Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Julai 03, 2009

Angkara lanun dan Perampok Rakyat...Kerajaan Negeri PP tersepit

Rupa-rupanya di Kampung Buah Pala adalah angkara Koh Tsu Koon, bekas ketua menteri merangkap menteri di jabatan perdana menteri. Sepatutnya beliau bersuara sama ada keputusan yang dibuat semasa beliau menyandang jawatan ketua menteri dahulu boleh diselesaikan dengan cara mendapatkan geran kerajaan pusat untuk menyelesaikan isu kampung buah pala dengan sebatang pen sahaja.

Kini yang tersepit adalah kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng akibat permasalahan yang dibuat oleh pentadbiran Koh Tsu Koon.

Pertamanya. Koh tsu koon harus menerangkan kenapa semasa beliau menjawat jawatan sebagai ketua menteri. ahli exconya bersetuju tanah kerajaan negeri di Kampung Buah Pala diserahkan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pertama kali pada 18 Ogos 2004 dan kali kedua pada 8 Jun 2005 pada harga premium yang paling rendah sebanyak RM6.42 juta atau RM20 kaki persegi.

Keduanya, kenapa Koh Tsu Koon dan exconya menurunkan lagi harga premium tanah daripada RM6.42 juta kepada RM3.21 juta atau hanya RM10 kaki persegi sahaja!!! jauh di bawah harga pasaran sebenar.....

Ketiga, kenapa Koh Tsu Koon dan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berunding dengan penduduk sebelum mengambil tanah Kampung Buah Pala yang sekarang akan dibangunkan dengan projek Oasis Mewah 14 Tingkat dengan kadar kasar pembangunan berharga RM150 Juta yang terdiri daripada 490 unit Kondominium berharga dalam lingkungan RM240,000-RM290,000 di dalam tapak 2.6 hektar tanah.

Ada suara yang bercakap yang Ketua Menteri, Lim Guan Eng boleh menyelesaikan isu ini dengan sebatang pen sahaja. Memang betul sebatang pen sahaja tetapi melibatkan pampasan RM150 Juta kepada Projek Oasis.

Inilah kalau BN yang memerintah...disebabkan kerakusan mereka...orang lain yang menanggung bala dan musibah dan kepada Lim Guan Eng bersabar dan cari jalan terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh lanun dan perampok rakyat ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito