Kawan-kawan dan sahabat handai....

Rabu, Julai 01, 2009

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS menafikan...

Saya menafikan laporan yang dibuat secara salah dari kenyataan dan maksud Dewan Pemuda PAS Pusat sewaktu menyerahkan surat rasmi meminta Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan " Wacana Ilmiah secara Terbuka atas isu : Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam " . sebagai menubuhkan sekteriat untuk bekerjasama dengan UMNO .

2. Terdapat laporan dan salah faham berkait dengan tindakan Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana Ilmiah secara terbuka .

3. Wacana Ilmiah ini satu mekanisme untuk berhujjah seperti debat [ mujadalah ] dan muzakarah . Apa yang penting ialah Pemuda PAS Pusat mahu menyediakan medan dan ruang untuk berhujjah dan tentunya hujjah kita ialah untuk mencari kebenaran berpaksi kepada al Quran dan Sunnah .

4. Wacana Ilmiah lebih kepada satu mekanisme untuk mempertemukan dua pihak dan saling berhujjah secara terbuka untuk mencari kebenaran . Semua mesti tunduk kepada kebenaran dan tiada siapa yang boleh lari dan mengelak diri dari kebenaran dan tentunya yang benar itu ialah apabila ia selaras dengan al quran dan sunnah .

5. Apabila Pemuda UMNO membuat report polis terhadap kenyataan atau dakwaan Al Mursyidul Am yang mengatakan UMNO sesat ertinya UMNO tidak setuju mereka dilabelkan sebagai sesat . Maka Pemuda PAS Pusat menganjurkan wacana Ilmiah sebagai satu medan dan mekanisme untuk berhujjah bagi mencari kebenaran .

6. Laporan yang mengatakan Dewan Pemuda PAS Pusat akan mmenubuhkan seketeriat bagi mengadakan kerjasama dengan Pergerakan Pemuda UMNO adalah laporan yang salah dan tidak benar .

Sekian

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito