Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Ogos 12, 2009

Beng Hock: disoal siasat tapi nota catatan tiada???

SHAH ALAM 12 Ogos – Prosiding inkues hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang pegawai penyiasat polis yang menyatakan tiada sebarang catatan dibuat oleh pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika menyoal siasat Teoh Beng Hock.

Insp. Mohd. Zulaimi Zubir, 29, dari cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam berkata, perkara itu disedari selepas melakukan pemeriksaan ke atas 10 muka surat buku catatan harian rasmi milik pegawai SPRM, Mohd. Anuar Ismail yang dirampas 18 Julai lalu.

Peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan mengesahkan Mohd. Anuar bertanggungjawab menyoal siasat Teoh.

“Hasil pemeriksaan saya dapati dalam buku bertarikh 8 Julai 2009 tercatat ’rumah/putrajaya/pejabat/tol RM’ sahaja. Pada 15 dan 16 Julai tiada sebarang catatan dibuat,” katanya.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam, di sini selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito