Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Ogos 14, 2009

7,6,5,6,7,5....setakat ni jumlah 56 orang mati akibat H1N1

Jumlah kematian telah melibatkan bilangan yang tinggi iaitu 56 kes.

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes). Maklumat ringkas kematian adalah seperti berikut:

1.Seorang bayi lelaki berumur 2 bulan merupakan seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan iaitu pada usia kandungan 27 minggu, dimasukkan ke hospital pada 3/8/09 kerana demam, batuk, selsema dan susah bernafas selama tiga hari. Keadaan bayi semakin teruk dan telah diventilasi. Swab tekak telah diambil dan rawatan antiviral telah diberikan pada 6/8/2009. Bayi meninggal dunia pada 12/8/2009 dan ujian Influenza A(H1N1) adalah positif. Penyebab kematian adalah pneumonia.

2.Seorang lagi bayi berumur 2 bulan dimasukkan ke hospital pada 7/8/2009 setelah didapati berada dalam keadaan tidak memberikan tindakbalas serta pucat. Sebelum dari itu, bayi tersebut telah mula meragam dan kurang minum susu semenjak 5/8/2009 tetapi tidak mempunyai demam, batuk atau sesak nafas. Keadaan bayi adalah kritikal dan dimasukkan ke Unit Rawaan Rapi. Keputusan ujian Influenza A(H1N1) didapati positif pada 8/8/2009, walaubagaimanapun, bayi tersebut telah meninggal dunia pada hari yang sama. Sebab Myocarditis, hepatitis and renal impairment related to H1N1.

3.Seorang wanita berumur 49 tahun, selain dari obes, beliau mempunyai diabetes dan dikesan juga mempunyai tuberkulosis. Beliau mula mendapat demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas pada pertengahan bulan Julai dan kemudiannya dimasukkan ke hospital pada 29/7/2009 setelah tidak pulih walaupun telah mendapatkan rawatan dari klinik swasta. Beliau yang dirawat sebagai pneumonia telah di benarkan pulang pada 3/8/2009, walaubagaimanapun dimasukkan semula ke wad pada 7/8/2009 untuk rawatan tuberculosis setelah dikesan mempunyai penyakit tersebut. Beliau kemudiannya disyaki H1N1 dah telah diberi antiviral pada 8/8/2009. Keadaan pesakit bertambah teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009. Sebab kematian adalah pneumonia teruk. Walaubagaimanapun, keputusan ujian bagi Influenza A(H1N1) yang diterima pada 11/8/2009 didapati positif.

4.Seorang lelaki berumur 57 tahun dan mempunyai diabetes. Mula mendapat simptom batuk dan selesema pada 2/7/2009 tetapi tidak sembuh setelah mendapatkan rawatan. Pada 3/8/2009, sekali lagi pesakit pergi mendapatkan rawatan di klinik setelah mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan seterusnya dirujuk dan dimasukkan ke hospital pada hari yang sama di mana beliau telah diberikan rawatan anti-viral. Ujian bagi influenza A (H1N1) didapati positif pada 5/8/2009 dan beliau telah meninggal dunia pada 12/8/2009 akibat sepsis disebabkan pneumonia.

5.Seorang lelaki berumur 19 tahun, dimasukkan ke wad pada 7/8/2009 setelah demam dan batuk selama dua (2) hari dan telah diberikan rawatan antiviral. Ujian bagi Influenza A(H1N1) didapati positif pada keesokan harinya. Beliau telah mendapat sesak nafas teruk dan meninggal dunia pada 11/8/2009 akibat pneumonia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito