Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mei 23, 2009

Penting Pilihanraya DUN Penanti

Apa pentingnya pilihanraya kecil di DUN Penanti adalah kerana inilah masanya kita menerangkan kepada rakyat, kebobrokan dan hodohnya perangai umno di Perak.


Implikasinya amat penting dalam sesi menerangkan keadaan sebenar politik semasa yang memperlihatkan umno semakin rakus dan zalim dengan menggunakan polis dan badan kehakiman sebagai tunggangan dalam usaha berpaut pada sedikit sia-sisa kuasa yang masih tinggal.


Ya betul....umno bacul tidak bertanding tapi PR harus menerangkan kepada rakyat tindakan jahat mereka kepada rakyat. Maklum kepada rakyat perkembangan isu semasa yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Contohnya, apabila najib menerangkan isu-isu kuota bumiputera, isu liberisasi atau isu-isu yang berkaitan dengan orang melayu, hampir tidak ada di dalam media arus perdana berbahasa melayu, cuma dipaparkan di dalam akhbar berbahasa inggeris supaya melayu terus ditipu.


Seperkara lagi mengenai semua calon bebas yang bertanding, apa ertinya mereka bertanding, tidak dapat tidak, mungkin semuanya yang bertanding dipercayai dibiayai oleh pihak-pihak tertentu dan ini tidak mustahil. Apa pun kita harapkan supaya Penanti akan menjadi medan untuk kita dedahkan watak-watak huduh di dalam BN yang menafikan hak rakyat untuk kepentingan diri sendiri, kaum keluarga dan kroni.

Apa pun kita berharap kemenangan berada pada pihak yang benar dan kepada semua penyokong PR bekerjalah dengan lebih keras supaya putrajaya dapat kita tawan.

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito