Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Januari 21, 2010

Kenyataan media Tuan Syed Shahir Bin Syed Mohamud


KENYATAAN MEDIA


Dakwaan Keadilan Cabang Kuala Selangor Bubar Tidak Benar

Saya ingin menarik perhatian kepada kenyataan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kuala Selangor bahawa Cabang tersebut dibubarkan dengan perletakan jawatan 13 AJKnya. Kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat jelas menyatakan bahawa sebarang pembubaran sesuatu cabang hanya boleh dibuat menerusi Mesyuarat Agung Khas Cabang selaras dengan fasal 25.8 Perlembagaan Parti. Jika sekiranya benar majoriti AJK Cabang meletak jawatan, ini bermakna bahawa Mesyuarat Agung Khas Cabang harus diadakan bagi melantik semula barisan AJK yang baru bersesuian dengan fasal 25.9 Perlembagaan Parti.


Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menysiasat sepenuhnya dakwaan perletakan jawatan tersebut dan akan memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil selaras dengan Perlembagaan Parti terhadap mana-mana anggota part yang bertindak di luar Perlembagaan.


Untuk rekod, perkembangan yang berlaku di Cabang Kuala Selangor mutakhir ini adalah sangat positif dengan penyertaan ribuan anggota baru berbanding dengan sebelum PRU-12 yang lalu. Namun, saya mengesyaki bahawa perkembagan ini adalah merupakan sebahagian daripada agenda terdesak pihak tertentu untuk menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.


Tuan Syed Shahir Bin Syed Mohamud
Timbalan Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito