Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Ogos 12, 2009

Kematian Akibat Selsema Babi di Malaysia luar biasa




Jumlah kematian akibat selesema A (H1N1) meningkat kepada 40 orang apabila lapan lagi kematian - termasuk dua kes yang disahkan di Johor hari ini - dilaporkan.

Jumlah keseluruhan naik mendadak kepada 2,253 kes apabila 270 kes baru - rekod tertinggi dalam satu hari - dilaporkan.


Semalam enam kematian, sementara kelmarin lapan kematian dilaporkan - termasuk kes-kes yang baru disahkan dan belum dilaporkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Dalam kenyataan rasminya, ketua pengarah kesihatan berkata enam kematian terbaru juga berlaku lebih awal tetapi hanya disahkan dijangkiti H1N1 beberapa hari lalu.

"Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi atau asma.

"Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut seperti berikut: 4 Ogos (seorang), 6 Ogos (2) dan 7 Ogos (3)," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Pada masa ini seramai 48 pesakit sedang dirawat di hospital dan 11 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada 11 kes di unit tersebut, empat mempunyai faktor berisiko iaitu penyakit kronik (dua orang), obesiti (1) dan selepas bersalin (1).

Disahkan hari ini

Sementara itu, Johor hari ini mencatatkan dua kematian terbaru akibat jangkitan wabak tersebut, lapor laman web Utusan Malaysia.

Exco kesihatan negeri Dr Robia Kosai dipetik berkata, dua kematian itu membabitkan berumur 43 dan 51 tahun di Batu Pahat yang kedua-duanya meninggal dunia semalam.

Menurutnya, walaupun dua mangsa meninggal dunia semalam, namun mereka hanya disahkan mati akibat H1N1 hari ini - rekod Kementerian Kesihatan setakat ini tidak memasukkan dua kematian berkenaan


sumber:pinkturtle2.wordpress.com dan malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito