Presiden Pas Abdul Hadi Awang membidas media arus perdana kerana sekali lagi memutarbelitkan kenyataannya bersabit bantahan ahli parlimen Australia yang membantah pertuduhan liwat fitnah terhadap Anwar.
Media tempatan melaporkan Abdul hadi sebagai berkata kononnya beliau melihat bantahan Australia itu sebagai campurtangan dalam urusan negara yang harus di hentikan.
Hadi berkata tidak ada pihak yang akan berdiam diri apabila melihat sistem keadilan sesebuah negara di cabuli semata-mata untuk agenda politik sempit.
"Saya merasa malu sebagai rakyat Malaysia. Sepatutnya jangan ditanya mengapa MP Australia campur tangan, sebaliknya apa yang kita buat pada diri kita sendiri," tegas Hadi.
"Patut kita persoal badan kehakiman kita, sistem kehakiman kita, proses kehakiman kita. Adakah sudah bermaruah. Ini kita patut persoal, kita kena baiki diri kita sendiri, jangan tanya mengapa orang soal kita," tambah beliau.
tvselangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan