Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Mei 01, 2009

Tatkala menjelang 1 Mei 2009....

Salam dan selamat hari pekerja pada semua pekerja tak kira di sektor awam dan swasta. Persoalan besarnya di sini di kala masalah ekonomi global apakah kerajaan pusat tak ambil dengan keadaan semasa.
Apakah langkah-langkah wajar dilaksanakan dengan cepat dan tepat. Apakah nasib pekerja bawahan dan pertengahan dibela. Janganlah sekadar retorik dan janji-janji manis sahaja.
Seharusnya kerajaan pusat dalam keadaan semasa haruslah bersikap toleransi dan bertolak ansur dalam keadaan kepayahan masyarakat pekerja. Apakah terlalu payah untuk golongan atasan ini memikirkan masalah masyarakat pekerja ini.
Kalaulah boleh bebanan rakyat ini dikongsi bersama pemerintah, berilah pembelaan yang sewajarnya dalam keadaan rakyat masih dibebankan dengan kadar kos tol lebuhraya, tarif air, tarif elektrik, yuran persekolahan anak-anak, perbelanjaan harian yang sekarang ini terlalu tinggi dan memeningkan kepala golongan pekerja.
Tidak pernah terfikirkan ingin menjadi negara berkebajikan yang mementingkan nasib rakyat bawahan dari nasib para pemodal dan kroni yang berada di sisi. Ingatlah para pemimpin sekalian, anda dipandang mulia jika membela nasib rakyat dan jikalau sudah berada di atas janganlah lupa nasib orang yang dibawah, takut-takut jatuh tersembam nanti diketawakan orang. Sekali lagi......
'SELAMAT HARI PEKERJA PADA SEMUA WARGA KERJA'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito