Rakyat Kelantan mahukan royalti dipulangkan bukan penjelasan....sudah terang lagi bersuluh.
Petronas akan perjelaskan - TPM
KUALA KRAI 8 Julai - Petronas akan memberi penjelasan kepada kerajaan Pas Kelantan berpandukan Perlembagaan dan sistem perundangan mengenai tuntutan royalti minyak yang kononnya bernilai RM1 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kabinet yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan itu untuk menjamin kredibiliti kerajaan agar tidak ada rakyat negeri ini yang terpengaruh dengan tuntutan tidak berasas beberapa pemimpin pakatan pembangkang.
''Jemaah Menteri memutuskan hari ini kerana ada pihak yang memutar belitkan kenyataan yang dijelaskan kebenarannya oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
''Untuk lebih kredibiliti, Kabinet membuat keputusan biarlah Petronas dalam sehari dua lagi menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangan supaya tidak ada rakyat Kelantan terpengaruh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi ceramah di pusat peti undi Kampung Peria, di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas mengenai dakwaan kerajaan Pas Kelantan kononnya Kerajaan Pusat tidak membayar bayaran royalti minyak kepada negeri ini yang tertunggak sehingga mencecah RM1 bilion.
Pihak kerajaan negeri percaya pengeluaran minyak dilakukan di kawasan perairan Kelantan dan ia mempunyai hak untuk mendapat royalti sebagaimana negeri lain.
Soal royalti turut dijadikan salah satu isu kempen utama Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai.
Sehubungan itu, tegas Muhyiddin, penjelasan ini penting untuk kerajaan menangkis segala usaha pakatan pembangkang yang cuba memutar belitkan fakta.
''Pemimpin Pas atau pun pakatan pembangkang mengatakan kita sudah menipu rakyat Kelantan bahawa wang bernilai RM1 bilion itu tidak diberi jadi saya fikir penting penjelasan yang tepat dibuat oleh Petronas," tegasnya.
Mengulas mengenai kempen Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam pilihan raya kecil itu, beliau meminta supaya kedua-dua pihak mengekalkan hubungan baik dan proses demokrasi dapat berjalan lancar.
''Pilihan raya adalah amalan demokrasi sihat yang kita nak lihat terus mekar dan berkembang.
''Kita hendak semua pihak bekerjasama dengan pihak keselamatan tanpa melakukan kempen yang menyebabkan rakyat rasa terganggu dan tergugat,'' katanya.
-utusan meloya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan