Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Jun 28, 2009

Sokong Tok Guru Haji Hadi...tentang parti zalim!!!

Hadi kembali serang UMNO

KUALA KRAI 27 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menyerang UMNO dengan menyifatkan parti itu mengkhianati agama dengan tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah.

Berucap pada majlis pengumuman calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai malam tadi yang turut dihadiri Penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau berkata, pendekatan UMNO juga tidak dapat menyatukan umat Islam.

Pengumuman calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah itu dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di padang awam Manek Urai lama.

''Islam tidak menjadi agama yang memerintah tetapi diperintah ikut suka dia, tidak menjadikan agama berdaulat. Islam yang sekerat, Islam yang disembelih dan dipotong," ujar Abdul Hadi.

Malangnya tegas beliau, usaha Pas untuk menunjukkan Islam yang berkuasa dan berdaulat di negara ini telah dihalang, dikekang daripada segi kemudahan dan kewangan.

Beliau mengajak pengundi di Manek Urai untuk terus menyokong Pas bagi memperlihatkan rakyat Kelantan tidak dapat menerima parti yang turut mengkhianati rakyat dan negara.

Katanya, kerajaan Pas Kelantan telah mampu bertahan selama beberapa penggal walaupun cuba dikalahkan dengan pelbagai cara termasuk tidak diagihkan royalti minyak seperti yang dilakukan terhadap kerajaan Pas Terengganu dahulu.

Beliau percaya adalah lebih baik bagi UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil pada 14 Julai ini kerana rakyat Kelantan mempunyai maruah yang tidak boleh dijual beli.

Apatah lagi katanya, pilihan raya kecil akan banyak menghabiskan wang namun sekiranya UMNO meneruskan hasrat bertanding, ia tentunya akan menghadapi tentangan.

''Dalam pilihan raya umum lalu, pengundi Manek Urai serahkan amanah kepada Pak Su Wil (Allahyarham Ismail Yaacob) dan terpulang kepada penduduk untuk menunaikan amanah peninggalannya kepada orang yang boleh menyambung perjuangannya," ujarnya

Sumber: utusan meloya
Akhirnya kepimpinan PAS kembali pada satu suara, satu jemaah dan satu harapan demi menegakkan ISLAM dan menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan Umno BN.....Hidup PAS...Hidup Pakatan.... Sokong PASti Selamat....Insya'allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito