Kawan-kawan dan sahabat handai....

Sabtu, Mac 20, 2010

Wang Ihsan: Najib Serah Cek Tendang Kepada Terengganu

KUALA IBAI 19 Mac - Ayahanda saudara kepada Yang DiPertuan Agong, Tengku Seri Paduka Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasaruddin Shah berkata "wang royalti" berjumlah lebih RM400 juta kepada kerajaan negeri Terengganu lebih setahun lalu sehingga kini belum dapat dinikmati rakyat negeri itu.

Kata beliau walaupun sudah lebih setahun Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri namun bayangan wang tersebut masih tidak kelihatan.

"Nampak cantik molek tapi hingga kini satu benda pun takde," kata beliau ketika merasmikan majlis Dialog Isu Royalti Minyak anjuran MAMPAT di Kuala Ibai yang dihadiri lebih 6,000 orang semalam.

Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said di satu majlis di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada 13 Disember 2008.

“Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita," kata Najib ketika itu.

Menteri Besar berkata bayaran tersebut merupakan tambahan selepas pembayaran royalti lima peratus daripada pengeluaran 400,000 tong minyak sehari atau lebih RM50 bilion setahun dari telaga minyak yang terdapat di perairan negeri ini.

Namun menurut Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 Jadual 4.10 pada muka surat 12, wang tersebut adalah bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008.


1 ulasan:

  1. Bro...aku dah lama dengar cerita nih bro dari adik aku yang berniaga kat sana. Cuma aku tak pasti sebab aku takde kabel dalam golongan dalam politik ni.

    Kalau lu boleh utarakan cerita ni memang betul la apa adik aku cakap. Ni pun sumber dari orang umno gak dia dapat sebab dia berniaga berkaitan dengan golongan rakyat tanpa kira ideologi.

    BalasPadam

Orang kito