Kawan-kawan dan sahabat handai....

Khamis, Ogos 13, 2009

Ketawa besar...jerung terlepas






Kasitah Gaddam Ikrar Setia Kepada Umno

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang dibebaskan Rabu daripada tuduhan rasuah dan menipu, berkata beliau akan kekal setia kepada Umno dan membantu mengukuhkan parti itu di kalangan anggota akar umbi di Sabah.

Katanya beliau akan menemui setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi membincangkan kedudukannya dalam parti setelah keanggotaannya sebagai ketua Umno bahagian Ranau, Sabah digantung pada 2004.

"Saya telah menunggu lebih lima tahun untuk kembali kepada parti dan saya bersedia berkhidmat dengan parti dalam sebarang kapasiti walaupun sebagai anggota biasa," kata ahli politik berusia 62 tahun itu kepada Bernama di sini.

Menurutnya beliau tidak ada perasaan dendam terhadap sesetengah rakannya dalam kabinet dahulu, yang telah menjauhkan diri daripadanya semasa beliau menghadapi perbicaraan itu.

Kasitah berkata beliau dan keluarga sangat berterima kasih kepada penyokongnya kerana mengadakan solat hajat dan sokongan moral semasa beliau menghadapi perbicaraan tersebut.

"Saya sangat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk di Ranau, dan saya sentiasa berterima kasih kepada mereka," kata Kasitah.

Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan beliau daripada tuduhan amalan rasuah dan menipu membabitkan 16.8 juta saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).

Beliau akan mengadakan temujanji dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, setelah kembali daripada menunaikan umrah dengan keluarganya.

"Saya sangat berminat untuk terus memberikan sumbangan kepada Umno dan penduduk Sabah dan berharap saya akan diberikan sedikit peranan setelah menemui presiden parti," tambah beliau.

Kasitah berharap akan bercuti ke luar negara setelah menghadapi perbicaraan lebih lima tahun itu.

-- BERNAMA

2 ulasan:

  1. Yg juta-juta ketawa berdekah-dekah
    Yg seringgit dua dipenjara atau di campakan kebawah sbb nak kira payah
    Yg juta-juta hidup mewah
    Yg kecil-kecil sedap diratah
    Yg juta-juta memuja nafsu serakah
    Yg membawa kebenaran ditabur fitnah
    benarlah
    Yg juta-juta pengikut Dajjal akhir zaman

    BalasPadam

Orang kito