Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, November 13, 2009

berita gumbira buat ah long 1 malaysia...


‘Muktamad tiada bonus’

KUALA LUMPUR: 'Muktamad, tiada bonus tahun ini'. Keputusan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada anggota Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ketika mesyuarat tertutup hampir sejam di bangunan Parlimen, semalam.

Menurut Presiden Cuepacs, Omar Osman, pihaknya akur kerajaan tidak dapat memberi bonus sebanyak dua bulan gaji sepertimana dituntut 1.2 juta kakitangan sektor awam dan pesara perkhidmatan berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

“Kami terima apabila Datuk Seri jelaskan sekira bonus tetap diberi tahun ini mengakibatkan kerajaan terpaksa meminjam daripada sumber lain untuk membuat bayaran bonus berkenaan.

“Kita tunggulah...yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui selepas perbincangan terbabit di sini.

Meskipun tiada bonus, pertemuan itu tetap memberi berita gembira apabila Najib mempertimbangkan tuntutan kakitangan awam Gred Satu hingga 54 yang memohon bantuan khas kewangan tambahan RM500 selain penghapusan cukai pendapatan 30 peratus bagi Gred Jusa.

“Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusandalam masa terdekat, dan untuk memberi bantuan khas RM500, akan menjadikan bantuan tahun ini RM1,000,” katanya.

Cuepacs juga senang hati apabila Najib bersetuju me luluskan geran tahunan bernilai RM1 juta kepada kesatuan itu, bermula tahun depan.

Najib turut mempertimbangkan menyerap jawatan 18,000 guru Tabika Kemas selaras perjawatan perkhidmatan awam lain.

“Kami sudah serah memorandum kepada Perdana Menteri supaya guru Kemas dipertimbangkan sama dengan perkhidmatan awam lain selain minta kerajaan selaraskan semula kemudahan termasuk Perkeso, Lembaga Tabung Angkatan Tentara (LTAT), Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (BSN), Perhebat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

Komen: 1malaysia memang tiada kesian untuk mereka yang bersungguh-sungguh menyokong 1malaysia. Bagi penyokong tegar UBN inilah hadiah sempena sokongan padu mereka. Bulan januari bulan mak bapak keluar duit untuk persediaan anak yang baru sekolah dan yang sudah bersekolah. Tapi apa takut...buat kata che det....melayu mudah lupa........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito