Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, April 25, 2009

Perasmian Pejabat Rakan Komuniti TTDI Jaya

Dr Doorayah Alwi
Ketua Wanita PKR Bahagian Shah Alam



Orang ramai dijemput hadir ke majlis perasmian Pejabat Rakan Komuniti TTDI Jaya :-
Bertempat : No 14-1 Jln Opera G U2\G
Taman TTDI Jaya (berdekatan Pam Minyak Shell )
Tarikh : 26/04/2009
Masa : 3.00 Petang
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

UMNO cacamarba.....

Makin lama makin pelik perangai sang ameno ini, mungkinkah ini tanda-tanda parti tua ini sudah sampai di penghujung jalan.
Kuota orang melayu 30 peratus dalam sektor perkhidmatan dalam kerajaan dihapuskan, Kitchen kabinet dua hari meluluskan undang-undang bahawasanya boleh memilih agama jika ibu atau bapa murtad....apa sudah jadi? Islam dalam perlembagaan negara adalah agama rasmi, artikel 152 dan 153 menyatakan hak-hak orang melayu dan bumiputera hendaklah dijaga....
isk isk isk 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mana pergi semua hamlau-hamlau yang kata mempertahankan orang melayu dan agama islam.
kalau lah Pakatan Rakyat yang baru mencadang pun dikatakan durhaka, jadi apalah perkataan yang paling sesuai untuk yang menghancurkan orang melayu dan agama islam....apakah panggilan yang paling sesuai bagi sang petualang yang membuat onar ini.

Jumaat, April 24, 2009

Kuota tiket peminat bolasepak kelantan habis dijual!!!


Seruan pada peminat dan penyokong bolasepak Selangor, jom kita ke stadium bukit jalil untuk memberikan sokongan padu pada pasukan kita...pertempuran maha hebat....jom kita ke stadium

Khamis, April 23, 2009

Sumbangan Mesra Usia Emas oleh YB Rodziah Ismail pada 22 April 2009
















Ceramah Terbuka "Hidup Beribadah"


Ceramah terbuka "Hidup Beribadah" oleh Dr. Badrul Amin di :-

Tempat:- Dataran Uptown Seksyen 24, Shah Alam

Tarikh/Masa:- 25 April 2009/9.00 Malam

Datanglah beramai-ramai untuk pengisian rohani.

Najib mansuhkan kuota Bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. Klik disini.
Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman dinegeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?
Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:
1) Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
2) Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
3) Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
4) Dimanakah Perwaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?
Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.
Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.
Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.
Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.
Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!
Sumber: http://aminiskandar.wordpress.com
Matilah melayu..............

Rabu, April 22, 2009

Ranking DSAI hari ini dalam TIME 100...

Manusia paling berpengaruh dalam dunia di TIME 100....agak-agak najib ada ke?
Sila lawat lelaman http://www.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1883644_1886141,00.html
dan undi untuk DSAI

Selasa, April 21, 2009

Retreat PKR Bahagian Shah Alam Di Bentong,Pahang

Pada 17-19 April 2009, Pimpinan PKR Bahagian Shah Alam mengadakan program 'Retreat' untuk memperkasakan Bahagian Shah Alam.
Pelbagai pengalaman dapat ditimba di semua peringkat AMK, Wanita dan Bahagian.


Orang kito