Sempena PRK Manik Urai... Puak-puak umno sesama dia pun tak ada kesatuan macam mana nak memimpin rakyat di Manik Urai nanti.
Muzakarahlah...muqabalahlah....rupa-rupanya sesama dia pun dol berbalah. Kita nak pilih ke orang yang gila jawatan, gila pangkat dan gila nama macam ni. Kerajaan perpaduan konon...
Rakyat Manik Urai tetap yakin dan teguh bersama kepimpinan Tok Guru Nik Aziz sesuai dengan motto kerajaan negeri....MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.
Tolak umno....Tolak BN....Undi Bulan, insya'allah selamat Dunia & Akhirat.
Takbir!!!
Umno telah mengatur pelbagai program gerak gempur di Manik Urai. Lama sebelum pengumuman calonnya, Ahmad Maslan, Ketua Penerangan telah turun padang dan bermalam di Manik Urai.
Sempat juga dia memanggil jurugambar untuk merakam gambarnya yang sedang menoreh pokok getah tua yang dah kurang susunya kerana tiada bantuan baja sebelum ini.
Khairy dengan program pemuda prihatinya selama 2 hari pada 26 dan 27 hb jun, program pemuda bermotosikal masuk kampong. Lokman Adam pula dengan Pidato Pemudanya. Tok Pa dan Anuar Musa pula dengan ceramah perdana mereka . Puterinya pula sibuk dengan program merayu undi dari rumah kerumah dan program bantuan serta pemeriksaan kesihatan.
Nampaknya pelbagai program akan terus dilaksanakan sehingga 14 hb julai nanti. Maka kawasan DUN Manik Urai seakan-akan gegak gempita dengan pelbagai acara setiap masa dan ketika.Sepetang Muhyiddin di Cabang sok, membuat pengumuman Tuan aziz sebagai calon yang akan berdepan dengan Mohd.Fauzi dari Pas.
Pengumuman Muhyiddin telah menamatkan teka teki pasal calon. Beberapa orang yang mengidam menjadi calon akhirnya akur dalam sedih. Harap mereka ini akan keluar mengundi pada 14 hb nanti.
Muhyiddin juga dah bagi jaminan bahawa kali ini tak akan berlaku lagi cah keting atau baikot sesame sendiri. Semuanya telah bersatu hati dan merapatkan barisan.Mengikut cerita kawan saya yang berada di Cabang Sok semasa Muhyiddin tengah buat pengumuman, beberapa orang penggundi saluran 1 yang ada berdekatan dengannya, bertanya sesame mereka “ Muhyiddin ni budak mana? Anak sapa? Dulu sekolah kat Manik Urai lama ke ? Rupa-rupanya pakcik-pakcik ni tak kenal siapa Muhyiddin.
Tun Mahathir kata dia bersedia berceramah di Manik Urai jika dijemput. Agak-agaknya, orang-orang tua ManiK Urai fahamkah ucapan Mahathir.
Rasa saya tak payah lah beliau kesana. Harap Mahathir dapat utamakan kesihatnnya.Mengikut tinjauan rambang, para-para penggundi saluran satu tidak begitu amen cakap Tok Pa, Nuar Musa dan Ramzi serta beberapa orang lagi pemimpin Umno Kuala Krai dan Kelantan.
Nampaknya mereka masih ingat dan mengkagumi Tengku Razaleigh. KuLi adalah Bekas Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan sebelum persepadanan semula yang menjadikan dua kawasan parlimen iaitu parlimen Kuala Krai dan parlimen Gua Musang.
Nampaknya daulat Ku Li agak kuat di Ulu Kelantan sehingga pernah mengalahkan Tok Wali Hassan yang terkenal dengan Keramatnya dalam pemilihan di Parlimen Gua Musang suatu ketika dahulu. Orang-orang lama Manik Urai masih ingat dengan jasa Ku Li dalam beberapa perkara, terutamanya pembinaan laluan kereta di jambatan besi keretapi yang merentasi sungai Kelantan.
Ku Li juga telah mengusahakan penempatan baru yang kini di kenali sebagai Manik Urai Baru, perpindahan beramai-ramai dari Manik Urai Lama terutamanya mereka yang tinggal di pinggiran sungai kerana kawasan tersebut sering di landa Bah Besar hampir setiap tahun.
Banyak lagi jasa Ku Li di Manik Urai yang masih di sebut-sebut.Datuk Pa sebagai Pengarah pilihanraya Dun Manik Urai yang juga Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan sepatutnya sedar perkara ini dan jangan pinggirkan Ku Li dalam aktiviti gerak gempur di Manik Urai.
Ramai orang yakin bahawa Daulat Ku Li di Manik Urai dapat membantu dan memenangkan Umno. Sampai bila agaknya pemimpin-pemimpin Umno Kelantan dapat saling berpakat dan bekerjasama.
Budaya cah keting, tikam belakang dan saling buruk memburuk dapat di hentikan. Rakyat Kelantan pada umumnya telah lama mual dan bosan dengan gelagat-gelagat pemimpin umno Kelantan. Meskipun dah lama rebah namun tabiat dan perangai masih tak berubah-ubah ???
sumber blog dipetik dari ssdp5157.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan