Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Mei 22, 2009

bukan soal menang atau kalah pada jam 3.30 nanti

Pada rakyat, bukan soal menang atau kalah tapi soal keyakinan dan persepsi rakyat.
Angkara siapa berlakunya kekacauan dan caca marba di Perak, siapa yang menjadi samseng politik dan menafikan hak rakyat. siapa yang menganggu gugat kestabilan dan mengheret istana ke dalam permainan politik kotor mereka.
Pada rakyat, Nizar adalah mangsa permainan politik kotor pihak-pihak yang tak bertanggung jawab. Mengapa tidak berani dengan pembubaran DUN. Kenapa mahu bertaut lagi pada dahan yang rapuh. Mengapa mahu menafikan hak rakyat. Persoalan ini yang bermain-main di benak setiap orang tak kira dari PAS, PKR, DAP, UMNO dan lain-lain parti politik di Malaysia ini.
Pada segi moralnya, Nizar sudah memenangi hati rakyat, mana tidaknya, masakan rakyat mahu menyokong tindakan zalim yang dilakukan satu demi satu. Bermulanya kudeta pada bulan februari, kemudiannya persidangan haram pada mei dan diikuti dengan perlantikan speaker haram.
Pungutan suara secara rambang menunjukkan bahawa sebilangan besar rakyat malaysia bersetuju dengan cadangan pembubaran DUN, langkah penyelesaian terbaik untuk kekalutan politik di sana. Tidak dapat tidak, mandat hendaklah diberi kepada rakyat untuk menentukannya.
Umno secara zalim dan angkuh bertindak di luar batasan kemanusiaan dan jika masih lagi dengan cara politik kain batik dan kain pelekatnya, nescaya rakyat akan menolak mereka secara total. PRU12 telah memberi pengajaran kepada mereka tapi sayangnya masih lagi dengan sikap dan perangai lama sesuai dengan slogan yang mereka laungkan 'dulu, kini dan selamanya' haprak.
Apa pentingnya jikalau hanya dua atau tiga manusia yang menentukan keputusannya sedangkan sebilangan besar rakyat malaysia malahan dunia sudah memberikan jawapan yang pastinya menyebelahi Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai MENTERI BESAR yang SAH lagi SAHIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito