Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Mei 18, 2009

mungkinkah berubah...

Nampaknya mungkin sokongan sudah beralih arah. Gaya ceritanya mungkin ada sesuatu yang tersurat dan tersirat hasil pertemuan Husam dan Chua Soi Lek. Akhir-akhir ini kebanyakan peristiwa tidak memihak kepada BN, dari pilihanraya kecil hingga ke krisis di Perak. Walau apa pun alasannya, MCA tidak berupaya untuk mempertahankan tindakan Najib serta memperjelaskan isu rampasan kuasa di Perak. Adakah akan ada perubahan dalam keadaan yang sekarang ini semakin tidak menentu hasil permainan politik kotor BN.
Dalam hasil pertemuan mesyuarat BN petang tadi pula, Najib cuba memujuk dengan cara melantik Dr Chua sebagai ketua penyelaras bagi merampas negeri pakatan. Akan tetapi satu halnya, Dr. Chua tidak dilantik memegang apa-apa jawatan di dalam kabinet. Rasanya tawaran itu mungkin tidak berbaloi memandangkan BN dalam keadaan tenat dalam isu kemelut di Perak dan ditambah lagi skandal dan isu-isu berkaitan najib tidak lagi dijawab di media-media antarabangsa serta penjelasan mengenai kebanyakan perlaksanaan agenda 1 Malaysia yang masih agak kabur dan tidak memenuhi aspirasi rakyat Malaysia umumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito