Kawan-kawan dan sahabat handai....

Ahad, Februari 21, 2010

Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai Kerajaan Negeri Selangor



Penduduk Taman Ukay Bistari kagum dengan keupayaan kerajaan Selangor menyelesaikan masalah projek terbengkalai dalam tempoh singkat, jauh berbeza ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Lebih-lebih lagi apabila mendengar jaminan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah perumahan terbengkalai seberapa segera.

Penduduk itu menyatakan mereka tidak dapat membayangkan berapa lama lagi harus menunggu untuk menduduki rumah yang dibeli jika kerajaan BN masih memegang kuasa.

“Alhamdulillah, syukur dengan jaminan Datuk Seri hendak dapatkan CF (sijil layak menduduki) secepat mungkin pun saya bersyukur,” kata Aminah Othman, 46, seorang penduduk Taman Ukay Bistari.

Rakannya, Noriahani Ibrahim, 50, berkata pengambilalih Pakatan Rakyat ke atas Selangor memberi rahmat dan memudahkan mereka mengadu masalah kepada pimpinan kerajaan negeri.

“Lega sikit sejak ambil alih ini. Sebelum ini, mereka (kerajaan BN) tidak ambil tahu langsung. Selama ini, kami umpama terumbang-ambing. Tidak tahu kepada siapa yang mahu diaju masalah. Bila dah ambil alih, syukurlah," katanya.

Seorang lagi penduduk Taman Ukay Bistari, Shaari Jusoh, 63, pula tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana penantian selama tujuh tahun untuk menduduki rumah yang dibelinya, tercapai jua.

“Hari ini adalah hari paling gembira bagi saya kerana apa yang saya idam-idamkan selama ini dan tercapai,” katanya.

Mereka adalah antara 300 penduduk di Taman Ukay Bistari dan Saujana Puchong yang menjadi kumpulan pertama yang mendapat manfaat hasil daripada usaha pemulihan projek terbengkalai berkenaan.

Mereka adalah pembeli unit pertama projek yang menerima kunci rumah baru mereka daripada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis sederhana tapi penuh bermakna.

tvselangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Orang kito