Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Ogos 14, 2009

Angka kematian H1N1:Malaysia No 9 dalam dunia!!!

Influenza H1N1: PM enggan adakan sidang khas parlimen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos :Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberi sebarang respons terhadap cadangan beliau agar diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sidang parlimen khas itu sangat penting bagi membolehkan satu kertas putih dibentangkan berhubung permasalahan yang melanda.

"Dengan adanya sidang khas ini, tenaga semua pihak termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat boleh digemblengkan dalam usaha menangani penularan wabak ini, ujar beliau kepada Harakahdaily.

H1N1 kini menjadi penyakit pembunuh apabila lima ke tujuh orang mati sehari akibat darinya. Angka ini terlalu besar berbanding dengan jumlah pesakit yang mengidapnya sekarang dan antara yang tinggi di kalangan negara-negara Asian Tenggara. Sehingga semalam, 51 kematian telah direkodkan.

Mahfuz mencadangkan agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan di peringkat negara melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, ahli politik dan badan-badan NGO dan diletakkan di bawah jawatankuasa keselamatan negara.

"Namun sehingga sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak memberi sebarang respon sedangkan keadaan semakin meruncing.

"51 kematian akibat wabak H1N1 setakat ini meletakkan negara kita di tempat yang ke-9 di dunia. Apa lagi yang harus ditunggu?"katanya.

Beliau juga mencadangkan agar Najib melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri jika tidak tahu apa yang harus diutamakan dalam merealisasikan slogan 1Malaysia Rakyat iaitu 'rakyat didahulu, pencapaian diutamakan.'

"Saya cadang Najib elok letak jawatan jika masih tak tahu apa nak buat," tegasnya.

Sementara itu, beliau bepesan kepada rakyat agar memperbanyakkan solat hajat agar dihindari dari wabak ini di samping bergantung kepada perubatan moden.

Selain itu, orang ramai juga disarankan agar tidak berkunjung ke luar negara jika tiada urusan penting.

"Kita perlu sama-sama tingkatkan solat hajat. Dan saya harap kepada sesiapa yang tiada kepentingan agar menangguhkan hasrat untuk ke luar negara,"katanya.- azm _

Sumber:harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito