Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 03, 2009

UMNO...MCA atau PAS....DAP????apa punya turrrr


Kenyataan ketua wanita umno yang kalah di Lembah Pantai
Ketua Pergerakan Wanita UMNO
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
'Tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang adalah kerana kerjasama rapuh di dalam pakatan itu boleh disifatkan seperti kahwin mutaah. “Sekejap saja, lepas itu bercerai. Macam itulah, sebab itu kita tidak terkejut langsung kerana kita sudah jangka ini akan berlaku,”

Menteri Besar Perak (Haram)
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Kurang yakin dengan keputusan DAP itu berdasarkan pengalaman yang dilalui selama ini. “Baguslah (DAP keluar daripada pakatan pembangkang). Tetapi saya bimbang ini hanyalah sandiwara mereka sahaja.


Menteri yang jaga H1N1 atau dikenali Selsema Babi
Naib Presiden MCA
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Mengulas tindakan DAP Kedah itu menyatakan ia hanya satu sandiwara atau main wayang semata-mata. Menurut beliau, DAP Kedah sebenarnya tidak perlu tunggu lama untuk keluar daripada kerajaan Pas Kedah kerana banyak tindakan kerajaan negeri itu yang telah menyeleweng daripada matlamat asal mereka.“Saya rasa kedua-dua parti itu memang banyak masalah dan tidak boleh bersama terutama melibatkan perbezaan dasar dan polisi antara mereka,” katanya.

Pembangkang di Kedah yang tak tahu malu
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah
Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah
Sejak dari awal lagi kerjasama antara pakatan pembangkang terutama di negeri ini adalah rapuh meskipun pemimpin mereka cuba menunjukkan kesepakatan. “Saya percaya keretakan hubungan kerjasama pakatan pembangkang akan lebih teruk lagi selepas ini,” katanya.

????
Ketua Pemuda UMNO Kedah
Badrol Hisham Hashim
Menyifatkan Pas dan DAP negeri itu umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. “Pakatan pembangkang di negeri Kedah adalah rapuh kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
“Kami juga nampak Pas tidak telus dalam perkongsian kuasa dan DAP juga ada agenda mereka tersendiri,” ujarnya.

Puteri yang bukan puteri
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Shahanim Mohd. Yusof
Perkembangan terbaru itu juga membuktikan gabungan parti pembangkang di Malaysia sebenarnya rapuh dengan semangat kesetiakawanan longgar.


sumber dialog diambil dari utusan meloya....


Yang UMNO dan MCA pulak yang dok kalut tak tentu pasal ni apahal pulak....ni dok kacau rumahtangga orang pulak ni....awatnya semua nak jadi tukang cucuk pulak ni...hmmm yang makcik, pakcik, kakak dan abang ni semua boleh dak duduk tepi...toksah dok kacau la...hangpa punya negeri pun tak boleh nak jaga...sibuk habis dok jaga tepi kain orang pulak....biaq pi la depa selesai sendiri...apa punya turrrr......

1 ulasan:

  1. Great political blog with nice pictures and great info.

    For more info on soccer, pls visit http://www.aptconnections.blogspot.com/

    For more links to tourism, pls visit www.yastini.com

    For more links to technology, pls visit www.yasthirah.com

    HAPPY BLOGGING!

    BalasPadam

Orang kito