Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Januari 18, 2010

Bakal Mimpi ngeri umno/BN PRU13 nanti...


4.39 juta belum daftar pemilih: SPR. Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.


P'raya kampus: Pro-Mahasiswa kuasai UMT

Calon pro-Mahasiswa (pro-M) menguasai kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam pilihan raya kampus universiti tersebut semalam.

Selepas keputusan diumumkankan, pro-M menang besar apabila merampas sebelas daripada 12 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi yang dimenanginya ialah tiga daripada empat kerusi umum dan kesemua lapan kerusi fakulti yang dipertandingkan.

Calon pro-Aspirasi hanya berjaya mempertahankan satu umum sahaja.

Kini pro-M menguasai kerusi fakuti ago-teknologi dan sains makanan, fakulti pengurusan ekonomi, fakulti ekonomi dan sains marin, dan fakulti sains dan teknologi. Setiap fakulti mempertandingkan dua kerusi.

Menurut jurucakap pro-M memberitahu Malaysiakini, inilah adalah kali pertama pro-M menguasai kampus UMT selepas ia dinaik taraf sebagai universiti pada 2007.

Beliau mendakwa, antara faktor kemenangan mereka ialah ketidaksefahaman di kalangan calon pro-Apirasi atau dikenali sebagai Akasia (Angkatan Anak Seni).

Malah, katamya, maklum balas daripada pelajar menunjukkan calon pro-Aspirasi "tidak bekerja dan menganjurkan program".

Ekoran itu, katanya, warga UMT mengambil kesempatan daripada pilihan raya kampus kali ini untuk membawa perubahan dengan memberi sokongan padu kepada calon pro-M.

Katanya, ini ditambah pula dengan manifesto kumpulan pro-M yang berjanji untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman dan fakulti.

"Antaranya ialah masalah bekalan air di kolej kediaman yang sering terputus," katanya.

sumber : malaysiakini

Komen : Jika peratusan anak muda memilih Pakatan Rakyat ke Putrajaya, umno/BN bakal terkubur dulu,kini dan selamanya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito