Kawan-kawan dan sahabat handai....

Isnin, Februari 22, 2010

Royalti : Mustapa Sedih Kerana Rakyat Kelantan Tahu Hak Mereka

Mustapa sedih kerana apa yang kerajaan negeri Kelantan tuntut adalah benar dan bukannya dengan menghina rakyat kelantan dengan memberi wang ehsan dalam erti kata yang lain sedekah.

Dalam kenyataan akhbarnya di dalam mstar online, beliau berkata "Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri,".

Terbaru, Umno menggunakan media cetak untuk memutarbelit fakta sebenar isu royalti minyak yang wajib diberikan kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam perjanjian bersama petronas sebelum ini.

Umno sanggup membazirkan puluhan ribu ringgit untuk iklan bagi mengelirukan rakyat kelantan tapi tidak sanggup pula menyerahkan royalti yang sepatutnya diserahkan kepada kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa pula menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai pengecut selain menyimpan agenda tersendiri kerana enggan membincangkan pertikaian wang royalti menerusi forum umum.

Kalau dia (BN) rasakan betul terhadap apa yang dipertahankan itu (wang ihsan) kenapa takut sangat? Berapa kali dah kita sebut wajarnya pertikaian itu dibincang dalam satu sesi debat.

“Rakyat ingin tahu kedudukan sebenar perkara ini. Sekurang-kurangnya segala kesulitan dan kekeliruan yang berbangkit dapat dirungkai secara terbuka. Kalau duk main cakap seorang diri begitu bermakna politik namanya,” katanya.

Sehubungan itu Husam mencabar pemimpin pusat terbabit sama ada Mustapa atau timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husein mendedahkan kandungan undang-undang berkaitan kepada rakyat secara jujur.

“Jangan berterusan menipu rakyat dengan mempolitikkan undang-undang".

“Kalau betul tidak ada royalti, persoalannya kenapa wang ihsan sebanyak RM20 juta itu dikaitkan dengan hasil pengeluaran gas di bumi selatan iaitu kawasan PM301, bahkan kadarnya pun sama iaitu lima peratus,” katanya.

Umno cuma berani menggunakan media tapi takut bersemuka dan berdebat di depan rakyat kerana mereka juga tahu apa yang dituntut bukan untuk kepentingan diri sebagaimana Umno lakukan tapi untuk kepentingan seluruh rakyat negeri Kelantan.

"Dan untuk itu, Selepas ini kita akan fikir apa pelan seterusnya perlu kita lakukan. Yang pasti kerajaan akan terus perjuangkan hak rakyat sampai berjaya,” ujar Husam lagi.

2 ulasan:

  1. kalau aku jadi tok pa ...aku tak balik dah ke kelantan sebab banyak kali menipu orang sendiri terikut2 bossnya yg juga jenis cakap bohong.

    BalasPadam

Orang kito