemuda Umno melakukan serangan ke atas markas mereka, beliau berkata setakat ini, SPR tidak menerima sebarang laporan rasmi sama ada daripada polis atau pihak lain.

"Saya hanya tahu perkara ini melalui media massa dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pembangkang.

Katanya beliau belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu dari SPR negeri. BERNAMA

Ahli UMNO Masuk PR beramai-ramai di Bagan Pinang

DIKHABARKAN ceramah perdana DS Anwar Ibrahim bersama tokoh utama Pas dan DAP yang bakal berlangsung malam ini di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson akan memberi pukulan KO pada Umno. Setelah terbukti Muhyiddin begitu kecut untuk menyahut cabaran dari AMK untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan DS Anwar, malam ini DS Anwar akan membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya dan siapa tokoh rasuah yang diangkat oleh Umno sebagai calon mereka.

Lebih menarik lagi, dikatakan pada malam ini satu pengistiharan beramai-ramai ahli Umno menyertai PAS dan PKR. Umno kini mulai semput hasil dari kerja kotor mereka sepanjang kempen berjalan. Undi pos dari tentera belum tentu menjadi milik Umno walaupun dikhabarkan SPR telah menggunakan daftar pemilih undi pos yang berlainan dari daftar yang dikemukakan pada hari penamaan calon. Warga tentera di sekitar Port Dickson telah melihat dengan kepala mata mereka sendiri betapa kurang ajarnya puak-puak yang berkempen. Dalam satu kejadian dilaporkan seorang penyokong PAS telah diselamatkan oleh sekumpulan tentera dari dipukul oleh puak-puak gila babi itu.

PR mestilah terus berusaha siang dan malam untuk berkempen sehingga ke titisan darah terakhir jika puak mereka memerlukan darah kamu sebagai korban. Port Dickson memang terkenal satu ketika dengan penternakan babi di Bukit Pelandok di mana Virus JE tercipta di situ. Kini, di bumi Port Dickson virus `gila babi’ pula muncul dengan beberapa kumpulan diserang oleh virus ini mengakibatkan mereka merasuk dan mengamuk umpama babi yang gila.

PAS terutamanya mestilah merawat virus ini seberapa segera. Kesihanlah kepada mereka yang dijangkiti virus ini dan Port Dickson mestilah diselamatkan. Tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit `gila babi’ seperti ini melainkan dengan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Kempen sehingga ke saat terakhir amat penting kerana mereka tidak akan tidur lena sehingga mereka dapat memenangi pilihanraya kecil kali ini. Kemenangan penting buat mereka kerana ianya umpama sehelai kain sarung yang boleh menutup `kemaluan’ mereka setelah mereka di`telanjangkan’ di dalam 7 pilihanraya sebelum ini. -Wfauzdin

Pengakuan ikhlas anggota FRU tentang undi pos

Malam tadi ketika berlaku kekecohan, saya sempat sembang dengan salah seorang anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ketika anggota yang lain meleraikan provokasi yang dilakukan oleh UMNO/BN. Ketika sedang bersembang berdekatan dengan kenderaan ‘Land Rover’, saya sempat bertanyakan anggota polis mengenai pembuangan undi yang akan berlangsung 11 Oktober ini.

Semasa bersembang dengan anggota polis tersebut, saya bertanyakan beliau tentang pembuangan undi. Beliau berkata, semenjak menjadi anggota polis tidak pernah lagi melihat kertas undi terutama undi pos dan beliau berkata bahawa orang atasan menyuruh semua anggota polis untuk tidak dalam aktiviti pembuangan undi.

Jika ada pun, alasan yang diberikan oleh pegawai tertinggi adalah bahawa jika kamu jadi polis maka kamu perlu memilih BN dan undi kamu telah diuruskan. Mana perginya hak demokrasi seorang anggota polis? Hantu manakah yang memangkah bagi pihak beliau. Semasa bertugas pun beliau tidak dibenarkan terlibat dengan politik malahan hanya bersifat neutral. Beliau tidak memihak pada mana-mana parti. Beliau akan buat keputusan terlebih dahulu siapa yang bersalah dan tidak akan bersifat melulu seperti kebanyakan anggota polis yang lain.

Renungkanlah apa yang diluahkan oleh seorang anggota polis kepada saya. Hak mengundi pun mereka dinafikan. Mereka bekerja kerana ikut arahan tetapi akan dikambing hitamkan jika perlu. Polis sudah menjadi seperti anjing yang mana bila disuruh bertindak dan disuruh diam patuh pada arahan.

Akan menyusul dengan isu lebih menarik...

Catatan : Kijang59

Sumber :mutaligat.blogspot.com

tiada bezanya...perangai tak senonoh!!!

DI INDONESIA...BAKAR BENDERA MALAYSIA


DI MALAYSIA...BAKAR BENDERA DAN BANNER PAS


Apa bezanya kedua-dua penyokong ini...tiada beza....hanya boleh kata, Bodoh...Bangang dan Bengong...Tahniahlah pada 1Malaysia

umno tertekan...Bagan Pinang bagai zon perang!!!






Pagi itu juga tersebar sms :-

Sebarkan, 5 orang pemuda gombak dipukul dan masuk hospital,markas pas dikepung, kita kurang petugas, umno tunjuk samseng, bantuan petugas diperlukan. Sila hadir segera. Bendera pas dibakar ditiang, Bgn Pinang kecoh seketika kerana kita x ramai? Kereta pemuda kelantan dihalau keluar dari pd dan kita simpan dirumah selangor. Kamarul s/u pandan

Penghuni rumah johor juga kena malam tadi. Doakan keselamatan kami disini. PRK paling panas.

Sejarah ganas pilihanraya kini berulang kembali, peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Gul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Sehingga malam tadi juga samseng-samseng masih bermaharaja lela di Bagan Pinang dengan provokasi melampau dalam keadaan mabuk arak dan bersenjatakan parang dan pisau menakut-nakutkan orang ramai yang lalu lalang dan berani datang kemarkas PAS.

Inilah budaya bacul orang terdesak untuk menang yang diajar oleh pemimpin-pemimpin Umno kepada pengikut-pengikut mereka sehinggakan mereka tidak sedar kejahilan mereka sendiri yang tidak kenal dosa pahala.

Apakah kita semua sanggup untuk berjihad memenangkan Islam dan PAS dan melawan syaitan taghut bernama UmnoBN.... -pasjohorbahru

umno/bn pikat pengundi dengan amoi seksi di bagan pinang






Dulu di Bukit Gantang...Sekarang Di Bagan Pinang pula.... umno yang tak sudah-sudah dengan politik wang dan perempuan untuk meraih undi....

Gambar ceramah Tok guru Nik Aziz bersama Lim Guan Eng






Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyeru anggota tentera yang terlibat dalam pengundian pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, 11 Oktober ini bertindak sebagai perwira yang gagah perkasa di medan tempur, berani menentang rasuah, kezaliman dan parti yang menolak Islam dengan mengundi calon PAS.

Tok Guru dalam satu perutusan khas kepada pengundi Bagan Pinang, meminta pengundi pos di kalangan tentera membuktikan slogan "satu peluru satu musuh" diamalkan dengan tidak membazirkan walau satu undipun untuk menzahirkan kebenaran.

"Sebagaimana kita gunakan jari untuk memangkah, hanya satu picu ketika melepaskan satu das tembakan kepada seorang musuh, maka gunakan satu undi yang ada pada setiap orang dari tuan-tuan (tentera) untuk diberikan kepada parti bulan," tegas beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Katanya, dengan satu undi itu, para pengundi pos boleh berkata dengan tegas di akhirat nanti bahawa "Ya Allah aku sewaktu di Bagan Pinang dahulu telah mengundi sebuah gerakan Islam untuk mendaulatkan Islam." Oleh itu undilah PAS, undilah Islam dan Pakatan Rakyat demi kebahagiaan di akhirat, tegas beliau.

Tok Guru Nik Aziz berkata, dalam medan perang anggota tentera memburu dan memerangi musuh, dan dalam pilihan raya pula, mereka hanya perlu menolak parti sekular.

Sesungguhnya gerakan dan ugutan dari Umno sudah tidak ditakuti oleh rakyat. Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak telah berani bersama PAS," ujarnya lagi.

Beliau bertanya, kenapa nak disusahkan dengan soal pembangunan sedangkan duit membuat pembangunan itu adalah duit rakyat dan bukannya duit BN. Maka menjadi tanggungjawab siapa yang memerintah, akan buat pembangunan untuk rakyatnya.

"Jika dalam perang kita guna senapang, dalam pilihan raya kita guna pensil dan kalam. Kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawat dan perbarisan, peluru dan senjata, senapang dan M16. Termasuk juga bom, letupan, jip, trak, kereta kebal, dan kapal selam.

Khamis, Oktober 08, 2009

terlatest dan terkini dari kem umno bagan pinang...

Malam ini selepas ceramah tok Guru Nik Aziz, sumber dalaman umno yang boleh dipercayai memberitahu pada malam ini sekitar jam 12.00 t/malam hingga 5 pagi ini.

Mereka telah mengupah jentolak dan samseng upahan untuk merobohkan bangunan markas DAP di BATU 9, BAGAN PINANG.

Sila ambil perhatian dan tingkatkan tahap berjaga-jaga di seluruh markas Pakatan Rakyat di seluruh Bagan Pinang.



Seruan kepada pemuda seluruh malaysia yang cintakan ISLAM dan keamanan....

Bersama-sama kita pertahankan kepimpinan ulamak di Bagan Pinang

BAGAN PINANG....UNDILAH UNTUK PERUBAHAN



INILAH PILIHANRAYA KECIL TERBURUK DI ANTARA PRK KECIL YANG DIADAKAN....
UMNO MAKIN TERDESAK!!!

Info tekini dari sumber dalaman umno di Bagan Pinang!!!

Terkini berita yang diperolehi daripada sumber-sumber yang soheh dan boleh dipercayai dari pihak dalaman umno.

Mesyuarat UMNO jam 5.00 pagi tadi (08/10/2009) memutuskan untuk membuat kacau di Markas DAP, Batu 9. Malam ini dan sehingga hari pengundian Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat harus meningkatkan tahap keselamatan dan harus berjaga-jaga kerana Pemuda UMNO akan membuat gangguan kekerasan terhadap ceramah-ceramah DAP dan PAS serta keutamaan akan diberikan kepada Markas DAP.

Sumber juga memberitahu, Pemuda UMNO akan membuat kacau secara berterusan sehingga hari pengundian.

Gangguan akan diperhebatkan lagi semasa ceramah DSAI esok (09/10) dan lusa (10/10).

Sumber adalah ahli umno yang tidak sanggup melihat perlakuan ahli umno yang bertindak seperti binatang dan tanpa batasan undang-undang.


Pada Petugas PAS dan Pakatan Rakyat sila tingkatkan tahap keselamatan di kawasan ceramah dan Markas...Sila hubungi dan maklum pada pihak Polis dan SPR jika terlihat makhluk-makhluk umno berkeliaran dan mencurigakan di kawasan anda.

Salam....

lagi update dari peristiwa amuk pemuda umno semalam


Pencatat diberitahu dari beberapa sumber yang meyakinkan , puluhan petugas Pakatan Rakyat yang berada DUN Bagan Pinang telah dicederakan, malam tadi.

Ia dipercayai dilakukan oleh penyokong UMNO dan PEKIDA yang mengunakan kayu, topi keledar , pedang dan dan senjata bebentuk besi.

Diberitahu Y.B. Mujahid calon daripada PAS-Pakatan Rakyat juga turut cedera. Menurut sumber, 'bekas banduan UMNO' iaitu Tan Sri Isa Samad yang juga calon BN-UMNO telah membawa masuk samseng-samseng untuk membantu kempen beliau ala-mafia.

Turut rosak dalam kejadian itu puluhan kereta yang dirosakan dan dipecahkan cermin, pelbagai poster dan kain rentang milik PAS-Pakatan Rakyat.

Malah beberapa Markas-Bilikan Gerakan PAS-Pakatan Rakyat juga telah dirosakkan. Walaubagaimana pencatat masih mencari kesahihan sumber berita tersebut.


BAGAN PINANG, 8 Okt: Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Seorang Exco DPP, Suhaizan Kayat yang maklum berkenaan kejadian tersebut berkata, penyokong Umno BN terbabit tidak berpuas hati kerana mandakwa pemuda PAS telah menjatuhkan bendera dan kain rentang parti mereka.

Update...SMS dari Ketua Dewan PAS Pusat.....



Lagi gambar petugas PR dipukul di Sri Rusa hingga berdarah

SMS dari Ketua Pemuda PAS

Keadaan semakin kritikal di Bagan Pinang, Ramai petugas PAS dan Pakatan Rakyat dipukul dan terbaru malam semalam, markas Pemuda PAS Pusat di Bagan Pinang telah diceroboh dan dihalau keluar.

Demi Allah dengan nama jihad fi sabilillah, ana selaku pemegang amanah sebagai ketua DPPP mengerahkan seramai mungkin pemuda dari seluruh negara agar turun ke Bagan Pinang.

Raptai jam 9.00 malam ini di Markas dan akan dipimpin oleh ustaz Azman TKP untuk arahan kawalan keselamatan.

Sila sebarkan seluruh negara....

umno yang lapuk dek zaman...




Apa lagi yang boleh diharapkan dengan orang tua yang dah berusia 63 tahun...


Kaki dan tangan dah menggigil....


Rumah kata pergi....Kubur kata mari...mari laaaaa....
Sumber:kerabubersuara.blogspot.com

Petugas PAS pula dipukul petugas UMNO




Petang Tadi satu Insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan.Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.Beliau juga telah dibawa ke Hospital P.Dickson bagi menerima rawatan.

Selesai itu bertempat di Markaz Induk Pas Yb Salahuddin Ayub membuat satu sidang akhbar bagi menyatakan kekesalan Beliau berhubung apa yang berlaku.Mangsa juga akan membuat laporan Polis berhubung kejadian ini.
sumber:syaomel85.blogspot.com

Rabu, Oktober 07, 2009

Yang ini pulak, si topi merah pula jadi gurkha umno

Samseng umno buat kacau di bagan pinang...










Tahniah Najib....1Malaysia telah membuahkan hasil!!!


Pelajar bakar dewan, sabotaj PMR?

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di SMK Taman Johor Jaya 2 terganggu kerana sebahagian dewan sekolah itu terbakar pagi tadi dipercayai akibat perbuatan khianat seorang pelajar.

Seramai 75 calon terpaksa dipindahkan ke bilik kuarantin influenza A (H1N1) bagi membolehkan mereka mengambil peperiksaan itu.

Timbalan pengarah pelajaran negeri Markom Giran berkata kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi itu memusnahkan sebahagian kecil dewan itu termasuk peralatan pembelajaran di dalamnya.

"Kejadian itu hanya disedari oleh seorang pengawas peperiksaan yang datang ke sekolah berkenaan kira-kira pukul 6.25 pagi dan pada ketika itu api sudah hampir terpadam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Markom berkata kejadian itu dipercayai perbuatan khianat pelajar yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sekolah, dan ketika kejadian seorang guru sempat melihat kelibat seseorang melarikan diri dari tempat kejadian.

Perkara itu sudah dilaporkan kepada pihak polis, katanya.

Markom berkata 58,185 pelajar menduduki peperiksaan tersebut di 473 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Katanya, setiap pelajar diambil suhu badan mereka sebelum dibenarkan mengambil peperiksaan dan para pelajar turut dibekalkan dengan topeng penutup mulut. BERNAMA

alamak...sekali terkantoi pulak!!!








Cuba perhatikan gambar di dalam poster dan di dalam ceramah...
tak serupa tapi samakan....
UMNO cakap tak serupa bikin.......

Orang kito