Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, November 12, 2009

Bila ustaz shah Rukh Khan berceramah tak payah tauliah...melaka oh melaka



Melaka rancang Konsert Shah Rukh Khan Disember 11

MELAKA, Nov 12 — Bintang filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan dijangka mengadakan konsert di Melaka pada Dis 11 ini.

Stadium Hang Jebat di Kerubong yang boleh menempatkan 40,000 penonton akan menjadi lokasi konsert tersebut.

Bagaimanapun persembahan pelakon dan penghibur itu bergantung pada kesanggupan mana-mana penaja untuk membiayai kos persembahan, kata ketua mentri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dipetik Utusan Malaysia.

Tahun lalu kerajaan negeri Melaka mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Ali juga mempelawa Mamee-Double Decker (M) Bhd. sebuah perusahaan makanan di sini untuk menaja konsert tersebut.

“Jadi kita hanya bergantung kepada Mamee dan pelakon berkenaan sama ada bersetuju atau tidak mengadakan konsert di sini,” kata ketua mentri.

Ali juga menjelaskan, Shah Rukh Khan tidak akan membuka studio perfileman di Melaka seperti yang dilaporkan.

“Beliau tidak boleh memberi komitmen sepenuh masa sekiranya membuka studio itu di sini sebaliknya menawarkan diri untuk menjadi penasihat sahaja,” kata beliau.

Justeru jelas beliau, kerajaan negeri sedang mencari pelabur yang berminat membuka studio perfileman di sini dengan menggunakan kepakaran aktor Bollywood itu.

Sumber: malaysianinsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito