Kawan-kawan dan sahabat handai....

Jumaat, Mac 19, 2010

Dewan Rakyat UK Desak Kes Anwar Digugurkan

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul awal yang dibentangkan oleh Jeremy dan ditandatangani 15 wakil rakyat Britain lain. Beliau berkata, ahli-ahli parlimen Britain amat gusar terhadap pertuduhan terhadap Anwar yang tidak mengikut amalan keadilan antarabangsa.

"Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat,"

"Oleh itu kami amat risau berhubung tuduhan fitnah II yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar itu.

Pengerusi Gerakan Ulamak Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi turut mengeluarkan fatwa
munafik bagi si pembuat fitnah dan fasik kepada penyebarnya.

Sebelum itu, Pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia turut menyuarakan desakan supaya kes konspirasi terhadap Anwar digugurkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito